Mudahnya Kahwin Tanpa Ropol

Nikah/ kahwin serba jimat tak terikut budaya kebiasaan.

Modal anggaran RM5000++ (actual RM5396) sahaja boleh kahwin sebenarnya, selebihnya boleh guna untuk kehidupan selepas kahwin. Lagi-lagi musim PKP/ PKPB/ PKPP ni.

Masa sebelum tunang, family belah lelaki tanya nak buat camna? I cakap nak buat serba ringkas tanpa stress.

Tapi mereka seakan tak percaya, yelah saya bukan calang-calangkan, ada kelulusan dan kerja gomen kan.. kira bukan cikai la kan? Uwerksss nak muntahhh, haha.

Kalau ikut budaya jahiliyah, memang ada orang letak harga anak perempuan mereka berdasarkan kelulusan, maka makin tinggi kelulusan anak dia.. kene letak hantaran lagi mahal.. matilanak!

Masa hari pertunangan, pertemuan 6 mata je antara kedua-dua belah ibu bapa kami, saya dan si dia, Mak si dia tanya berkali-kali, “Berapa ibu bapa saya nak letak, nak hantaran berapa?”

Mama saya balas, “Kami utamakan yang wajib sahaja hanya Mas Kahwin dan tak mahu langsung hantaran.”

Pihak Lelaki yang seakan tak percaya tanya lagi, “Berapa mahu?”

Mama saya jawab lagi, “Bagi setakat mampu dengan seikhlasnya, kerana anak kami bukan anak raja dan tak mahu jual anak kami.”

Akhirnya kami sepakat mas kahwin seutas gelang emas. Saya decide nak jenis pandora sebab boleh kumpul charm setiap kali dapat nafkah & gaji bulanan akan datang, hehe.

Tetapi saya terkejut masa hari akad nikah kami, suami saya tambah lagi sejumlah wang sebagai tambahan mas kahwin untuk saya. Terharu juga la ketika itu, hehe.

Selepas terima kata sepakat pada hari pertunangan kami,

So kami teruskan planning, conteng kalendar dan to do list, start shopping barang mengikut checklist yang dah dibuat.

Ini modal saya kongsi dengan suami :

Nikah dekat pejabat agama Kuala Terengganu,

RM80 bayar pendaftaran nikah,

RM100 bayar pada JuruNikah,

RM200 raikan saksi berempat,

RM560 Make up, henna, (jika korang pandai bersolek dan berinai sendiri lagi jimat),

RM1400 Photographer, (jika ada family yang pandai shoot & edit gambar lagi jimat),

RM801 Satu set Baju Melayu + Baju Kurung yang lengkap, (jika korang pandai menjahit lagi jimat),

Set kasut putih kami tapau kat shoppe memurah je, (Kami beli dengan niat nanti raya boleh recycle).

Hantaran kami sepakat TIADA. Hal ini kerana suami saya sudah ada semua barang rumah.

Tapi family kami, diorang saling berbalas hadiah selepas nikah.

Terharu juga ibu mertua bagi hadiah macam2 pada saya lagi selepas nikah tanpa dipinta. hehe

Yang kata kahwin tu mahal, ianya bila kita terlalu fikirkan orang mengata.

Duit tambahan mas kahwin yang husband bagi, I fully guna masuk ASB dan beli emas seperti saranan doc jijul.

Kami nekad kahwin biasa je, orang mengata itu biasa.

Bagi saya, orang yang mengata perlulah sponsor apa yang mereka mahukan kita buat, jika tiada, lebih baik diam hehe.

Setiap orang ada pilihan masing-masing, ini pilihan kami.

Membazir amalan syaitan. Bak kata ustaz saya, orang yang tak faham agama memang mudah terikut budaya yang membazir itu.

Mengikut saranan Doc Jijul lagi,

Kenduri belah perempuan jangan rompak duit lelaki, ia tanggjungjawab bapa perempuan tanda kesyukuran.

Jadi majlis Hi-tea Kesyukuran kami hanya RM2255 dihadiri 59 pax sahaja gara-gara tak mahu cetus kluster kenduri.

Kenapa pilih hi-tea sedangkan diluar hotel lagi murah? Sebab tak susah kemas rumah sebelum dan selepas majlis,

SOP hotel dah lengkap (tak perlu hire RELA staff) serta boleh background cantik bila bergambar, hehe (kalau korang ada idea lagi bagus pasal ni, boleh survey awal lagi tempat dan makanan yang lagi murah)

Majlis kami hanya 4 jam bermula pada pukul 12 dan berakhir pada pukul 3 petang.

Yang penting, Pengantin dan keluarga tak penat dan stress serta tetamu semua puji makanan hotel memang sedap (sebab dah uji makanan situ selalu dah), barulah bahagia hehe

Posting ni saya buat demi tunaikan janji itu hari pada yang request, semoga dapat dijadikan panduan bagi pasangan baru yang ingin nikah tanpa hutang. Aamiin…

Follow yang baik je.. Yang baik semua datang dari Allah, abaikan yang sebaliknya jika ada buruk dari saya ye.

Kisah benar,

– AwekREN (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *