Muka Serabai Hati Baik

Memang dari dulu aku tak percaya kata-kata omputeh “dont judge a book by its cover”. Weyh, kalau buku tu dah tebal, memang penat nak baca kot. Bila aku jumpa orang kali pertama pun dah boleh agak dah perangai dia macam mana. Sebab minda seseorang mengawal tingkah laku, pakaian dan keadaan sekeliling mereka. Itulah prinsip aku, terus judge.

Tapi aku silap: sampai aku jumpa kawan kerja aku ni.

Aku panggil dia Razif. Memang serabai la. Pergi kerja rambut tak sikat, tak minyak. Apatah lagi nak pakai pomade segala bagai. Baju memang tak gosok la, pakai jaket je cover luar. Memang selekeh. Ada satu kali tu, member belanja pizza, dia makan yang tengah je, yg tepi keras tu campak kat kotak pizza tu; celaka punya mamat aku cakap. Bukan setakat itu aja, girlfriend dia pun 2×5. Memang jodoh lah aku cakap. Tapi dia hebat la dalam kerja, kalau aku tak dapat buat, dia mesti dapat. Itu memang tak dapat dinafikan.

Aku ingat lagi, hari tu aku kerja kat kecemasan Zon Kuning (separa kritikal). Pesakit memang penuh la macam biasa, pak cik 70 tahun badan lemah tak makan seminggu, mak cik 40 tahun obese darah tinggi tak turun turun, yg kena stroke, pengsan kat tempat kerja dan yang kemalangan motor patah tulang tunggu nak masuk ward.

Tiba-tiba masuk sorang warga asing naik kerusi roda ditolak oleh MA (medical assistant). ” ambulans call, lelaki mabuk bawa kereta langgar dia kat tepi jalan tengah potong rumput” sekali aku tengok kaki tak patah boleh jalan, tangan la berbalut tebal. Ni mesti luka teruk ni. Time tu pulak memang waktu pakar tengah ada, terus je la periksa dia memang patah la tangan dia, luka darah banyak dan dalam. ” Ada duit tak nak bayar ni?” Tanya MA tu kat pesakit. Sejak 2016, memang warga asing nak dapatkan treatment kena bayar cash. Kecemasan daftar dan rawat rm100, belum ambil darah dan Xray lagi.

Mamat yg asal dari Myanmar ni geleng kepala. ” tapi saya ada card ni” ditunjuk nya card pelarian. Oklah ada discount 50% kerajaan bagi, tapi still dia kena bayar cash juga untuk ambil darah dan juga Xray. Dalam waktu tu, aku bagi ubt tahan sakit, cuci luka dan balut dulu kasi darah berhenti. Pakar kecemasan bagi plan, bagi drip (air), buat xray dan refer bahagian doktor tulang. Kemudian move on check pesakit lain.

Dalam waktu yang sama, kedengaran Zon Merah (kritikal), dalam keadaan cemas. “Intraabd, intraabd!” Laung MO (pegawai perubatan) sedang dia scan perut pesakit yang mabuk bawak kereta langgar mamat Myanmar tu. Tapi untung dia rakyat Malaysia, jadi terus boleh hantar darah, ambil darah daripada bank darah untuk trasnfuse (masuk kan darah kepada pesakit). Berlarilah HO (house officer) pergi ambil darah. Terus hantar pergi CT scan (yg masuk dlm terowong donut tu), sebab pakar bedah nak analisa kecederaan sebelum masuk dewan bedah.

Aku pun pandang Razif yg muka serabai ni. Tapi aku panggil dia “bro”, sebab dia lagi senior dari aku. “Macam mana dgn mamat ni?? Aku tunjuk mamat myanmar tu. Dia pergi kat beg dia, berselerak macam2 ada aku tengok; kertas, resit, roti berbagai; ambil duit dia bagi kat MA (medical assistant), ” nah, ko gi bayar kat kaunter hasil depan tu, ko order FBC (full blood count; guna untuk check darah merah, putih dan sebagainya), Xray radius ulna (2 tulang pada tangan kita antara siku dengan pergelangan tangan).”

Aku senyap. Itu sebenarnya last day aku kerja dengan dia. Kan aku cakap dia dah senior, dia dapat placement tempat baru. Sejak tu aku dah tak berapa judgemental orang dari luaran. Banyak sahaja orang yang hati dia baik, tapi kadang-kadang luaran tak terserlah. Walaubagaimanapun, yang mabuk pergi drive langgar tukang potong rumput tu memag celaka. Entah macam mana mamat myanmar tu nak menyara hidup dia aku tak tau. Aku tak rasa dia ambil insurans ke apa. Tapi rezeki Allah yang tetapkan, moga rezeki mamat tu berterusan.

– adi iswara

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit