Mulut Busuk

Pekerjaan di hospital, melibatkan banyak urusan dengan manusia lain. Pesakit yang datang dari jabatan kecemasan, masuk ke jabatan perubatan, dan pada masa yang sama mempunyai masalah yang perlu diubati oleh pakar tulang mahupun pembedahan.

Jika dilihat, payah nak jumpa satu pesakit dengan satu penyakit sahaja sebenarnya, terutamanya orang dewasa dan orang tua. Setiap pesakit pasti memerlukan rawatan daripada doktor dan pakar daripada pelbagai jabatan.

Apa yang terjadi dengan kerjasama mahupun konsep “bekerja di bawah satu bumbung’ atau “kekeluargaan” di mana konsep ini semakin lama semakin luntur dan hilang.

Sebagai seorang pegawai perubatan siswazah (House officer), saya akan bertukar dari satu jabatan ke satu jabatan lain, dan apa yang selalu dilihat adalah bagaimana seorang doktor daripada jabatan A mengutuk, mengeji, sumpah seranah doktor jabatan lain dan bila kita ke jabatan B pula, kita dengar doktor dari jabatan B mengutuk doktor jabatan A.

Sebagai contoh “Surgeon mengatakan Physician tidak mempunyai worksmanship, tahu berfikir tapi tak tahu buat apa-apa”. Physician pula mengecam doktor orthopaedic “tahu nak operate sahaja, gula tinggi nak refer, tekanan darah tinggi tak tahu nak manage, kepala letak kat lutut” dan bermacam-macam kutukan di antara jabatan seringkali berlaku.

Di kebanyakan hospital, setiap kali ada mortality review/audit, inilah masanya untuk menuding jari. Doktor A akan kecam jabatan B kerana lambat refer, Doktor B akan mempertahankan jabatan B kata itu bukan tanggungjawab pegawai perubatan mereka dan sebagainya. Anda sendiri akan nampak dengan jelas jika anda menyertai sesi audit ini.

Terus hilang matlamat utama pembentangan mortality review, iaitu pada dasarnya perbentangan sebegini adalah bagi kita mendapatkan pengajaran/iktibar kepada apa yang berlaku kepada pesakit tidak lagi berlaku di masa akan datang.

Sebaliknya, jadi lebih kepada, “itu salah dia, bukan salah kami, kami dah terbaik, mereka yang masih merawat pesakit dengan tidak serius’.

Agak susah nak jumpa konsep sebuah hospital adalah ibarat satu keluarga besar, Backup and support each other, and eventually, the ultimate goal is to save patient’s life or to make patient’s life better.

Kadang-kadang, saya agak tergejut walaupun dalam satu jabatan yang sama, hanya kerana perbezaan pendapat/mazhab, atau kepala tak sebulu, terus kecam mengecam antara satu sama lain, atau tidak bertegur antara satu sama lain, dan hujungnya, yang menjadi mangsa adalah pesakit.

Ada pula yang bila buat round, sengaja round dari jauh untuk mengelakkan daripada bertembung dengan rakan sekerja yang tak sependapat

Saya teringat kata-kata pakar pediatrik di HUSM iaitu, “Jangan kutuk atau mengata seseorang di belakang, sebab akhirnya dia pasti akan tahu”. Memang benar, samalah konsepnya di sini. Kita kutuk orang dibelakang, pasti orang yang kita kutuk tu akan tahu satu hari nanti, tak kira la kita menuduh Si A ambik darah cucuk 18 kali tak dapat, or atau menuduh doktor ini gagal peperiksaan dan lain-lain. Dia pasti akan tahu.

Pesanan saya, janganlah kita mempunyai mulut busuk mengata, mencela sesama staf di dalam tempat kerja yang sama. Bukankah lebih elok jika kita bercakap terus terang secara berhemah daripada membawa cerita fitnah dan menambah-nambah auta bagi menyedapkan lagi cerita sehingga boleh disiarkan di televisyen sebagai drama swasta mahupun drama panggung Sabtu di TV2.

Cuba jadikan suasana ditempat kerja kita lebih harmoni, tanpa mulut busuk, tanpa mengeji, sebaliknya support and backup sesama kita. Kita dikecam hebat oleh masyarakat luar yang menuduh dan menghina staff hospital, dan sekiranya sesama kita sendiri pun berpecah belah, siapa yang akan mempertahankan kita?

Tambahan pula, tanggungjawab kita adalah untuk memberi yang terbaik untuk pesakit, oleh itu, bukankah pergaduhan dan tradisi kutuk mengutuk ini akan berakhir dengan seorang pesakit yang tidak mendapat rawatan yang terbaik sepenuhnya.

Saya pasti, setiap kumpulan jawatan di hospital pasti mempunyai seorang dua yang bersikap sedemikian. Satu hari, saya juga akan menjadi mangsa apabila mereka terbaca entri ini.

Kesimpulannya, anda tak perlu berbaik-baik dengan golongan sebegini yang selalunya hipokrit. Depan anda mulut bukan main manis, belakang anda pula, hanya Tuhan yang tahu.

– Ilzanno Sharky (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *