Mulakan Dengan Kerabat Terdekat

Salam semua. Aku harap sangat confession ni disiarkan sebab aku nak sedarkan anak-anak yang mana ada parents tp nilai sivik dan moral langsung tiada bila melibatkan parents mereka sendiri.

Sedang aku pakai tudung sebelum pergi kerja pagi ini, aku tetiba terfikir pasal duit raya untuk diberi kepada anak-anak buah dan sepupu yang mana masih belum akil baligh tu. Yelah, kena sediakan awal2 kan, takut tak cukup pula nanti. Pastu aku terfikir, aku tak dapat duit raya dah tahun ni (sbb dah lanjut sangat usia) dan terkenang waktu nenek dan atuk bagi duit raya. Tapi dorg dah meninggal beberapa tahun lepas. Sekarang aku ada opah je. Then this thought came to mind, opah ada duit ke nak bagi kat cucu/cicit dia?

Opah ni mmg mak aku bawak untuk tinggal dengan kitorang sbb dia perlu menjalani medical check- up beberapa bulan sekali. Medical expenses dia mmg mak aku yang tanggung, tak minta adik beradik dia yang lain. Opah ada rumah kat kampung yang parents aku buatkan, tapi susah lah dia nak pergi buat check-up kan sebab duduk kampung. Lagipun takde siapa yang boleh hantar dia, walaupun anak dia duduk sebelah rumah je. Tapi, takde la nk salahkan pakcik aku yang duduk sebelah rumah opah tu, sebab bini dia baru-baru ni ada masalah kesihatan kronik, so mak aku sengaja biarkan opah berlama-lama kat rumah aku. Opah pon okay je

Tapi satu je perangai opah yang aku rasa universally acceptable oleh aku dan sepupu2 yang lain (termasuk anak-anak dan menantu kot). Opah suka sangat membebel. tak kira apa. Semua nak dibebelkannya. Kadang-kadang membebel benda tak tentu hala pun ada (dia tak nyanyuk ya guys!) Aduh, mmg naik darah kadang-kadang tu. Tapi disebabkan hormat, aku jenis diam dan buat tak tahu je. Bayangkan kalau tengok cerita Korea / Inggeris kat tv, dia mesti akan cakap, ” Suka sangat tengok cerita cina / org putih tu, depa tu suka buat benda bodoh.Depa tu ini, itu bla3..” (gameshow Korea). Kalau buka siaran kartun untuk adik aku, dia bising, “Tiap-tiap hari tengok kartun ja, sampai naik menyampah tengok.” TAPI, kalau buka drama swasta tak masuk akal billion2 anak org kaya suka org miskin perbezaan darjat Datuk itu Datin ini, haa yang tu dia suka. Like literally “mengenyiiihh” (org utara: sengih) macam kerang busuk. Ya, aku tak tipu! Yang tu mmg favourite dia. Maaf, bukan itu point utama confession ni, tapi nk bagi overview ttg perangai opah, yakni, suka membebel.

Opah ni ada anak lelaki 4 orang dan 2 perempuan. Mak aku anak second last, yang last pon perempuan. Nak dijadikan cerita, yang akan bergilir-gilir jaga opah hanyalah anak-anak perempuan dia dan pak lang aku sahaja. Yup, anak-anak lelaki dia yang lain satu pon tak jaga dia or even bring Opah to their home. Bukan nak kata, rumah sorang pakcik aku ni, boleh kata setengah jam perjalanan ke rumah aku. Selama opah ada kat umah aku bertahun-tahun (mak aku kadang-kadang hantar opah balik kampung dalam 1-2 hari sbb opah nak tengok rumah dia, lepas tu bawa datang sini balik), tak pernah menjenguk pon. Rumah kitorang kecil, mmg tak semenggah, tapi salah ke datang jenguk muka sekejap?

Sebab aku terfikir pagi tadi, anak-anak dia seorang pon tak pernah jenguk muka tengok dia, apatah lagi nak menghulur duit belanja kan? Famili aku pon tak hulur duit, tapi bab makan kitorang tak pernah neglect, sbb opah suka makan and banyak pula tu. Peti ais mmg tak pernah kosong, tiap-tiap hujung minggu parents aku pergi tanjung karang nak topup seafood. Aku dan adik-adik yang lain pula jarang ada kat rumah (bekerja dan belajar), so literally makanan dalam peti ais mmg dia yang habiskan ( we are not complaining though!) Cuma kadang-kadang bapak aku tak sempat tengok peti ais, makanan pula habis, mula Opah membebel “Aku nak makan apa ni, lauk dalam peti ais pon takdak..” Selalu dia bebel kat aku dan adik-adik, so aku la tukang beritahu bapak aku yang makanan habis. Kalau bapak aku ada duit, tengah malam tu jugak dia ajak mak aku pergi beli barang basah kat NSK.

Opah ni selera makan dia besar dan dia juga suka menguruskan diri sendiri. Dia akan suruh aku atau adik-adik belikan dia minyak rambut, cotton buds, kadang-kadang kalau dia teringin, dia request la ayam golek atau laksa. Opah akan guna duit dia sendiri (she insist). Ya, duit belanja yang rata-ratanya datang dari anak dia ( makcik & paklang) dan semestinya bantuan rakyat dari kerajaan. Itu je aku rasa source of income dia. Kadang-kadang opah mulia jugak hatinya, cucu-cucu/ cicit-cicit yang kecil tu kalau dia jumpa, dia hulur duit walhal dia pon takde duit. Aku yang kadang-kadang panas, yelah, mak bapak budak tu ( anak Opah) pon tak pernah hulur duit kat Opah, ni Opah yang bagi duit kat anak depa? Amboi amboi amboi

Aku rasa salah satu contributing factor pon sebab perangai Opah tu sendiri. Dia memang suka membebel benda entah apa apa. Semua orang jadi point dia nak bebel. Mak aku pon dia kutuk kaw kaw, depan kitorang anak-anak dia. Tapi kalau ditegur, kata tempah tempat kat neraka. Jadi nak buat apa? Boleh pendam dan hadam je. Pernah aku terasa gila sebab aku unemployed dalam tempoh berbulan-bulan. Jadi, aku duduk rumah, jaga adik aku yang kecil lagi masa tu. Kebetulan family pak lang aku datang, aku masa tu keluar interview. Aku balik je, adik aku yang ketiga cerita kat aku yang Opah ni memperlekeh aku yang belajar undang-undang tapi tak dapat kerja kat family pak lang. Siap adik aku buat recording sesenyap sbb nk bagi aku dengar. Opah boleh gelak-gelak korg tau? Kalau ikutkan darah muda, aku mmg sound setepek direct mampat padu la kat muka org yang cakap aku camtu. Kalau nenek korang sendiri, ada berani?

Walaupun aku panas hati yang memang tak surut-surut, aku mengadu kat bapak aku. Aku sedih lah, yang Opah nak perlekeh rezeki orang ada kerja ke tak tu kenapa? Bapak aku, being a wise man as he is, cakap perangai orang tua ni mmg camtu. Diorang jadi budak- budak balik. Sabar je. Sebab Allah nak uji kemampuan jaga orang tua ni. Bapak aku siap cakap, dia kaut banyak pahala jaga Opah (walaupun bukan mak dia). Allah tak bagi direct, tapi perasan tak yang setiap kali makanan dalam peti ais habis, dia boleh terus pergi beli walaupun masa tu tengah bulan? Terus terang cakap, famili aku mmg bukan org senang. Tapi Alhamdulillah, mmg betul cakap bapak aku. Rezeki tak pernah putus walau sekecil mana sekalipun.

Ni peringatan ikhlas yang aku nak beritahu pakcik-pakcik aku, isteri-isteri mereka dan sepupu-sepupu yang aku sayangi. Tanggungjawab menjaga Opah seolah-olah telah dilepaskan sepenuhnya. Korang melawat pun tidak, duit belanja untuk diri dia pun tak dihulur, setakat raya baru nak beri? Dia pun ada kemahuan sendiri, apa salahnya beri hatta RM50? Ada keberkatan tak dalam hidup korang? Buat makcik-makcik yang selalu kongsi video dan cerita2 keagamaan kat group whatsapp tu, mak mertua korang sendiri pun tak mampu dijaga dan dilayan, so hentikanlah nak mencari keredhaan agama dengan berdakyah kat group whatsapp tu. Pahala depan mata pun tak mampu untuk diraih. Sentap? Baik sedar sekarang daripada Opah dah takde nanti. Walaupun takde siapa melawat dia, dia anggap anak-anak dia yang jauh tu la yang menghargai dia, bukan macam famili aku yang menanggung dia serba serbi, kitorang ni opah anggap menyusahkan dia. Bulan baik ni, minta maaf la. Rajin-rajinkan melawat Opah. Ubah cara hidup tu, masing-masing bukan muda lagi. Opah bukan nak duit korang, dia nak korang datang tengok dia. Kadang-kadang aku rasa bengang kalau mak aku minta hantar Opah ke rumah pakcik aku (yang duduk dekat dengan rumah aku), bukan sebab aku bersusah drive ke sana, tapi sekarang dah masuk zaman bila mak nak jumpa anak, mak yang kena datang sendiri!

Nauzubillah, minta dijauhkan perangai sebegini. Peringatan untuk diri sendiri dan juga sesiapa yang mempunyai mak dan ayah.

– N.I.A

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit