Assalamualaikum.
Kalau confession ni berjaya dipublish, aku ucapkan terima kasih. Aku just nak kongsi perasaan aku bila kita ada kat ‘bawah’. Sbb mungkin ada org lain yg rasa sama macam aku rasa skrg ni. Oh, aku bukan budak uia btw tapi aku skrg tgh sambung study lagi after degree.
Aku habis degree tahun lepas. Aku buat degree kat ipts sbb dapat tajaan mara sbb spm aku alhamdulillah okay. Sepanjang aku buat degree alhamdulillah results aku for every sem is Dean’s List. Tapi aku bukannya jenis yg akan canang satu dunia pasal results aku. Kalau ada pun aku just inform family and kawan rapat aku. Even publish media sosial pun tak pernah. Sbb aku rasa tak perlu nak hebohkan pun mungkin sbb dah biasa dapat.
So bila dah biasa dapat ni kan, akan ada satu perasaan riak timbul dlm diri aku walaupun aku tak menunjuk kat org. Ini lah ujian Allah utk aku supaya sentiasa rasa rendah diri dan jgn pandang rendah kat sesiapapun. Tapi aku mengaku kadang-kadang aku termakan hasutan syaitan tu lagi-lagi bila aku nak belajar. Aku akan cakap diri aku yg aku always dapat apa aku nak walaupun aku tak letak effort yg tinggi sbb aku rasa aku confirm akan dapat. Allahu, padahal banyak kali aku remindkan diri yg everything aku dpt ni semua atas kehendak-Nya tapi tu la. Ego dan sombong.
So nak dijadikan cerita results aku baru-baru jatuh teruk. And worst thing is kawan kau from universiti sama berjaya wehh padahal masa dia kat uni dulu results dia tak gempak mana pun. Pergh, kau boleh bayangkan tak sakit dia macam mana. Pastu kau tak habis-habis nak compare diri kau dgn dia. Ya lah pada fikiran kau, kau tu budak pandai tapi kalah dgn org camni. Weh sakit sangat weh! Tak tipu! Setiap kali aku teringat aku jadi sedih, sakit hati sampai sakit kepala aku fikir benda tu. Tipu kalau aku cakap aku tak jealous tapi tak ada lah sampai aku tak happy utk dia. Cuma kenapa dia bukan aku yg dapat semua tu? Aku lagi layak kot. Tu pendapat aku.
Tapi tu lah. Aku lupa pasal konsep redha. Then aku muhasabah diri aku balik sbb betul lah org cakap tak selamanya kita kat atas. Kadang kita kena rasa jadi orang yg kat bawah supaya kita akan sentiasa jadi rendah diri. Mungkin kali ni rezeki memihak kat dia bukan dekat aku. Utk aku pulak mungkin rezeki di lain hari. Terima dgn ikhlas apa yg dah jadi. Anggap lah ni satu wake-up call utk kau kembali bermuhasabah diri.
Utk kawan aku yg berjaya tu aku ucapkan tahniah. Utk aku pulak, aku harap korang boleh doakan aku supaya aku terus istiqamah utk berjaya jugak satu hari nanti.
– Insan kerdil
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit