Muhasabah Buat Diri Yang Tersakiti

Assalamualaikum… Semoga semua dalam rahmat dan kasih Ilahi…

Mulanya rasa nak merajuk untuk menulis di sini, sebab rasa agak tersakiti bila penulisan sebelum ini dianggap tak ada isi, bosan tak difahami…

Aku tahu bukan semua orang faham dan suka kita, jadi aku cuba pujuk hati dan maafkan mereka yang suka menyakiti…

Kalau boleh tak mahu perkenalkan diri, nama samaran tu pun boleh merahsiakan siapa ni, tapi jika kita sering hantar luahan di sini mungkin Admin perasan, ada gaya penulisan yang sama dalam setiap hantaran yang berbeza.

Terima kasih Admin sudi siarkan luahan yang meleret daripada kak Kuntum.

Kali ni nak ulas tentang sikap diri yang suka menyakiti atau mudah tersakiti.. Ini kerana lemahnya diri mengawal emosi dan lemah dalam perhubungan baik dengan Tuhan dan makhluk.

Cuba renungkan jika seorang yang aman berkata mencarut, mengutuk, menuduh… Dengan cara yang kurang ajar, agaknya hati dia bersih atau kotor.

Belum tentu orang yang suka menulis kebaikan tu baik jika dirinya belum diuji dengan situasi menjerut perasaan adakah keluar tak perkataan kotor, yang menzahirkan apa dalam hati tu.

Pernah aku terbaca kisah dua personaliti dakwah dan motivasi bergaduh naik mahkamah hanya kerana rumput mahal rosak antara jiran..

Begitu juga kes selebriti yang asyik kongsi keromantisan suami isteri akhirnya nak cerai juga. Biasanya kes curang, tapi ada je kes lain…

Sebelum aku pergi jauh ke lain aku fokuskan pada kisah aku pula. Aku ni, janda anak dua. Aku tahu ada yang fikir negatif pada terma janda tu, kerana bila dia balu marah dikata janda.

Awal dulu aku malu juga jika orang tahu aku janda, tapi zaman sekarang benda ni dah jadi biasa. Waktu nak masukkan anak ke sekolah pening nak tulis penjaga utama, bukan bapa.

Aku terfikir anak aku pun sedih mengenangkan benda ni bila rekod sekolah tiada maklumat bapa, bapa dia dah tak ambil tahu.

Episod perkahwinan aku jauh lebih tragis daripada apa yang aku tengok kes orang. Jadi aku kalau setakat masalah sekali curang isteri dah gila, aku rasa aku kuat betul sabar.

Sebab masa aku ada masalah dengan suami dulu aku nangis je sesorang, bila dia tanya kenapa nangis aku tak cakap, dia tahu salah dia, diam juga satu cara hukuman.

Namun aku pun hairan kenapa aku ni macam menyokong pula kalau suami orang nak poligami atau aku cadangkan maafkan suami curang. Jadi bab ni memang ramai yang tak setuju. Mungkin sebab aku dah tak berlaki haha…

Kau nak tahu cerita aku tak selepas bercerai. Aku lagi gembira, bebas.

Cuma macam aku kata aku pernah fikir apa pandangan orang, mereka bukan tahu hal sebenar, malah jika nak pergi tarawih pun ada je mata yang menjeling. Aku risau ada yang anggap fitnah.

Maka, antara cara aku pujuk hati yang tersakiti aku ingat Allah. Bukankah dengan mengingati Allah hati menjadi tenang.

Manusia ni hatinya berbolak balik, jangan tak tahu mereka yang pernah jadi kawan baik pun mungkin musuh dalam selimut.

Jadi, mengharap pada manusia akan mudah kecewa. Memikirkan kata nista manusia boleh terancam nyawa bagi kes bunuh diri..

Dalam bulan mulia ni, aku dah terbaca kes bunuh anak, bunuh diri, bunuh orang. Nauzubillah. Apa yang aku fikir, mereka yang mungkin antara penyebab orang tu rasa tersakiti akan berdosa.

Untuk ingat Allah, berzikir dan solat… Tadabur alQuran. Selami keindahan kalamullah.. andai sibuk sangat nak baca pasang audio. InshaAllah, ada penawar di situ.

Sedihkan dengan kes kematian, melainkan kematian husnul khatimah… Seperti dalam solat atau di Haramain. Mengimpikan Jannatul Firdaus.

Mereka yang mudah tertekan juga mudah kena penyakit selain wajah tak berseri. Bukanlah nak naik seri tu kena mekap tebal tapi cukuplah hati yang tenang, ikhlas dan penyayang.

Ok, aku cuba senyum bila tersakiti, boleh ke korang. Hehe, aku tak kuat mana pun, bila ada orang tak boleh terima nasihat atau ceramah agama, aku renungkan ayat Quran yang menyebut ‘hanya sedikit yang beriman’.

Jujurnya aku cemburu juga dengan mereka yang ada suami yang baik, ayah yang mampu menjaga anak…. Aku tak dapat rezeki tu tapi aku yakin Allah yang sangat baik bagi aku rezeki lain.

Baru ni jaga anak di hospital beberapa hari.. Nampaklah ada yang bergilir bapa jaga anak… Kita ni semua urusan anak buat sendiri, cuma harap anak faham dengan kekurangan bab ni. Sering ingatkan dia hormat dan doa ibu bapa walaupun bapanya mana..

Jadi, mana yang suka terlepas komen melihat kekurangan atau keburukan orang lain.

Muhasabahlah, kalau kamu duduk tempat dia kamu bahagia ke dikata dikutuk…

Jika kamu bertemu dengan orang yang baik dan memberi kata yang positif, kamu suka atau benci, benda ni yang aku nak korang netizen tegar sedar…

Dari kata kata boleh memberi dosa atau pahala… Maaf jika coretan kali ni mengganggu fikiran korang.. Kita tutup dengan tasbih kifarah.

Sekian, moga bertemu lailatulqadar dalam sedar.. wassalam.

– Kuntum Khoiro (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *