Mulut Busuk Yang Tak Tahu Punca

Assalamualaikum admin dan pembaca. Saya harap admin dapat siarkan cerita saya ni. Harap sangat masyarakat memahami golongan malang macam saya ni.

Introduce my self. Saya perempuan bekerjaya yang agak baik juga. Single. Alhamdulillah tutup aurat sempurna dan background agama baik since my family didik ke arah tu. Kerja saya di pejabat dan lapangan yang banyak berurusan ngan client. Saya tak ada masalah sesuaikan diri dengan orang awam yang hu-ha free hair apa sume walaupun saya muslimah gini.

Macam tajuk di atas… Saya nak spill out pasal masalah halitosis saya. Halitosis ni nafas berbau. Sebabnya pelbagai, as simple as oral hygiene hinggalah sakit kronik yang sedang membunuh dalam diam.

I suffered from this dekat 10 tahun sejak belajar overseas. Masa tu tak teruk sangat, sekali-sekala je perasan macam nafas tak sedap. Tambah pulak negara tu sejuk, memang kurang minum air so saya fikir saya dehydration.

Tapi bila naik final year, housemate pun dah mula tunjuk muka annoyed. Kami kat rumah, bila ada masa akan solat jemaah sama2 housemate. Masa tu la saya paling perasan diorang tak selesa bila saya jadi imam. Sudah bagi salam je bertempiaran duduk jauh-jauh @ keluar dari saf. Tau la kan saf orang perempuan bukannya jarak macam saf lelaki. So memang dekat dengan orang kanan-kiri.

Sampai sekarang saya dah fobia nak solat jemaah. Sebab takut ganggu orang dan sedih dengan reaksi diorang. Bila rasa rindu sangat nak solat jemaah saya join juga kat masjid yang tak ada orang kenal saya. Masa solat katup mulut rapat-rapat baca dalam hati je. Mesti korang pertikaikan solat saya sah ke tidak. Malas saya nak cakap bab hukum sebab akhirnya Allah yang menilai solat tu. Bukan korang.

Itu bab solat. Bab kerja lagi satu hal. Saya suka sangat kerja ni. Sejak sekolah dah berangan nak jadi apa yang saya jadi sekarang. Tapi bila ada masalah halitosis ni saya jadi malu dan down sangat nak buat kerja. Mula2 memang semangat la sampai tak hiraukan reaksi orang. Tapi lama2 mana tahan.

Mujurnya member ofis baik2, tak ada pun yang sound direct atau membahan bau mulut saya ni. Tapi saya tetap perasan diorang jarakkan diri bila cakap dengan saya. Saya tak salahkan sesiapa pun yang bereaksi gitu. Semua orang berhak nak hirup udara segar. Saya sendiri pun annoyed kalau ada orang tak gosok gigi cakap ngan saya. So saya tak salahkan mereka yang tak selesa dengan saya.

Cuma saya sedih sebab dah tak tahu nak buat apa lagi untuk hilangkan bau ni. Sejak betul2 sedar masalah ni, saya lebih teliti dengan oral hygiene. Orang lain gosok gigi dua kali sehari, saya minima 4x sehari. Siap floss dan sental lidah sume. Yang tak okey nya lepas gosok gigi mesti mulut dan tekak saya berlendir banyak sampai bau ubat gigi tu pun jadi busuk. Saya jolok tekak sampai hujung jari biar keluar semua sisa makanan kalau ada melekat.

Lately saya perasan gusi saya dah terhakis sampai nampak tunggul gigi. Saya tukar pakai berus gigi baby biar tak ngilu nak gosok selalu. Lantak la orang tengok berus gigi saya ada singa beruang, peduli apa. Yang menanggung ni aku. Ke mana-mana saya memang sentiasa bawa berus gigi ngan paste ngan floss dalam handbag.

Orang lain kalau minum kopi, mulut dia bau kopi. Saya kalau minum kopi, mulut bau tahi. Jangan tanyalah kalau minum susu @ makan belacan. Ada satu kali saya berbual dengan client lepas makan, client tu asyik pegang2 hidung je and nampak sangat dia tahan nafas sampai menguap2.

Masa tu saya makan buah je, tak ada la expect mulut akan bau teruk. Lepas tu saya minta excuse pergi toilet, cecepat gosok gigi. Saya tonyoh lidah dalam2 sampai air liur berdarah. Menitik air mata tengok darah tu. Rasa fade up sangat ngan diri sniri :'(

Pergi jumpa pakar ENT, cek halai balai pastu terus bagi ubat je. Saya dah research ubat tu ada side effect jangka panjang. Memang tak la aku nak ambik kan. Saya syak bau busuk ni bukan dari mulut saya, tapi somewhere in my system. Saya harap diorang sumbat saya masuk MRI tengok dalam perut saya ni ada ulat ke apa yang busuk sangat cam mayat reput ni. Tapi diorang just cek hidung, tekak, jolok kamera masuk tapi katanya semua clean.

Saya ni ada problem lactose intolerance, kalau minum susu boleh muntah n nafas busuk sebab susu tak hadam. So saya avoid susu. Banyak benda saya avoid terutamanya dekat2 nak jumpa orang. Sekarang lagi la, kalau makan tomyam kat kedai, berhari2 nafas dan urine saya akan berbau bawang. Makan kobis pun boleh buat nafas saya berbau satu hari. Saya cuba makan ikut jenis darah, tapi banyak jenis makanan tu pun buat nafas saya busuk. Gila kau. Apa lagi aku nak makan atas dunia ni?

Sekarang saya rasa nak berenti kerja, cari kerja lain yang kurang contact dengan manusia. Pernah terfikir nak kerja kat stable kuda je, biar hari2 saya hirup bau taik kuda tu daripada manusia hirup bau busuk nafas saya. Tapi suasana kerja tu tak berapa selamat untuk perempuan. Takut pulak.

Kalau orang sekeliling korang ada camni, tolong la tolerate. Yang jenis pengotor gigi berkarat tu lain cite la. Tapi yang bekerjaya macam saya ni kejadahnya tak gosok gigi kan. Jangan la kurang ajar ngan kitorang sebab kitorang dah cukup stress nak survive dengan kekurangan ni.

Nak fikir pasal jodoh pun malu. Walaupun ada orang lamar saya, saya tak berani nak terima sebab mikirkan nanti dia terseksa nak hadap saya hari2. Saya tak percaya ada manusia yang ikhlas ‘terima seadanya’. Puiiii la. Nanti baru 5-6 tahun dah sibuk cari bini lain.

Saya tau masalah ni sebenarnya common, saya pun pernah ada client VIP yang terkenal, public figure, tapi mulut bau sampah. Kadang2 saya ambik orang2 ni jadi inspirasi, walaupun mulut busuk still boleh berjaya dan blend in dengan masyarakat. Tapi saya taklah seteguh tu.

Sedih hati bila orang cakap membelakangi saya atau simply cut off perbualan. Kalau minum clorox tu tak mati, dah lama saya kumur dengan clorox tau. Mujur la masih ada iman. Saya faham perasaan orang yang bunuh diri sebab benda2 remeh. Kalau korang tak pernah rasa jangan la kutuk. Dibuatnya Allah uji korang macam tu belum tentu boleh lulus.

Jadi saya nk mintak pertolongan korang yang ada pengalaman mcm saya ni atau tahu treatment yang bole elokkan bau busuk mulut ni. Tolong saya mohon sangat sangat. Saya nk jgk merasa hidup normal tu cmane.

– Naim (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *