Mudahnya Berbicara Tentang Iman Sebelum Diuji

“Adakah kamu fikir bahawa kamu akan dibiarkan untuk berkata, kami beriman, sedangkan kamu belum diuji?” Dengan penuh rendah diri, saya ingin berkongsi perasaan seorang hamba Allah yang sedang diuji, betapa sukarnya untuk menggapai iman, kefahaman dan redha setelah diuji, diuji sehinggakan saya merasakan tidak boleh bernafas lagi.

Sebelum Allah hadirkan ujian ini di dalam hidup saya, alhamdulillah, saya melalui kehidupan yang boleh dikatakan sempurna. Punya pelajaran yg tinggi dan dikurniakan ibu ayah yang sangat baik. Saya juga berkesempatan melakukan dakwah dan Allah telah pertemukan saya dengan hamba-hambaNya yg tanpa saya sedari, adalah untuk menyediakan saya melalui fasa-fasa sukar ini.

Dahulunya, sayalah insan yg mengingatkan manusia lain untuk tidak berputus asa pada Allah, tapi kini, saya yang semakin berputus asa. Dahulu, mudah untuk saya mengungkapkan potongan ayat Quran kerana apa yang Allah kurniakan pada saya adalah nikmat yang indah-indah. Berpagi-pagian bersama akhwat sekalian, travel ke sini dan kesana untuk menyebarkan sayap dakwah, semuanya indah belaka. Pelajaran juga on point. Now, I’m witnessing the imperfections of humans in carrying out Allah’s duties, and it is disappointing. Kalau dahulu, paling teruk pun mungkin gagal peperiksaan.

Apabila diuji sehingga ia melibatkan seluruh kehidupan kita (penceraian, ataupun kematian pasangan contohnya), diuji dengan sesuatu yg melibatkan kegoyahan maruah kita ataupun tunjang nafas kita, barulah kita akan sedar, apa itu ujian.

Saya menjadi saksi lelaki yang Allah amanahkan untuk menjadi suami, menghancurkan kehidupan saya dengan sengaja, dan apabila kita sebagai wanita dihadkan hak-haknya dengan alasan suami itu punyai kuasa yang besar di sisi syarak, adakah kita masih merasakan bahawa Islam itu adil? Tapi saya juga yakin yang Islam itu tidak zalim, dan lelaki mahupun wanita, asalkan mereka beriman, maka taraf mereka sama di sisi Allah. Namun, itulah hakikat duniawi, penuh ketidaksempurnaan untuk Allah sampaikan pada kita, bangun! wake up! Wake up! Look around u! the world is meant to be like this, it still not supposed to be beautiful and perfect. Dikala akhawat-akhawat lain melalui kehidupan yg sempurna, punyai rumahtangga yg harmoni, punyai anak yg sihat, saya diuji sebegini.

Oh Allah, I know you love me very much. There are days when I feel like I don’t want to pray, because I am tired of waiting. Saya penat menunggu bilakah hari kebenaran akan ditegakkan. Mungkin ada yg mengatakan, guna sahajalah cara hakam. Ya, itu yg saya sedang lakukan, tapi tahukah anda, ia bukan semudah itu? I’ve been going to the court for 7 months, naik turun mahkamah namun masih belum selesai kerana suami tidak mahu melepaskan saya.

I know I have no right to question why. Why am I being tested when I’m a good servant to Allah. But then, it makes more sense now when Allah says, Adakah kamu fikir kamu akan dibenarkan untuk berkata kamu beriman sedangkan kamu belum diuji? My state of faith? I can’t really say. There are days when I laugh, there are days when I would suddenly menangis di tengah malam.

Oh Allah, please make me strong. Please make this test the testimony of my obedience towards You on the day of resurrection.

Utk yg membaca, dengan rendah hati saya memohon semua untuk mendoakan kekuatan dan kesabaran untuk menghadapi hari-hari yang mendatang.

– Isteri yang dizalimi

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit