Muka Tua

Aku Sabariah. Panggil aku Sab je. Aku ni ada satu masalah yang tak pernah selesai dari dulu.

Aku tak gemuk, tak kurus. Tapi wajah aku. Muka aku ni nampak tua dari usia.

Aku dituduh berusia pertengahan 30 padahal aku belum cecah 30 pun lagi. Kiranya aku ni macam nampak tua 5, 6 tahun lebih dari usia sebenar.

Masa kecik-kecik dulu pun sama. Masa darjah 6, aku disangkakan dah tingkatan 5 oleh makcik-makcik atau sepupu yang jauh..

Dipanggil ‘akak’ tu perkara biasa. Walhal yang panggil aku akak tu soheh lebih tua dari aku tapi aku tak kisah pun. Dah biasa.

Malah aku jugak lebih selesa bahasakan diri aku ‘akak’. Sebab aku tak nak orang salah anggap aku perasan muda padahal memang aku muda pun. Tapi takpelah.

Perkara ni memang dah lali dan basi bila kita dah selalu hadapi. Tapi entah kenapa baru-baru ni perasaan down aku tu muncul semula.

Keyakinan diri aku betul-betul drop sampai ke kerak bumi. Aku benci tengok wajah aku kat cermin.

Sampaikan aku tanya kat suami, “kenapa awak ni nak kat saya, saya ni tak cantik mana, muka tua pulak tu. Huduh tau tak. Cepat cakap!”

Dah gila agaknya aku. Suami yang tak bersalah pulak dituduh dengan tak semena-mena.

Aku syak perasaan huduh ni datang lepas kejadian jamuan raya haritu di pejabat.

Sewaktu bersuka ria, kami berborak sesama rakan sepejabat. Kemudian ada seorang rakan dari jabatan lain bertanya, berapa umur kami masing-masing.

Sampai giliran aku jawab, dia kelihatan macam terkejut. ” Eh macam mana Sab lebih muda dari Bedah ? Tak nampak camtu pun.”

Kemudian Bedah terus menyampuk, “Kan ? Dia paling muda umurnya tapi saya yang nampak paling muda kat sini kan? Kan?”

Kata Bedah dengan gediknya.

Bedah ni rendah kecil orangnya. Dan kulit dia pun putih. Memang nampak dia lebih muda dari aku. Tapi tulah. Dia jenis yang tak jaga mulut. Dia jenis cakap lepas je.

Ni bukan kali pertama dia mengejek aku depan-depan camtu. Dah banyak kali.

Dia jugalah yang terpaling ‘natural’.

Aku pakai sunscreen sebab tak nak hitam dan kedutkan lagi wajah aku, dia cakap “Aku ni kan takyah pakai apa pon muka ni elok je jerawat pun seketul je..” sambil senyum sinis.

Aku yang sedang bersiap depan cermin, berkaca jugak mata.

Tapi aku tak pernah balas. Sebab aku takda keyakinan tu. Takpelah biarlah aku yang buruk. Yang huduh semua aku. Yang elok dan anjal amiklah kat korang.

Sejak belasan tahun lagi, aku ada masalah jerawat. Tapi sekarang dah pulih. Tapi bekas-bekas jerawat tu masih ada.

Sebab tu aku berusaha pakai sunscreen dan skincare untuk jaga wajah aku supaya tak nampak lagi tua. Makan tak cukup takpe asalkan skincare dapat beli. Dah la aku ni miskin.

Aku sebenarnya memang terasa hati sangat dengan kata-kata Bedah sampai aku doakan supaya Allah tarik nikmat ‘wajah terpaling natural’ dia tu.

Tapi aku cepat-cepat istigfar muhasabah diri. Sesungguhnya tak baik doakan perkara buruk pada orang.

Tujuan aku meluah kat sini, ada tak para pembaca yang ada masalah sama macam aku ?

Adakah apa-apa nasihat untuk aku? Produk yang nak direkemen atau sebagainya? Macam mana nak atasi masalah keyakinan diri yang teruk ni.

Bab pakaian, aku memang elakkan pakaian yang nampak macam makcik-makcik. Tudung sarung pun tak berani pakai. Aku pakai pakaian yang seiring dengan usia aku sebenar.

Tapi… Masalahnya bukan pakaian. Tapi muka.

Bila muka tak elok, pakai apa pun tak kena. Kena gelak ada lah.

Aku bukan tak bersyukur. Aku bersyukur ada wajah yang sempurna sifat. Cuma aku pun manusia. Ada khilaf.

Kadang aku terfikir, kenapa orang yang berusaha sungguh-sungguh jaga muka, tapi hasil tak seberapa. Siap pakej kena herdik bazirkan duit. Tapi orang yang tak jaga muka sangat pun, kulit dia cantik je.

Ampunkan aku Ya Allah sebab merungut. Ampunkan aku..

– Sabariah Sabarlah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

9 Comments

  1. Antara kelebihsn orang nampak tua adalah apabila berurusan dengan orang lain terutama sekali dalam bisnes atau pekerjaan akan lebih diyakini. Orang lain pun akan mudah letak kepercayaan padanya
    Syukurlah banyak2 ya.

  2. Dik, pg watson ke guardian, beli hadolabo premium warna gold tu. Beli satu set, pakai siang malam. Pastu beli serum/moisturiser yg ada retinol. Pakai malam je, ko selang seli. Hari ko pakai retinol tu, jgn campur apa2. Cuci muka, sapu retinol dah tido. Retinol tu pakai 2-3 titik je. Ko sabar jap sbulan, insyaAllah kawan ko tu berpinau nengok ko lps ni.

  3. bersyukur seadanya, sebab takda penyakit. kedua sebab dah berkahwin.. benci pada perwatakan bedah dan tukang tanya tu. setiap pejabat memang ada eh org camtu.. gedik

  4. Sis abaikan je mulot org gitu yg penting kne ade confident dlm diri ok..
    Sy suggest sis dh strt pkai retinol utk anjalkn kulit.. klu sis jnis bekas2 jerawat cube pkai G2G product dr indonesia.. sy pkai tu dh ok skin sy.

  5. sama kita sis sy pun muka tua, bila bagitahu je umur mesti orang kata nampak “matured” haha padahal kata je la nampak tua, orang selalu ingat sy dah kahwin dulu siap tanya anak berapa tapi sy layan je la sampai sy kahwin baru rasa lega sikit, tak terasa mana pun. sy aminkan doa sis untuk bedah tu haha kbye, stay strong sis, teruskan pakai skincare, pedulikan orang lain *hug

  6. Untuk rutin skincare, sunscreen yes amalkan penggunaannya tanpa culas. Boleh add on retinoids (bear in mind akan ada tendency alami purging kalau memang acne prone skin & fasa retinization), peptides & anti-oxidants dalam rutin untuk fokus anti-aging. Selain fokus pada skincare, lifestyle lain pun kena jaga – cukup rehat, bersenam, jaga pemakanan, kawal stres, dll.

    Boleh follow Puan Mary Anni, Glowwe, Nabila Supina (Skinpolitic di Instagram) untuk dapatkan info tentang skincare, penampilan diri, food intake, dll.

    Ikhtiar mana yang termampu je tt. Jangan terlalu push diri.

  7. Kalau makan pun tak cukup, you fokus pada makan real food je la. Pastu bersenam. Gembirakan diri you.

  8. Elak kan matahari sebolehnya.. jangan malu buka payung jika 8 pagi pun dan guna payung jika keluar walaupun sekejap. Ambil collagen dari drugstores bukan yang merepek jual direct selling atau tepi jalan. Boleh juga ambil bird nests dari drugstores. Saya early 40s tapi tak berpakaian macam aunties berjubah berblouse besar. Bukan setakat skincare sahaja dalaman pun mesti ambil macam collagen. Buat begini memang awet muda jadinya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *