Mudahnya Haram, Sulitnya Halal III

Untuk part I, (https://iiumc.com/mudahnya-haram-sulitnya-halal/).

Untuk part II, (https://iiumc.com/mudahnya-haram-sulitnya-halal-ii/).

Kembali ke sesi luahan aku yang ketiga.

Oh ya, aku baru perasan dalam kalangan para pembaca sekalian, banyak muka yang aku kenal Masya-Allah! Kawan satu universiti, satu kuliah, satu kelab. Semoga kita dapat jumpa waktu hari konvokesyen nanti Insya-Allah!

Ni graduation pertama aku dan aku sangat excited nak jumpa korang setelah lama tak berjumpa! Tapi, maaf lah, sebab aku memang takkan expose identiti aku sebagai confessor. Malu aku nak letak muka kat manaaaaa.

Tapi ada juga pembaca yang hampir exposekan identiti aku. Dia tahu aku perempuan lemah lembut, yang bertudung labuh tutup dada, pakai stokin, pakai handsock. Ya Allah, macam mana dia boleh teka.. aku pun tak tahuuuu.

Jadi, seperti mana yang aku janjikan sebelum ni, aku akan cuba jawab soalan-soalan di bawah insya-Allah. Kalau tak sempat jawab, aku akan sambung dalam part seterusnya.

1. Kenapa aku ambil masa yang lama untuk berhenti makan rezeki haram?

Aku dah lama menganggur. Walaupun aku belum berkahwin, aku dah ada tanggungan bawah aku. Mak bapak yang dah tua dan berpenyakit, adik-adik yang masih belajar.

Of course aku gembira gila bila dapat tawaran kerja setelah sekian lama menganggur. At least aku dapat tolong keluarga sedikit sebanyak.

Bila aku dipaksa untuk terlibat dengan ‘creative accounting’ atau berdepan dengan risiko kehilangan pekerjaan, aku cuma fikir keluarga dan komitmen kewangan aku.

Memang aku nak berhenti, tapi aku tak berani nak ambil tindakan terburu-buru tanpa apa-apa back up plan.

Aku nak kerja mana lepas berhenti nanti? Macam mana kalau aku tak dapat tawaran kerja dan menganggur dalam waktu yang lama? Simpanan aku cukup ka untuk aku bertahan at least 3 bulan tanpa apa-apa pendapatan?

Persoalan tu banyak bermain di fikiran aku. Dan aku pun tangguh niat untuk berhenti dan apply mana-mana jawatan kosong yang aku jumpa.

Aku drive 4 jam sampai ke negeri jiran sorang-sorang, dalam keadaan demam panas dan hujan lebat, semata-mata untuk attend interview.

Dan lepas dua tiga bulan berlalu, simpanan aku dah cukup untuk aku bertahan tanpa apa-apa pendapatan, aku pun terus bagi notis berhenti kerja walaupun belum dapat tawaran kerja baru.

2. Siapa orang tengah yang Allah kirim dalam hidup aku sehingga menjadi driving force untuk aku berhenti makan rezeki haram dan cari rezeki yang halal?

Pertama skali, of course mak aku. Insan yang paling aku sayang dalam dunia ni. Insan yang paling bangga waktu aku dapat kerja. Sampai duk canang kat saudara mara dan rakan-rakan, “ni anak akak, sekarang kerja akauntan dekat firma tut tut”.

Insan yang paling gembira bila aku bawa pi jalan-jalan, shopping waktu raya, makan restoran mahal. Sebab dulu aku yang rajin swipe card dan scan qr code. Aku gembira tengok mak aku gembira.

Tapi di sebalik kegembiraan tu, aku rasa berdosa kat mak, kat ahli keluarga aku. Sebab bagi mereka makan duit dari sumber yang haram. Dan akhirnya aku pun pecahkan tempurung sendiri. Aku jujur yang aku buat benda haram.

Mungkin mak aku tak faham creative accounting tu apa. Tapi at least beliau tahu menipu tu haram, berdosa. Beliau yang nasihat kat aku untuk berhenti kerja.

Walaupun sekarang aku dah jarang balik kampung macam dulu sebab nak cut duit petrol dan tol. Walaupun sekarang aku dah jarang belanja mak shopping, makan mahal-mahal, at least aku bersyukur aku tak bagi mak makan benda haram.

Bak kata mak “Bagi mak duit RM5 dari sumber halal lebih baik daripada kamu bagi mak RM500 dari sumber haram. Kalau kamu tak mampu nak tarik mak ke syurga, mak dah cukup bersyukur asal kamu tak tarik mak ke neraka.”

Insan kedua yang Allah kirim dalam hidup aku untuk jentik hati aku ialah seorang ustaz di pejabat agama. Sahabat kepada kenalan aku. Dia masih muda dan bujang.

Aku mula kenal beliau atas dasar ingin taaruf. Dan setiap kali ada persoalan berkaitan agama, aku akan rujuk beliau sebab beliau lebih arif.

Aku kagum dengan pekerjaan beliau yang halal dan lebih berkat daripada pekerjaan aku. Sampai aku selalu duk doa kat beliau.

‘Semoga mata ustaz yang berjaga malam untuk menjaga kesucian agama, untuk melaksana amar makruf nahi mungkar, dilindungi Allah daripada melihat api neraka’.

Aku masih ingat nasihat beliau, sebutir demi sebutir. Tentang pengorbanan, tentang ujian dalam mencari redha Allah. Ibarat kita nak masuk ‘theme park’, kita kena bayar tiket katakan RM50. Tapi kat kita cuma ada RM25. Kita pun korbankan RM25 tapi still berhutang RM25 lagi.

Dan penjaga ‘theme park’ tu bagi solution. Kalau kita tetap nak masuk ‘theme park’ tu, kita kena bekerja, kutip sampah. Baru dia akan bagi upah RM25 dan kita boleh masuk ‘theme park’ tu.

Seperti itu kehidupan di dunia ini. Kita korbankan harta yang kita miliki, kita korbankan kesenangan hidup yang kita kecapi, tapi itu belum tentu cukup untuk melayakkan kita menjadi ahli syurga sebab hutang dosa kita masih banyak.

Dan Allah datangkan ujian sebagai kafarah untuk menghapuskan hutang dosa kita dan sebagai satu ganjaran atau upah di akhirat kelak atas asbab kesabaran dan keikhlasan kita.

Alhamdulillah, atas abab nasihat mak aku dan nasihat daripada ustaz tu, aku usaha untuk korbankan rezeki yang haram demi sesuap rezeki dari sumber yang halal.

Kesusahan hidup yang aku alami sekarang, aku anggap ia adalah ujian daripada Allah sebagai kafarah dosa-dosa yang telah aku lakukan.

Tentang ustaz tu, walaupun dia lelaki yang paling baik agama dan akhlaknya yang pernah aku kenal. Kami decide untuk hentikan taaruf dengan cara yang baik.

Bukan sebab tak suka, bukan sebab keluarga tak berkenan, bukan juga sebab campur tangan orang ketiga. Tapi sebab masalah kewangan dan keadaan itu sendiri.

Coretan untuk ustaz..

Ustaz, kalau ustaz terbaca confession ni, ustaz mesti kenal saya. Perempuan yang dua kali hampir termuntah depan ustaz waktu pertemuan pertama sebab sakit gastrik. Kopi yang ustaz belanja saya tu, saya tak sempat habiskan sebab ustaz dah tak bagi minum lepas saya muntah.

Ustaz, lepas ustaz jumpa family saya, mak saya asyik duk tanya tentang ustaz ja. Setiap kali balik kampung, mesti dia tanya ‘Ustaz apa khabar?’

Dah cemuih nak jawab yang saya dan ustaz dari awal takda apa-apa, cuma kawan. Kalau ustaz rajin, ustaz tolong la datang sekali lagi. Bagitau mak saya untuk jangan letak harapan. Hahaha.

Awal perpisahan kita, of course saya sedih. Kekadang saya tertanya jugak, kenapa Allah mempertemukan kita dengan seseorang, lalu Allah memisahkan kita? Alhamdulillah saya dah jumpa jawapannya ustaz!

Saya bagi analogi macam saya naik tren. Saya nak bermusafir dari negeri A ke negeri B. Saya naik tren yang dipandu oleh ustaz. Lepas ustaz hantar saya dari negeri A ke negeri B, ustaz pun berlalu pergi untuk menghantar penumpang-penumpang lain ke destinasi mereka.

Sebab objektif Allah hantar ustaz dalam hidup saya dah tercapai. Objektif Allah untuk ustaz bimbing saya agar meninggalkan rezeki yang haram dan cari rezeki yang halal dah tercapai tatkala saya berhenti kerja.

Ustaz, saya dah jumpa jawapan kenapa Allah hantar ustaz dalam hidup saya. Ustaz pula macam mana? Ustaz dah jumpa ka jawapan kenapa Allah hantar saya dalam hidup ustaz walaupun hanya seketika?

– Anonymous (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *