Dah nak masuk setahun dia ceraikan saya kerana perempuan lain.
Dia dah bahagia dengan orang tu walaupun dia curang, tapi saya masih merana merindu mengenangkan dia.
Kami sebagai suami isteri selama 4 tahun. 4 tahun tu kami bahagia ja sampai la dia dapat tawaran kerja kerajaan dan terpaksa pindah negeri.
Demi cita-cita dia, saya sebagai isteri sentiasa sokong saja apa pun kehendak dia. Segala tangungjawab dia tak pernah abaikan walaupun berjauhan.
Semuanya nampak indah sampai la satu hari tu masa dia tengah mandi, saya kemas bilik tiba2 nampak ada cahaya berkelip. Rupanya telefon dia berbunyi.. Dia silent kan..Terpampang nama seorang perempuan.
Saya tanpa syak terus jawab call tu tapi saya diam la. Dia dengan suara manja terus cakap mungkin fikir suami yang jawab call.
“Sayang dah bangun ke. Kenapa tak balas mesej.”
Masa tu juga hati saya remuk.. Saya akui saya jenis jiwa lembut. Saya matikan call dan hanya menangis.
Call dah tak masuk, tapi mesej masuk. Berduyun-duyun. Saya tak dapat baca sebab pasword dia dah tukar rupanya.
Keluar bilik mandi dia terkejut tengok saya menangis. Dia tanya kenapa apa semua.
Saya hanya bagi telefon dia kat dia. Muka dia berubah.. Macam nak marah. Dia tanya kenapa ambik handphone dia dengan nada tegas dan kemudian pergi pakai seluar.
Langsung tak peduli saya tengah menangis. Ibarat tak perlu nak jaga hati saya dah. Saya masih tunggu penjelasan dia.
Dia tengok handphone dia masa tu. Dan dia diam, saya sendiri la tanya siapa perempuan tu.. Dia jawab kawan kerja.
Saya kata kawan kerja pangil sayang ke. Siap tanya dah bangun ke belum. Dia diam.. Saya masih mendesak.
Dia cuma kata orang tu main-main ja.. Dia ingat saya bodoh kan, nak suruh percaya ke.
Akhirnya sebab tak tahan saya tekan dia, dia mengaku la dia bercinta dengan orang tu.. Orang tu tahu ja dia ada isteri.
Orang tu nak dia, tapi tak nak bermadu. Dia kata dia pening sekarang ni sebab dia kalau boleh nak dua2.
Saya terkejut.. Saya tanya habis tu. Dia kata kita pisah ja la sebab perempuan tu tak nak bermadu.
Dia kata perempuan tu cemburu dengan saya sebab tu dia jarang balik jumpa saya.
Ya Allah, dugaan apa la ni.. Hari tu dia kena balik negeri tu dah.. Sebab esoknya kerja. Saya ni menangis tak de air mata dah.
Saya merayu kat dia, mintak stop semua ni. Kita ada anak. Dia cuma cakap entah la.. Bagi dia masa untuk fikir.
Balik sana dia terus tak peduli saya dah.. Call mesej dah tak jawab. Saya meraung kat sini sorang2.
Dia cuma kata jangan mesej dah la.. Sebab perempuan tu suka chek handphone. Dia malas nak kena jawab dengan perempuan tu.
Saya mula marah.. Saya tanya siapa isteri awak sekarang ni. Dia hanya diam. Dia kata dia sayang perempuan tu, dia nak kena jaga hati dia.
Habis hati saya? Hati saya tak penting dah ke.. Dia hanya diam.
Akhirnya lepas beberapa hari, dia bagitau dia akan ceraikan saya sebab dia rasa dah tak de perasaan cinta kat saya.
Ya Allah mudahnya.. Semudah tu ke.. 4 tahun ni susah senang dia saya ja ada. Dan kenapa dia pilih saya kalau sesenang tu dia nak buang saya.
Kenapa dia buat macam ni. Dulu awal2 nak kahwin dengan saya, macam2 dia janji.. Mana janji tu semua. Ya Allah, sakitnya hati saya ni.
talak kat tangan dia, akhirnya dia ceraikan saya atas alasan tak de persefahaman tak de perasaan dan nak kahwin dengan orang lain dan tak mampu poligami.
Saya menangis macam orang gila. Saya merayu kat dia jangan macam ni.. Tapi dia langsung tak peduli pasal saya.
Lepas tu kahwin dengan perempuan tu.. Dan hidup bahagia sampai sekarang.
Nafkah anak dia tak miss, tapi sekali pun tak tengok anak. Dia kata syukur la kurang2 dia bagi nafkah anak.
Dia dah blok saya dari semua tempat sebab katanya perempuan tu tak suka. Apa2 pun susah saya nak contact dia.
Saya faham perempuan tu sangat cantik, rambut lurus, badan slim. Bergaya, kerja kerajaan sama dengan dia. Mana2 laki pun pasti tak kisah hilang saya demi perempuan macam tu. Tambahan suami pun kacak, padanlah dengan perempuan tu.
Saya sedar saya gemuk, tak kerja kerajaan, jauh beza dengan perempuan tu. Tapi saya ikhlas cintakan dia. Kenapa macam ni dia buat saya.
Saya masih tak dapat move on dan sentiasa berharap dia balik pada saya. Tapi semua tu hanya angan2 saya barangkali.
Saya tengok suami bahagia sangat. Pergi bercuti sana sini. Suami pernah cakap, perempuan tu yang taja itu ini..Jaga dia kat sana masa dia sorang2. Pasti perempuan tu berduit.
Dan sebab care perempuan tu dia pun suka dan sayang.. Dan terus lupakan saya yang jauh ni.
Satu2 kelemahan saya suami cerita. Saya hanya mampu menangis. Kenapa beratnya ujian saya.
Dari kecik kasih sayang tak pernah kekal dalam hidup saya. Kadang2 rasa kecewa pada tuhan, kadang2 rasa semua ni tak adil..
Tapi siapAlah saya nak menidakkan takdir.. Akhirnya saya hanya doakan dia bahagia saja la..Apatah lagi dia kata dia rasa kosong sejak kebelakangan tu.
Ya la dah ada orang baru, memamg la dia dah hilang rasa pada saya sampai sentuh saya pun dia tak nak dah.
Semuanya ikut kata2 perempuan tu. Ya allah saya dah tak tahu dah nak cakap apa lagi. Hanya tuhan saja tahu betapa kecewanya saya.
Dan kenapa perempuan zaman sekarang dah tak kisah nak hancurkan rumahtangga orang. Laki bujang dah pupus ke. Kenapa suami orang juga jadi idaman.
Ya Allah.. Saya dah tak tahu nak cakap lagi dah.
– Ain (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
awak kena kuat, jgn terus mengalah, maju ke depan, kuatnya semangat, semoga Allah memberikan kekuatan kepada awk
Org laki ni sis.. curang bkn sebab bentuk badan. Percayalah. Ramai je wife cantik baik yg kena tinggal walaupun penyondol tu hauk.
Hari2 bangun pagi listkan 5 syukur utk hari ini.
Hari2 bangun pagi listkan 5 memori pahit dgn ex hb.
Buat dua ni 90 hari.
Paling penting, baiki lah hubungan dgn Allah. Pasti ada hikmahNya. Carilah hikmah tu.
saya lelaki… saya kerja kerajaan juga…saya sayang isteri saya sebab saya yakin kebahagian dengan istri adalah sebahagian rasa saya bersyukur dengan kurniaan allah. bila baca kisah awak…saya kesian dengan kisah awak.harapan ..move on je ..carilah jodoh yang lebih baik…tp jangan dendam plak dengan lelaki…sebab tak semua lelaki jahat..ada je yang baik…manatau allah nak jumpakan jodoh yang lebih baik…yang penting jaga hubungan dengan allah..yakinlah,,allah akan buat yang terbaik untuk kita,..