Mulut Busuk Hilang

Hai.. Namaku Lily. Aku dah berumur 30an. Aku nak bercerita tentang kisah mulutku busuk.

Aku seorang yang menjaga kebersihan mulut. Sekurang- kurangnya dua kali sehari aku akan gosok gigi.

Aku juga rajin floss gigi dan kumur dengan ubat kumur. Rasanya aku memang mementingkan kebersihan mulut.

Tapi entah kenapa masa umur aku 20-an, aku perasan yang mulutku berbau. Macam mana aku boleh perasan? Sememangnya kerana orang akan tutup mulut apabila bercakap denganku.

Aku rasa awal kejadian bau mulut busuk ni, mula- mula aku rasa mulut pahit. Lepastu mulutku mula berbau longkang. Aku fikir-fikir memang gitula.

Sebab dari kecil, aku rasa mulutku takde la berbau busuk kecuali apabila bangun tidur, itu normal la kan.

Tapi kalau aku dah gosok gigi, kumur dengan ubat kumur, tak sampai 15 minit mulutku dah berbau. Kan pelik tu.

Aku rasa punca mulutku busuk ni dari lidah. Sebab aku test jilat lidah pada lengan tangan, pastu tunggu kering, aku bau memang confirm busuknya Ya Allah malu nak cakap. Confident diri pun menurun.

Aku suka cakap jauh-jauh tapi takdela jauh sedepa. Agak-agak orang boleh dengar apa aku cakap.

Lagipun pekerjaan aku ni memang kena jumpa orang hari-hari. Kalau terpaksa cakap dekat-dekat, aku kepit je mulut, asal suara keluar je la.nHarap korang fahamla ye.

Tapi alhamdulillah, rakan sekerja takde kutuk depan-depan. Cuma aku faham la bila mereka tak selesa dengan bau mulut aku kan.

Sebenarnya macam-macam aku usaha untuk hilangkan masalah bau mulut ni. Aku banyak baca di internet.

Macam-macam juga la aku cuba sejak umur 20-an, minum chlorophyl, minum teh hijau, berkumur dengan bermacam jenis ubat kumur, tapi semua tak menjadi.

Pastu aku makan pula herba yang buatkan aku buang air besar sampai 4-5 kali sehari sebab aku baca jika kurang membuang, boleh juga buatkan mulut busuk.

Memang menjadi pun. Tapi sehari dua jelah bau mulutku hilang, lepastu datang balik.

Aku baca juga, masalah tonsil boleh juga buatkan mulut bau busuk tapi aku tak pergi check dengan doktor pun sebab aku rasa elok je tekak ni, takde sakit atau bengkak.

Aku pun ada beli macam-macam jenis ubat gigi yang mahal, yang aku baca boleh hilangkan bau mulut tapi hasilnya takde.

Aku pun ada juga pergi scaling gigi. Gigi yang berlubang aku tampal, gigi rosak dah cabut tapi bau mulut aku busuk juga huhu

Alhamdulillah sejak covid, aku pakai mask dan aku selesa la nak bercakap dengan orang bila pakai mask, haha.

Adala hikmah disebalik covid ni walaupun aku sendiri sakit kepala dengan bau mulut aku bila pakai mask. Huhu.

Dah masuk 10 tahun pun aku hadap masalah ni. Aku kadang-kadang rasa malas dah.

Aku selalu berdoa agar masalah bau mulut busuk ni hilang, pastu aku teruskan je rutin pembersihan mulut. Aku macam dah pasrah.

Aku teruskan je gosok gigi, floss dan kumur dengan ubat kumur. Pastu aku ada beli sejenis penyembur mulut di shopee. Rasa macam bunga ros. Takdela hilangkan bau mulut, tapi kurangkan sikit.

Penyembur mulut A***y pun aku beli, tapi tak hilang juga masalah aku ni.

Pastu aku tak suka minum susu sebab aku rasa mulut bertambah busuk bila minum susu. Boleh bayangkan tak, mulut yang dah sedia busuk, jadi berganda busuk gitu kalau minum susu.. huhu.

Ok kemudian ada satu lagi musibah yang terjadi pada aku. Tahun lepas aku alami masalah gusi yang sangat teruk.

Gusi aku bengkak-bengkak. Banyak yang bengkak tau. Seminggu aku makan panadol sebab malas nak pergi klinik.

Duit pun takde sangat masa tu, kalau pergi klinik gigi confirm paling sikit RM100 terbang, jadi aku cuba bertahan.

Sampai satu tahap aku tak boleh tidur malam sebab sakit sangat gusi ni. Hati ni pun panas je, rasa nak lempang orang je hari-hari. Huhu, dah sakit sangat kan.

Akhirnya aku pergi juga la ke klinik gigi. Doktor tengok mulut aku memang terkejut gilerr. Dia kata teruk sangat gusi bengkak ni.

Dia kata kena scaling juga baru la bengkak surut. Takde cara lain. Aku pun setuju sebab aku tak tahan dah sakit ni. Lagipun dah lebih setahun aku tak scaling gigi.

Lama la doktor scaling gigi aku, darah pun banyak la kan. Sakitnya memang azab sangat. Scaling masa gusi tengah sakit bengkak, korang bayangkan jela.

Lepas habis je scaling doktor bagi ubat tahan sakit dan ubat antibiotik. Kena habiskan antibiotik tu. Doktor nasihatkan kena rajin floss gigi, pastu kumur dengan ubat kumur Oradex.

Ubat kumur tu aku kena beli sendiri di farmasi. Aku pun balik, tapi masuk je kereta aku terus telan ubat tahan sakit sebab sakit gilerr huhu.

Sampai umah aku terus tidur. Alhamdulillah lepas scaling, gusi aku ok. Bengkak surut dalam masa 3 hari. Ubat antibiotik aku makan sampai habis.

Tapi lepas tu mulutku rasa pahit pulak. Nak makan apa² pun rasa tak best dah. Rasa macam nikmat makan aku ditarik. Semua makanan rasa tak kena.

Tapi alhamdulillah dalam seminggu dua je rasa camtu lepastu mulut tak pahit dah. Aku pun boleh makan macam biasa. Kemudian aku rasa ada kelainan dengan mulut aku.

Korang dapat teka tak? Ya mulut aku tak busuk dah. Rasa macam ajaib sangat. Aku dapat rasa mulut aku ni bersih.

Aku test jilat lengan sendiri, aku cium takde bau busuk dah. Bila bangun pagi pun, air liur basi takla sebusuk macam sebelum ni.

Rasa amazing sangat, Ya Allah alhamdulillah. Aku tak tahu nak explain camne, tapi aku rasa dalam mulut ni ringan je. Mungkin korang tak paham, tapi aku pun tak reti nak cakap. Ada beza berbanding dulu.

Aku selalu fikir apa yang sebabkan mulutku dah tak berbau, aku fikir-fikir mungkin sebab antibiotik yang doktor bagi tu, dah bunuh sekali segala kuman bakteria yang menyebabkan bau busuk tu kan. Aku rasa la.

Sebab kalau nak kata sebab scaling, aku dah banyak kali scaling dalam 10 tahun ni.

Sekarang ni Alhamdulillah masalah yang aku hadapi selama 10 tahun ni dah takde. Syukur sangat.

Aku masih teruskan rutin pembersihan mulut macam biasa. Gosok gigi, floss, kumur dengan ubat kumur.

Aku masih pakai jenama Oradex yang doktor cadangkan tu. Aku harap berkekalan la nikmat yang Allah bagi ni. Tapi kalau minum susu memang rasa tak best mulut ni. Aku memang cuba elakkan.

Itula kisah aku. Aku tahu ramai yang ada masalah macam aku. Aku harap dan doakan korang jumpa jalan penyelesaian satu hari nanti. Ok itu je aku nak kongsikan. Bye

– Lily (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Kak,tlong aku,dh hampir 10 tahun jgk mulut berbau,hmm semua lari daei aku wasap aku boleh? 0164389965

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *