Salam / Selamat Sejahtera semua pembaca setia. Aku bukanlah seorang yang suka meluahkan perasaan atau mengeluh.
Tapi aku rasa, aku ada sifat yang susah nak diluahkan, yang kadang kala ini rasa pemberian Allah kepadaku, dan kadang kala berasa seperti perkara yang mungkin ujian untukku.
Aku cuma ingin pandangan, dan mungkin ada sesiapa yang pernah melalui perkara seperti aku. Aku perincikan kisah aku secara ringkas.
Personaliti & latar belakang
Personaliti aku seorang introvert, umur dalam lingkungan 30-an, lelaki, dah berkahwin dan mempunyai 2 orang anak. Mempunyai isteri yang bekerjaya, sangat memahami dan berkelulusan tinggi.
Oh ya, aku bekerja dan tinggal di kawasan Lembah Kelang yang semestinya dikenali tempat yang mempunyai kos sara hidup yang tinggi. Aku dibesarkan dalam keluarga yang sederhana luar bandar dan mempunyai adik beradik yang ramai.
Kisah aku dibahagikan kepada beberapa “timeline” untuk kalian faham.
Semasa aku di IPT, aku merupakan seorang atlet, tak dekan setiap sem. Walaupun aku seorang introvert, tetapi aku mempunyai sahabat yang berkualiti.
Dulu, aku seorang yang tak ambil kisah pasal CGPA, tidak libatkan diri dengan aktiviti di IPT. Kerana bagi aku, masuk universiti hanya untuk mendapat segulung Ijazah walau apa pun keputusannya.
(Begitu dangkal fikiran aku masa itu). Dan akhirnya aku grad dalam bidang kejuruteraan on-time tiada extend dan repeat paper.
CGPA aku dibawah average. GPA aku yang rendah setiap sem didorong faktor kemalasan aku yang berpunca dari sifat “over confident” dan ambil mudah.
Kebanyakkannya assignment tidak hantar, quiz tidak pergi dan belajar last minute (few hours before final exam). Jika tak kerana final exam aku dapat score, semestinya berbakul bakul repeat paper yang aku kena ambil.
Dengan berbekalkan CGPA yang tidak sedap mata memandang, aku memohon banyak kerja, dan Alhamdulillah, tidak sampai 2 bulan pun menganggur di rumah. Aku fikir ini rezeki aku yang Allah dah tetapkan.
Usaha untuk membuang sifat yang tidak elok semasa menjadi pelajar. Akhirnya aku menaiki tangga career yang agak cepat.
Oleh kerana aku seorang yang introvert dan suka memerhati, aku berusaha menjadi “missing puzzle” pada company yang aku masuk.
Sebagai contoh, company pertama yang aku masuk agak lemah dari segi documentation dan reporting,
So aku belajar sendiri macam mana untuk membuat report yang sangat “presentable” belajar excel sehingga advance, dashboard apa semua, walaupun itu bukan bidang scope kerja aku.
Company kedua, aku belajar coding, data analytical, effective problem solving dan macam-macam lagi.
Aku berfikir jika nak orang nampak penglibatan kita dalam company, kita perlu memberi added value kepada team dan bukan hanya membuat task yang berulang ulang.
Walaupun aku seorang introvert, tetapi aku juga di “assign” berhubung secara langsung dengan customer dan supplier. Bagi aku semua itu tiada masalah kerana aku hanya seorang introvert tetapi bukan tiada keyakinan diri.
Alhamdulillah, rezeki dari Allah, 3 tahun aku kerja selepas grad, kerja aku diberikan penghargaan dan aku di tawarkan managerial level. Pelbagai pujian aku dapat dari orang atasan, tetapi bukan itu yang aku kejar.
Aku kejarkan kepuasan aku bekerja. Tetapi kadang kala sampai satu tahap aku jadi bosan.
Bosan kerana apa yang aku targetkan di situ telah tercapai. Dan normal juga melayan kerenah rakan sekerja yang keras kepala kerana mementingkan tahap senioriti.
Sejak tiada projek besar yang masuk, aku merasa bosan dan tidak semangat.
Itu bab kerja. Bab minat dan passion aku pula lain.
Aku minat perkara berkaitan perniagaan, dan lebih tepat lagi ke arah keusahawanan.
Aku pernah berniaga dan membuat business modelling semasa belajar, dan boleh menjana income lebih RM1500 bersih setiap bulan secara sampingan.
Bayangan aku memiliki perniagaan berkaitan technology dan AI. Impian terbesar aku.
Nampak macam lari jauh, sebab aku bukan dari bidang IT. Dalam masa yang sama, aku suka mengajar, itulah passion utama aku.
Sehingga aku terbawa dalam reporting aku sangat presentable untuk mudah difahami dan mempunyai flow bagi pembaca. Bagi aku mengajar tidak semestinya secara direct, tetapi juga indirect seperti penulisan dan video.
Dan lagi satu, aku suka membaca dan menulis. Aku pernah menghantar satu cerita pendek di satu blog, dan cerita aku disiarkan.
Sambutan pembaca agar memberangsangkan. Tidak lama selepas itu, aku mendapat email yang cerita aku ingin di bukukan.
Dari semua kisah dan personaliti aku, kadang kala aku jadi pelik, dekat mana sebenarnya kekuatan aku. Professional, managerial, analytical analysis, penulisan, business, atau mengajar?
Dengan keadaan sekarang, ramai yang akan menyatakan teruskan dengan kerjaya professional kerana di landasan yang betul. Impian aku juga ingin menjadi pengajar dan usahawan yang berjaya.
Sebenarnya, aku telah membuat page facebook untuk mengajar. Aku buat secara video.
Kebanyakkan video view lebih 5 ribu tontonan dan yang paling banyak 4 juta tontonan. Page aku juga telah berkembang kepada lebih 10 ribu follower dalam masa tidak sampai 3 bulan.
Tetapi aku dah stop. Bila dah terlalu sibuk dan penat bekerja, aku tiada masa untuk meneruskan.
Di sini, aku rasakan yang aku mempunyai bakat untuk memberi penerangan kepada orang walaupun tidak secara langsung. Untuk business pula, aku telah mula membuat business.
Alhamdulillah walaupun secara part time. Aku dapat membuat jualan lebih RM5 ribu dalam masa sebulan, 3 bulan berturut.
Sekarang aku pun dah semakin kekangan masa, dan menjadi semakin kurang semangat. Kerja hakiki aku memerlukan perjalanan dalam kereta hampir 4 jam untuk hanya pergi dan balik.
Semestinya energi aku perlu di recharge semula – tidur awal dan berehat. Pernah terfikir untuk berhenti kerja dan fokus kepada apa yang aku suka.
Tetapi bila difikirkan anak dan isteri dengan keadaan duduk di kawasan lembah kelang yang mencabar, aku tangguhkan niat.
Kini aku mencari kerja yang dekat dengan rumah walaupun bukan dalam bidang yang sama yang aku kerja sekarang.
Aku hanya perlukan masa yang lebih untuk fokus kepada kerja passion aku. Mungkinkah aku ini hanya banyak beralasan, pemalas ataupun kerja setengah jalan?
Sekiranya ada pendapat ataupun sesiapa yang pernah lalui boleh berikan apa yang perlu aku lakukan.
Jika tidak, minta pembaca mendoakan aku supaya istiqomah dalam membuat sesuatu pekara, dipermudahkan segala urusan, berani menjadi risk taker dan berjaya dunia akhirat. Aamiin.
Bak kata kawan aku “Dalam ramai-ramai orang yang mendoakan kita, kita tak tahu doa siapa yang akan di makbulkan”.
Terima kasih admin dan pembaca.
– Bee Lal (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Sangat paham..saya pon mcm confessor..mgkin sebab Masih xdiduga dgn dugaan hidup yg berat dan ada byk pilihan dlm hidup buatkan kita mcm lost, tercari2 kepuasan hidup