Muka Berlubang

Assalamualaikum. Nama aku Nia (bukan nama sebenar). Terima kasih admin siarkan cerita ni. Sorry kalau tulisan tunggang langgang sebab tak reti menulis kalau bab mengira aku terer. Hihihi. Sebenarnya dah bertahun nak tulis pasal cerita ni tapi masih simpan dalam hati.

Muka aku memang ada jerawat sejak akil baligh lagi (read : sekolah rendah) bagi aku benda tu normal sebab kawan aku pun ada. Masa sekolah pakai safi sebab tu je yang mampu.

Naik sekolah menengah jerawat aku pun naik seiring dengan umur aku tapi bagi aku still okay sebab terkawal lagi pun aku aktif dalam sukan. Muka gelap, berjerawat aku rileks je sampai form 5. Walaupun muka aku tak berapa nak licin masih ada kawan-kawan lelaki yang tackle aku. Biasalah zaman sekolah banyak cinta monyet.

Silap aku dekat sini bila jerawat mucul tanagan aku gatal nak picit. Mak cik aku pun suka picit muka aku, Aku pulak relakan je asalkan dia hilang. Aku tak tahu yang dia akan jadi jerawat berlubang yang susah gila nak hilang :'(

Masuk zaman uni, aku mula guna produk timbang kilo. Masa tu tiada pendedahan tentang timbang kilo ni, nampak kawan pakai okay kita pun pakailah jugak dengan niat nak muka licin berseri tapi lagi teruk breakout lagi adalah. Muka memang naik bengkak, jerawat tak payah cakaplah nak pergi kelas pun malu sampai pak cik yang jarang jumpa pun tegur muka aku.

Bila balik kampung je semua orang tegur sampai malas nak jumpa saudara mara. Tapi aku gigihkan diri jugak buat bodoh je pergi kelas tanpa make up sebab nak bagi rehatkan muka, sebab masa ni dah bijak sikit pilih skincare cuma tunggu dia nak heal je. Kalau jalan mesti orang pandang muka aku macam tak pernah nampak orang.

Dipendekkan cerita bila aku intern, ada sorang ni suruh aku try product timbang kilo dia cakap muka aku teruk padahal muka aku dah okay yang tinggal jerawat parut berlubang. Parut jerawat berlubang ni kita tak boleh nak rawat dengan produk sebab tak akan jalan.

Aku ada jugak cuba buat demaroller kat rumah memang berkesan tapi tu lah manusia sekeliling aku tak pernah puas. Mungkin hilang 10%. Kawan lama jumpa tegur muka aku dah makin baik siap tanya pakai apa. Tapi bagi yang baru kenal aku tak akan terima parut berlubang ni.

Kesan dia, aku kalau bercakap aku dah tak pandang mata orang sebab bagi aku orang tu akan telek muka aku and akan cakap pasal muka aku. Bila tegur rasa macam kena body shaming pun ada. Umur aku pertengahan 20-an dimana kawan-kawan aku semua ada yang dah bertunang, kahwin, ada anak. Tapi aku? dengan muka macam ni mana ada orang yang nak kan. Belum apa-apa dah kena reject.

Mak aku adalah jugak carikan calon untuk aku, masa nak jumpa tu aku dah cakap awal-awal muka aku nie berlubang-lubang. Nak jugak ke? Dia kata tak pe kenal dulu. So kitaorg pun berjumpa lah. Bila nak balik dia tanya pasal jerawat berlubang (self-confident memang jatuh gila time nie tapi buat cool lagi) siap buat compare dengan muka dia yang bersih tu. Aku sabar jelah.

Aku usaha bukan aku tak usaha. Tapi manusia akan tengok hasil je. Jangan suruh aku pergi mana-mana klinik untuk membuat rawatan sebab keutamaan aku nak survive setiap bulan.

Sekarang nie dengan gaji RM2K pun aku cukup-cukup makan. Kalau pergi klinik confirm ribu riban tak lari. Aku anak sulung, ada tanggungjawab yang diutamakan. Kadang-kadang dah give up nak jumpa orang baru sebab end up akan cakap pasal muka aku.

Kelemahan muka berlubang bila pakai make up still nampak tak macam parut kalau pakai concealer je dah tutup habis. Muka aku pakai primer pun still nampak berkawah.

Tapi rezeki aku bekerja dengan company kecil yang semua perempuan so aku pergi kerja tak pakai make up nak elakkan pori-pori tersumbat.Sekarang muka aku jarang naik jerawat yang tinggal hanya kawah sahaja. Tapi orang still tegur jugak :”(

Conclusion aku dekat sini, aku rasa aku susah nak cari pasangan hidup yang boleh terima aku seadanya. Yelah ramai lagi yang cantik-cantik dekat luar sana yang pandai make up, bergaya, muka peloles yang jauh berbeza dengan muka aku.

Dah give up jugak sebenarnya nak cari pasang hidup ni tapi sebab mak aku beria, aku pun iyakan jelah. Last-last aku yang kecewa.

Sekian…

– Nia (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *