Muka Awam

Hi semua. Nama aku Penguin. Kenapa Penguin? Sebab dia comel. Hahaha.

Beberapa minggu lepas, aku terbaca satu confession kat sini pasal istilah muka awam (https://iiumc.com/nasib-si-muka-awam/), dan aku rasa aku pun salah seorang pemilik muka awam tu.

Aku ni penjawat awam dalam bidang kesihatan, tapi tanpa uniform.

Kalau ikut standard Malaysia, fizikal aku ni markah taraf 5/10 je lah, tapi kalau guna standard Korea… mungkin 3/10. Hahaha. Itu untuk bagi gambaran betapa biasanya aku ni.

Disebabkan aku ni biasa je, tanpa faktor menonjol sangat, mestilah orang tak perasan kewujudan aku, kan?

Tapi aku ada ‘kelebihan’… (kalaulah boleh panggil kelebihan). Tak kira aku pergi ke mana pun, orang asing suka sangat tanya aku. Dari arah jalan, tempat, terjemahan, sampai ke hal-hal random…

Contoh? Aku kerja dalam bidang kesihatan, kan? Bayangkan aku tengah berjalan laju nak uruskan hal kerja, tiba-tiba ada orang tahan aku semata-mata nak tanya tandas kat mana—sedangkan sebelah aku ada kaunter penuh dengan staf beruniform!

Belum kira setiap kali aku naik public transport kat area Lembah Klang atau KL. Orang berbilang bangsa dan umur suka tanya aku: “Nak pergi sini naik apa?”

Padahal aku pun tengah mengagau map cari arah. Nak tak nak, terpaksalah aku gunakan segala ‘resources’ yang ada dalam kapasiti aku untuk menolong.

Aku baru nak pakai kasut dekat parking, ada yang tanya aku ada mask lebih ke nak beli. Aku baru lepas beli bunga, ada yang tegur: “Beli kat mana?”

Paling epik? Ada klien yang ambil nombor giliran semata-mata nak minta aku isikan borang permohonan bantuan sebab dia tak fasih Bahasa Melayu dan kurang pandai membaca. Aku pun terkial-kial la cuba isi mana yang aku mampu, padahal itu di luar bidang kerja aku!

Pendek kata…

Kalau dalam satu ruangan ada ramai staf beruniform yang SAH kerja kat situ, tetap orang akan pilih aku untuk minta tolong atau tanya soalan.

Kadang-kadang aku rasa menyampah juga. Lagi-lagi bila otak tengah serabut, tapi masih jadi sasaran orang.

Muka aku yang ada subtitle ni memang akan tunjuk jelas aku tengah irritated… Mungkin aku ni salah satu penyumbang kepada komplen “staf gomen tak friendly”—hahaha.

Mana tak irritated-nya kalau tengah tunggu TAC buat online transaction, tiba-tiba ada orang datang tanya sesuatu.

Aduhhh, tengah urgent kot! Dah la orang sekeliling aku dah biasa dengan situasi ni, mereka pula siap gelak berjemaah je.

Dan ‘kelebihan’ aku ni dah tahap global ye, bukan kat Malaysia je. Aku pergi Indonesia pun masih juga orang sana tanya aku direction—padahal kadang guna dialek yang aku pun tak faham. Hahaha.

Pergi Umrah? Orang Turkish pun aim aku. Aku siap kena komunikasi guna sign language je…

Aku kadang-kadang ada niat nak buat tak tahu je bila orang panggil atau tanya. Tapi satu lagi ‘kelebihan’ aku… kalau aku buat jahat, aku selalu dibalas on the spot.

Contohnya? Setiap kali aku mengumpat bos aku, mesti bos aku lalu time tu. Sebab tu aku insaf. 😆

Moga orang-orang yang bernasib macam aku akan terus cekal jadi ‘kaunter pertanyaan bergerak’.

Muka biasa-biasa, tapi bab ni kita luar biasa!

Selamat berpuasa! 😆

-penguin itu comel-

– penguin (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Selalu healthcare worker (pekerja bahagian kesihatan) atau terlibat dengan mereka yang bekerja di sektor ini, orang selesa mendekat sebab mereka ‘unassuming’ dan tak ‘judgmental’.

    Takkan fikir bukan-bukan pasal orang, kalau ada rasa keliru ke apa akan tanya for clarification. Mana yang dari assuming dan judgmental tu kalau dikelilingi pekerja bahagian kesihatan, cara pandangan akan sedikit berbeza.

    Sebagai contoh, kita baca ada kawan perempuan ditegur untuk berpurdah oleh kawan lelaki tetapi dia tak buat. Orang yang tak assuming dan tak judgmental akan fikir maybe perempuan ni nak je kot pakai tapi kat Malaysia ni mana ada ramai orang pakai, ada segan nak pakai nanti difikir hanya nak berkawan/berjodoh dengan certain people sahaja.

    So whether dia pakai atau tidak people in healthcare still akan berbual dengan perempuan ni seperti biasa. Mereka tidak fikir perempuan ni nak tunjuk tidak suka bila orang berpurdah ke apa. Takde assume apa-apa. Tiada diskriminasi.

    Mereka cakap perkara sewaktu zaman persekolahan 20 tahun lepas? While they were not even 18? Maybe just a blunder, tak perlu kot perkara tu kita nak judge mereka waktu dewasa ini.

    Lagi satu, tidak kisahlah muka awam ke muka apa, bila dalam berdepan dengan orang, yang orang tak selesa bila mereka dilayan seperti fans bukan customer/kenalan/kawan. Orang yang ada vibe macam ni mereka seolah tak sesuai bekerja dalam servis. Sebab sepatutnya customer tu yang rasa macam orang respon kepada dia, ini bukan mereka pergi fans meet and greet session ke apa.

    Contoh nak beli barang, kita nak tanya perkara penting tentang apa yang kita nak beli tu. Kalau dah dia je ada kat situ yang boleh ditanya memang orang akan tak tanya orang lain. Atau nak tanya maklumat. Takde orang nak pergi ulang-alik tanya soalan sama berkali-kali atau ulang perkara sama berkali-kali sebab itu maksudnya orang yang ditanya tu tidak mendengar.

    Adakalanya orang yang tidak mendengar ni, vibe yang orang rasa tentang mereka ialah self-absorbed, contoh orang nak tanya arah, dalam fikiran mereka orang bertanya sebab mereka handsome/cantik. Kalau ini berlaku dalam situasi yang serius, seperti mesyuarat misalnya orang akan fikir orang begini tak ambil kira hal masa.

    Atau orang tengah pimpin tiga budak lintas jalan, orang yang terlalu pentingkan appearance mungkin akan sibuk nak tengok cermin bukan nak bawa kereta dengan cermat ketika itu.

    Bila di ofis (healthcare), dan tengah pakai uniform, orang akan anggap tengah busy. Bila tak pakai uniform, people can relate more to them so nampak approachable.

    Dalam semua kerjaya yang beruniform, memang logik je orang selalu menuju ke healthcare untuk bertanya atau minta bantuan kebiasaanya sebab ini persepsi yang people in healthcare especially doctors will do no harm to other people (Hippocratic Oath) dan paling-paling pun mereka pegang alatan hospital jelah bukan benda-benda lain.

    Tiada siapa kisah people in healthcare bagaimana rupa asalkan pesakit selamat. Patient centric kata orang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *