Mula Rasa Hilang Arah

Semua-nya bermula lepas habis belajar pada hujung tahun 2019, dengan umur yang berdarah panas lagi. Aku ingatkan semua akan ikut perancangan dari segi karier dan target yang aku buat sekian-sekian.

Tapi seindah yang dijangka, masa tu kes Covid naik hingga beribu. Mula dengan PKP 2.0 dan 3.0, memang susah syarikat nak amik pekerja.

Kerja di Pantai Timur pun paling tinggi dan berbaloi bagi aku adalah kerja 3D. Bukan tak cuba cari pekerjaan yang ada kelulusan Degree ni, tapi memang agak tak berbaloi dari segi masa dan gaji yang ditawarkan.

Masa ni dah bermula aku pendam perasaan dalam diri disebabkan tiada sokongan dari Ibu sendiri dari segi kaier, bukan tak usaha cari dan memang saja kerja buruh.

Tapi pkp dan ekonomi yang menentu, memang aku pilih gaji dan paling berbaloi. Sampai 6 kerja aku hadap, asal dapat duit nak hidup. Memang prinsip aku, lepas aku habis belajar ni aku takkan mintak satu sen pon lagi dengan ibubapa ku.

Memang aku tau ibu ku mahu yang terbaik untuk anak dia ni, tapi aku dah banyak juga berkorban impian aku, jalan yang aku nak dulu dari lepas SPM sampai masuk Degree yang tak nak.

Yang pasti terseksa juga la dari segi ketahanan mental aku hadap 5 tahun untuk tunaikan tanggungjawab aku sebagai anak ni. Belajar sampai menari gading sampai aku kuburkan yang aku nak.

Pencarian kerja selama 7 bulan. aku kira sebanyak 30iv dan 300 Application menerusi email terus ke HR akhirnya berbaloi juga. Aku tinggalkan KG halaman dan merantau ke KL.

Dengan jawatan kontrak setahun cukup ikut perancangan aku kalau syarikat ni tak menepati yang aku nak untuk jangka masa panjang atau dari segi career growth.

Selama aku berada dalam syarikat tersebut, boleh tahan kelaut jobscope aku. Dari jawatan Executive kononnya sampai jadi kelindan lori dan terpaksa buat sales untuk syarikat. Boleh kata kerja yang berat-berat memang aku la manager cari.

Dengan keadaan tertekan disebabkan kerja aku yang betul-betul kelaut ni dan agak sunyi suasana di rumah sewa ni. Aku terjebak dengan Omi dan berkenalan dengan seorang yang agak tua 3 tahun juga la dari aku.

Pendekkan cerita, aku direject olehnya dengan banyak sebab. Cerita pasal ni takde guna juga kan.

Pendekkan cerita lagi aku cuba juga buktikan yang aku ada nilai dengan tukar kerja baru, tukar lifestyle dan banyak la aku buat keputusan gamble yang makan diri ni.

Tapi, akhirnya gagal juga. Best man wins, man on progress macam aku yang ada lowest point akan sentiasa tiada luck BANDING yang ada segalannya. Laki yang boleh provide lagi akan menang, dan itulah lumrah lelaki yang aku hadap dan redho sekarang ni.

Yang paling besar effort yang aku nak tunjuk adalah tukar kerja, ingatkan dapat position dan career growth yang aku mahukan.

Masa kerja 2 hari tu rupanya baru aku tau yang Syarikat tu memang jenis tempat orang keluar masuk dan ada isu management yang toksik.

Cukup 2 hari aku chaw, nasib baik ada backup buat part time Food Delivery. Tapi sayangnya zaman kejatuhan Food Delivery memang buat aku makin mental juga la. Tak sesuai untuk buat part time.

Cukup 2 minggu menganggur, Alhamdulilah.. aku dapat kerja yang lebih baik dari tempat asal, belakang rumah sewa jer. Memang dari segi kewangan dan survival aku tak perlu fikir dah.

Tapi industri runcit ni agak kecik juga, tapi dari segi career growth memang tiada. Yang penting aku ada masa banyak sebab workload yang agak santai, gaji naik sikit, dekat dengan rumah dan takde tekanan.

Macam-macam jadi dalam setahun ni, dari segi karier, percintaan dan hubungan dengan tuhan. Apa-apa pon aku bersyukur tapi tulah, banyak yang aku target lari,

Sampai ter-buat perbandingan hidup orang lain yang kerja ala kadar masa permulaan karier, aku yang struggle sampai gaduh dengan ibu aku masa nak datang KL ni pon hidup sekadar hidup jer sekarang ni.

Bukan tak slowtalk dengan ibu, aku pon ada juga bagitau yang aku rela kuburkan apa yang nak dan hadap sepanjang dengar kata dia sambung belajar ni.

Ibu aku kata “salahkan ibu la ni?” dan terus blah macam tu jer. Aku jadi speechless, memang agak kecewa sebab ni pertama kali aku open up dan turunkan ego yang perlukan sokongan Ibu.

Berbeza masa aku zaman belajar, masa tu resilent aku agak tinggi, jadi semua boleh manage lagi. Tapi dengan keadaan merantau seorang diri ni dan betul-betul tengah down pasal karier dan cinta ni.

Alhamdullilah, aku ada jer kawan yang supportive. Aku call masa susah jer pon diaorang layan dan faham jer.

Bila aku fikir balik, adakah semua ni terjadi sebab aku tak dapat restu ibu aku yang asyik suruh kerja kerajaan? Siap suruh amik DPLI lagi yang makan masa setahun setengah dan yuran 10k. Atau aku jer overthinking sebab tengah patah hati sebab baru jer putus cinta ni?

Tapi sejujurnya, memang aku tak tenang sekarang ni. Cuba ujian DASS pon tahap kemurungan aku dah sampai kritikal. Benda-benda yang target pasal duit, halatuju dan career pon bukan jadi minat aku dah.

Yang aku fikir sekarang nak suvived jer, malas dah nak lompat kerja ni.

Tapi, yang ada dalam fikiran aku ni aku tak tahu apa kena buat. Kalau dengar kata ibu aku lagi untuk amik DPLI, memang gamble lagi masa depan aku. Dahlah aku lelaki, hidup sekarang ni pon takde aset dan sebatang kara lagi.

Tak ikut kan, aku mula rasa semua benda yang aku buat akan gagal. Contohnya dari segi karier dan cinta ni. Putus cinta ni pon sebab karier aku tak stabil bagi dia sebenarnya.

Ni pertama kali aku rasa buntu, hilang arah dan jatuh buat pertama kalinya, dulu ayat aku yang angkuh “baru kalah dalam cinta, bukan kalah hidup”. Sekarang ni kena batang hidung sendiri,

Boleh kata diri aku yang ego tinggi dulu dan self-dependant ni jatuh sebab langgar rule no-5 iaitu “Show no love, love will get u killed” .

Sekarang aku mampu bertahan dengan channel kan heartbreak ni dengan disiplinkan diri dengan aktiviti fizikal.

Aku tak berharap apa-apa sekarang ni lepas hilang segalanya, cuma apa yang aku kuimpikan ketenangan dengan diri sendiri. Lepaskan semua kepada pemberi rezeki, sedar yang aku hanyalah membuat perancangan bukan perancang yang sebenarnya

– Rai (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *