Mujur Staff Hotel Jumpa

Baru baru ini saya ada kes di suatu Mahkamah di suatu daerah yang dirahsiakan.

Tak ada lah baru sangat. Sebenarnya dah lama juga tapi baru terbuka hati nak share.

Nak dijadikan cerita sebelum kes saya dipanggil ada beberapa kes lain disebut. Salah satunya kes buang bayi.

Seorang wanita bukan warganegara Malaysia, umur awal 20-an. Dihadapkan ke Mahkamah ada 2 pertuduhan. Salah satunya kes buang bayi yang baru lahir dan masih ada tali pusat.

Dia dituduh di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan di mana ia menyatakan seperti berikut:

“Barang siapa yang menjadi bapa atau ibu seorang kanak-kanak yang berumur kurang dari 12 tahun, atau yang bertanggung menjaga kanak-kanak itu,

mendedah atau meninggalkan kanak-kanak itu dengan niat hendak membuang kanak-kanak itu sama sekali, hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai 7 tahun, atau dengan denda, atau dengan keduanya.”

Setelah pertuduhan dan fakta kes dibacakan, dia mengaku bersalah. Dia tak ada Peguam. Tak ada juga keluarga yang hadir bersama.

Cerita dia begini. Pengadu kes ini adalah staff Hotel. Hotel mana dirahsiakan. Staff Hotel itu jumpa seorang bayi yang masih hidup, masih sihat, ada tali pusat dalam tong sampah.

Dia check CCTV. Ada seorang Perempuan masuk bilik bawa bungkusan ditangan. Dari CCTV mungkin tak clear bungkusan itu ada apa.

Tetapi lepas dia keluar, bungkusan itu tak ada. Berlenggang je.

Wanita ini check in Hotel mengikut prosedur yang betul. Check out pun begitu.

Mujur prosedur Hotel setiap kali sebelum daftar masuk ada minta kad pengenalan / passport dan rekodkan semua butiran diri Tetamu.

Jaditu dapatlah polis trace siapa tetamu terakhir di situ dan segera buat tangkapan.

Staff Hotel ini cepat cepat selamatkan bayi ini, buat laporan Polis dan Polis segera bawa ke Klinik kesihatan berhampiran untuk dapatkan rawatan segera dan beri susu dan sebagainya.

Cuba bayangkan kalau staff Hotel tak jumpa bayi itu?

Agak agak bayi itu masih hidup? Masih selamat?

Dah la baru lahir, sangat fragile & vulnerable.

Walau apa pun alasan wanita ini, walau apa jua masalah yang dia hadapi, walau walau walau, tolongla jangan buang bayi yang tak bersalah.

Sekurang kurangnya serahkan bayi itu kepada ibu bapa angkat atau seseorang yang boleh dipercayai.

Tindakan wanita ini nampak sangat terdesak tanpa fikir panjang.

Mungkin dia dah sangat buntu. Tapi mujur juga dia tak bunuh anak itu atau bunuh diri kerana sangat tertekan. Keadaan akan jadi lebih teruk.

Disebabkan oleh kes ini dia kena Penjara 2 tahun.

Anak itu dijaga oleh JKM. Hakim sempat nasihat selepas dia keluar, dia kena cari semula anak itu, mulakan hidup baru dan jaga dia, sayang dia.

Walau besar mana dosa dan kesalahan kita, bayi itu tak bersalah langsung.

Semoga ibu dan bapa bayi ini insaf dan bertaubat serta berazam untuk berubah.

Semoga anak ini dipelihara, dilindungi sebaik-baiknya. Sesungguhnya Allah sebaik-baik Pemelihara.

– Shada Mazan

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *