Mulakan Dengan Bismillah

Bismillah… Assalamualaikum…

Dimulakan dengan bismillah…. Disudahi dengan alhamdulillah… Dalam semua perkara, semua perbuatan, semua urusan. InshaAllah, ada keberkahan.

Jika kita nak makan kita kata… Bismillah…. Jika kita dah makan kita kata…. Alhamdulillah… Mudah tapi sungguhkah kita sebut…

Jika mahu lebih berkah setiap suapan makanan, setiap tegukan minuman, baca bismillah dan alhamdulillah…

Alhamdulillah, semua pembaca budiman di sini baik dan beriman… Banyak baca doa dan zikir harian…

Saya tertarik nak cerita tentang rezeki… Rezeki ni luas… Bukan duit sahaja… Bukan harta dan aset sahaja…

Perniagaan yang banyak cawangan… Emas yang penuh di tangan… Ya itu rezeki tapi banyak lagi rezeki lain…

Rezeki dapat hidup… Rezeki kesihatan… Bangun tidur masih bernafas, bayangkan mereka yang bergantung dengan alat pernafasan…

Bangun tidur aman, bayangkan mereka yang dibuli dicekik untuk bangun tidur…

Jadi boleh tidur lena juga rezeki… Letak je kepala atas bantal baca doa terus tidur nyenyak…

Ada orang dah baring fikir macam-macam, belek pula handphone layan macam-macam, tak dapat tidur dengan baik…

Dapat pula mandi air bersih… Rezeki, ada orang rumah air keruh, tak ada air… Atau tak bayar bil air sebab rumah sewa ditunggakkan tanpa rasa mesti kena bayar sebab nak lari dari rumah sewa nanti…

Hati yang baik, bersih juga rezeki… Suka tolong orang, ni ada jenis suka tengok orang susah malah menyusahkan. Kemudian boleh gelak tengok kesusahan orang… Jadi yang hati bersih adalah rezeki.

Yang beriman, lagilah paling rezeki sebenar. Sesungguhnya orang yang tak beriman dan tak bersyukur itu lebih banyak.

Bersyukur juga rezeki, ada ibubapa syukur… Berapa ramai anak yatim yang dahagakan kasih keluarga….

Ada suami syukur, berapa ramai yang makin kecewa kerana lambat kahwin dan putus cinta… Ada anak syukur, kerana ada yang tiada rezeki anak kandung…

Namun dalam syukur ada yang kufur… Dengan rezeki yang ada jadi sombong riak, jadi bangga ujub…

Sifat hati yang kotor sebenarnya merugikan diri, akan ada kifarah yang bakal menyedarkan sekiranya Allah mahu ampunkan dosa.

Kita semua pendosa, pasti ada dosa yang nyata atau tanpa sedar, termasuk dosa hati seperti buruk sangka, dengki, benci..

Dosa kecil mudah diampunkan Allah SWT seperti disaat mengambil wuduk akan gugur dosa, juga selepas solat membaca zikir dan istighfar..

Namun dosa dengan manusia… Kena minta maaf dengan manusia.

Contoh dosa suami isteri, jika bersama untuk hubungan intim juga dikira ibadah semudah berpimpin tangan akan gugur dosa… Untuk apa ingin berdosa jika pahala itu menyenangkan…

Jika isteri menolak ajakan suami untuk bersama juga dosa, jika disuruh tak taat juga dosa, kenapa suami perlu sangat dimuliakan sehingga layak sahaja dibenarkan berkahwin empat, adakah isteri tiada cemburu…

Malah jika suami mencerai dan ingin merujuk, sah. Dimana hak dan kelebihan isteri, bila suami reda… Jadi jangan pilih suami yang zalim dan dayus..

Semua hukum Allah ada sebab dan hikmah. Malah setiap ujian yang tidak disukai juga ada hikmahnya. Akhirnya akan nampak hikmah suatu yang disusun indah, yang dah tertulis takdir.

Ada satu perkara dapat memberikan takdir yang baik… DOA. Tiada yang sia sia dalam berdoa… Berdoalah baik selepas solat atau bila-bila…

Renungkan betapa banyaknya doa yang dihimpun untuk dimohon di hari Arafah.

Sedangkan doa dalam sujudmu sendirian di rumah Allah tahu dan Allah akan kabulkan.. Mudah dikabulkan jika benar saatnya, saat lailatulqadar atau hari Jumaat.

Akhlak yang baik juga satu doa, kerana dengan akhlak yang baik orang suka orang sayang dan mendoakan kita.

Jika kita doakan orang kita akan dapat juga doa itu, maka selalulah doakan yang baik-baik buat semua.

Jika buat amal jariah.. Pahalanya berpanjangan… Yang mudahnya sedekah, jika sedekah makanan pada yang berbuka puasa akan dapat pahala orang yang berpuasa itu… Mudahnya dapat pahala rugi yang lepaskan peluang.

Tapi, yang nyata… Ramai sangat yang suka benda dosa… Yang lagi suka tinggal solat, yang lagi suka mengumpat, yang lagi suka buka aurat.

Kelihatan masjid selalu lengang dan saf tidak ramai tetapi jika ada konsert penuh stadium ada yang kecewa tak dapat tiket… Adakah mereka ada rasa kecewa tak berjemaah di masjid.

Maka, jadi orang soleh yang selalu imarahkan masjid, yang rajin membantu kerja sukarela, yang suka majlis ilmu agama adalah rezeki.

Rezeki yang sangat besar bila mampu hafal Quran..

Hafal Quran dan faham untuk beramal dan berdakwah… Bukan sekadar hafal tapi gagal membawa akhlak bila kelihatan suka berdebat mencari salah sesama ahli..

Namun bukan pula dengan mudah menilai orang penunggang agama jika sebenarnya sendiri pun tak baca Quran..

Semua ni hidayah… Allah memberi rezeki kepada siapa yang dikehendakinya dengan rahmatNya dengan sunnatullah.

Kerja kita untuk gapai redha Allah, untuk gali ilmu Kalamullah. Semoga menjadi khalifah berjaya yang bertaqwa.

Untuk muhasabah diri bersama… Untuk saling berpesan kepada kebaikan kebenaran kesabaran… Mohon maaf atas kekurangan hamba yang dhoif segala yang baik dari Allah semua yang ada adalah milik Allah.

Semoga kita juga mudah memaafkan semua tanpa memikirkan sangat ketoksidan mereka..

Semua kita sudah ada rezeki yang tersurat. Syukur dan ikhlaskan amal soleh agar hidup diberkati kerana mahu kematian yang husnul khatimah.

Jazakallah.

– Hamba yang Dhaif (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *