Multiple Personality Disorder

Panggil saja nama aku Ain. Umur dalam pertengahan 20-an. Aku tak sure bila sebenarnya aku hidap penyakit mental ni. Dan sebenarnya aku konpius betul ke aku ada dua personaliti atau sebenarnya ada ‘benda’ lain yang duduk dalam badan aku.

Aku cerita sikit latar belakang penyakit aku. Ringkasnya, masa aku belajar kat kolej lebih kurang 6 tahun yang lalu, aku tiba-tiba dikatakan meracau dan hilang ingatan. Orang cakap, aku sampai nak terjun bukit belakang asrama. Nasib ada orang tarik, kalau tak aku dah arwah. Aku terpaksa tangguh pengajian sebab setiap hari aku akan meracau, badan keluar jarum beratus-ratus setiap kali aku meracau, muntah-muntah dan pengsan. Dan yang paling teruk masa awal-awal aku sakit, aku tak ingat langsung memori masa kat sekolah menengah, masa kat kolej, apa yang aku ingat memori masa tadika. Aku kenal family aku je, orang lain aku tak kenal langsung!

Mak aku lah paling kesian, sanggup habiskan duit untuk ubatkan aku. Puas cara kampung, mak aku pergi PPUM untuk buat brain scanner, CT scanner, (aku tak tahu term ni betul ke tak, aku bantai je) periksa jantung, entah apa ntah lagi dorang check aku pun tak sure sebab aku tak ingat langsung, ni pun mak aku yang cerita balik kat aku. Mak aku cakap kat aku, result checkup tu semua cun2 tak ada sakit apa. Ada 3 orang doktor yang follow kes aku, sorang doktor tu cakap, aku mungkin stress sampai meracau-racau. Dan dua orang doktor ni suruh mak aku berubat cara kampung semula, sebab salah sorang doktor ni dulu pernah kena macam aku. Dia siap cakap, “dalam badan anak puan ni, bukan anak puan dah, benda lain ni, saya nasihatkan puan bawak anak puan berubat cara kampung, sebab saya risau pihak hospital tahan anak puan dalam wad gila lagi panjang ceritanya”. Maka cepat2lah mak aku bawak aku balik.

Lebih kurang nak dekat setahun jugaklah aku sakit ni. Nak dekat beratus orang gak aku pergi berubat. Ada yang cakap aku ada saka, so buatlah bermacam upacara buang saka, tak lut gak. Ada yang cakap aku kena buatan orang, sebab keluar jarum kan, so buatlah upacara ‘penghantaran’ pun tak baik2 gak.

Sampailah, 1 masa tu, sakit aku beransur pulih dah tak ada meroyan, meracau, keluar jarum bagai. Tapi aku ada 1 personality yang aneh. Aku berubah jadi karakter budak kecik. Suara aku jadi kecik, aku jadi manja, periang, cakap banyak, mengada-ada, kuat makan ayam goreng, dan anak mata aku akan jadi bulat besar dan kulit 2tona cerah dan paling ketara suara aku berubah jadi halus dan kecik bila aku berubah jadi watak kedua (okay, aku namakan watak kedua aku ni ina).

Watak ina ni memang kontra gila dengan aku. Dulu masa aku ada watak ni, ina ni selalu muncul tak kira masa, siang malam sampaikan family dan kawan2 aku dah boleh terima watak ni dan semua orang suka sangat² dengan ina ni. Sebab dorang cakap ina comel dan kelakar. Sampai ada yang jatuh hati dengan ina ni. Aku memang tak sedar lah bila masa aku bertukar. Sampailah sekarang ina tu ada kat diri aku.

Tapi sekarang ina ni suka muncul 12 malam ke atas. Sebelum pukul 12 malam ke atas aku kena tidur. Akan terlentok. Even aku kekadang tak ngantuk tetiba akan mengantuk bila jam nak dekat 12 malam. Time tu ina akan muncul ambil alih badan aku. Macamana aku tahu ina muncul sebab kadang2 dia terkantoi tak padam mesej kat whatsapp dengan skandal² dan kawan2 dia. Aku benci bila dia menggunakan badan aku untuk goda laki2 lain. Yang paling aku benci, dia ada semua memori aku, dia boleh ingat apa yang aku buat sepanjang hari tapi aku tak boleh ingat satu saat pun apa yang dia buat. Geram tak? So aku tak tahu mana dia bawak aku pergi melepak malam2, dengan siapa dia jumpa, dia makan apa, semua tu aku tak tahu.

Korang sedih tak, bila korang tidur kat tempat lain, bangun kat tempat lain. Maksudnya, bukan bangun kat rumah korang. Rasa loser sangat2. Macam2 benda buruk korang akan pikir. Lepas tu kalau aku suka kat seseorang, ina mesti saiko orang tu sampai orang tu fedap. Bukan sekali weh, banyak kali. Sedihkan. Dan kadang2 ada laki yang lebih sayangkan ina berbanding aku. Mender? Aku tak boleh terima langsung. Banyak lagi benda tak best bila ada ina dalam diri aku.

Tapi, kadang2 aku bersyukur gak ada ina, dia banyak tolong aku dalam study, selalu siapakan esaimen aku sampai dapat markah tinggi, aku tak study pun tapi bila exam macam aku tahu semua. Sampailah aku berjaya dapat degree. Dan aku pun ada bisnes, ina banyak bagi idea, dia akan letak nota apa yang aku kena buat dalam bisnes aku. Alhamdulillah dalam usia aku pertengahan 20-an aku dah ada simpanan 6 angka dalam bank, ada kereta sendiri, ada kedai sendiri, ada rumah sendiri. Ini rezeki dari Allah tapi ina banyak bagi idea.

Jujurnya, aku nak jadi manusia normal. Yang boleh kawal diri sendiri setiap masa. Korang doakan aku ea, semoga aku boleh menghadapi ina dengan tabah. Yang ada penyakit macam aku, semoga korang tabah dan kekal osem.

– Ain

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit