Mulut Capoi & Histeria

Hi Assalamualaikum. Aku Saloma. Aku saja nak bercerita. Teringat peristiwa yang beri pengajaran dalam hidupku. Terima kasih kalau admin siarkan. Cerita ni agak panjang.

Ok berbalik pada tajuk. Mulut capoi (utara) atau membawa maksud mulut tiada insurans atau cakap lepas. Korang semua tahu. Kadang disebabkan mulut tiada insurans ni laa akan ada kejadian buruk jadi dekat empunya yang bercakap.

Kisah ini bermula pada zaman sekolah menengah aku. Pada waktu itu, memang riuh kejadian histeria. Puncanya ada beberapa pelajar bermain “spi*it o* de *oin*. Korang tahu kan? Kalau tak tahu boleh google.

So sekolah aku ni ada dua sesi. Sesi pagi and sesi petang. Hasil selidik aku mendengar cerita. Rupanya kedua dua sesi bermain permainan ni. So bayangkan berapa ramai yang kena.

So benda ni berlarutan. Ustaz, Jpam, Bomba semua datang. Kami tidak diberi cuti. Tetapi selalunya kejadian akan berlaku pukul 10 pagi dan kemuncak makin ramai pukul 12 tengahari. Datang ke sekolah macam biasa. Pagi baca yassin pada waktu pagi. Nak ke tandas berteman.

Waktu tu pula musim peperiksaan awal tahun. Nak dijadikan cerita. Aku datang ke sekolah macam biasa. Pukul 12 dengarlah annoucement cikgu suruh pulang awal. Disebabkan ramai sangat pelajar perempuan kena histeria.

So memandangkan nak exam and pulang agak awal. Aku pun beri cadangan dekat kawan (salmah) untuk study di rumahnya. Jadi aku, Saleha dan Salmah pun naik bas ke rumah.

Korang tahu tak. Sampai je dekat rumah Salmah. Selepas kami melantak nasi rumah dia. Kononnyalah nak study. Tapi bukan study subjek nak keluar exam esok ni. Tapi study teori teori kejadian berlaku dekat sekolah beberapa hari ini.

Macam macam teori fakta auta kami keluarkan. Mengalahkan pakar metafizik atau alam sebalik mata. Tibaaa tibaaa… Tanpa sedar. Sampai lewat petang laa punya merungkai punca histeria.?

Adik kepada si Salmah ni satu sekolah dengan kami tapi sesi petang. Dia baru pulang. Menangis nangis masuk bilik. Mula bercerita. Kawan baik sebelah mejanya kena histeria. Habis dengar cerita. Lihat jam tangan. Wahhhh. Jam menunjukkan pukul 7 petang. Aku dan Saleha pun hendak pulang.

Rumah aku dan Saleha berdekatan. Tetapi dia dahulu. 5 minit perjalanan naik bas. Baru sampai di perhentian rumahku. Ok inilah permulaan permulaan mulut capoiku ft histeria.

Di perhentian bas. Sambil menunggu bas datang. Aku dan Saleha bersembang lagi tentang kejadian yang berlaku disekolah. Kenapa kami asyik sembang pasal ni? Kejadian agak beri impak sebab pelajar yang terkena histeria bukan seorang dua. Tapi ratusan.

Aku “Macam mana lah eh orang yang kena tu. Diorang rasa apa. Tak sedar ke. Diorang tak boleh kawal diri ke? AKU TERINGIN NAK KENA. NAK TAHU DIORANG RASA APA”

Saleha *menelan air liur. Muka temenung* Mungkin tengah brain ayat aku.

Sebelum sampai ke rumah aku. Bas perlu melalui hadapan sekolah aku. Aku hanya memandang kosong. Tiada rasa apa apa.

Aku sampai ke rumah pun dah pukul 8 malam. Sambung bercerita di rumah pula. Tentang kejadian berlaku. Tanpa sedar aku keletihan. Dan tidak mandi. Lalu tertidur. Aku bermimpi…..

Di dalam mimpi tu, suasana macam biasa. Waktu rehat. Tandas berdekatan dengan kantin sekolah. Nak dijadikan cerita. Diri aku masa tu dalam tandas, ramai jaa perempuan dalam tandas tu. Macam suasana biasa waktu rehat.

Selepas aku keluar jaa dari tandas. Ada seorang budak budak lelaki. Botak. Dahlaa bogel. Hitam pulaktu. Umur lingkungan 2-3 tahun. Ikut aku keluar tandas meminta minta aku mandikan dia. Aku rimas. Aku tolak dia.

Elok saja kaki melangkah masuk kantin. Tiba tiba aku dapat rasakan ada satu lembaga hitam besar dari belakang masuk dalam badan aku. Ia masuk dari arah belakang.

Menjerit jerit aku. Aku meronta. Guru guru datang pegang kaki tangan aku. Situasi jadi kacau bilau. Pelajar takut. Berlari. Badan aku terasa berat.

Tiba tiba aku terjaga dari tidur secara mengejut. Rupanya aku kena tindih. Mula pada waktu tu rasa seram sejuk. Terasa ada sesuatu bermain di kaki.

“Sesuatu” itu bermain dari tapak kaki. Ke betis. Ke lutut. Turun bawah balik. Berulang. Aku pun cuba pejamkan mata. Tapi takboleh. Mimpi tu terngiang ngiang.

Bangun pagi. Nak ke sekolah. Niatku nak mandi wajib. Kerana baru habis. Orang kata badan kotor. Benda itu senang masuk. Disebabkan mimpi aku tu. Aku jadi penakut. So mandi kerbau sahaja.

So nak dijadikan cerita. Petanda tak bagi aku ke sekolah pada hari kejadian. Selalunya aku akan ke sekolah dengan sepupu aku. Elok nak berjalan ke rumah dia. Tetiba rasa seram sejuk. Rasa ada sesuatu ikut dari belakang. Padahal jam dah menunjukkan pukul 630 pagi.

Sampai sahaja di rumah sepupuku. Maknya bagitahu dia sudah ke sekolah. Dengan ayahnya. Alasannya kena datang awal. Aku pun patah balik ke rumah. Dalam rasa tak sedap hati. Rasa berdebar. Rasa macam nak demam. Rasa berat nak ke sekolah. Aku suruh pula ayahku hantar.

Dalam perjalanan ke sekolah. Aku termenung teringat mimpi semalam. Tanpa sedar. Ayah ku yang tak pernah pernah terlajak dari sekolah. Tetiba telajak. Nasib aku sedar. Aku pun tempuk bahu ayahku “Abohhhh. Telajak dah ni. Takpa takpa Saloma bole jalan kaki sikit”. Abah aku pun pulang.

Sampai sahaja di pintu sekolah. Tapak kaki aku seperti dicucuk cucuk. Terasa ada yang main di kaki. Seluruh badan jadi seram sejuk. Terasa ada sesuatu di belakang. Habis sahaja perhimpunan pagi. Aku masuk ke kelas. Seperti biasa bersembang. Hari ini ada peperiksaan subjek sains. Tetapi selepas rehat.

Waktu rehat. Aku jadi tidak lalu makan. Aku bagitahu pada kawan ku. Rasa tak sedap hati. Kawan ku menegur. “Sejuk tangan awokkk”. Aku pun “Nak demam kot”. Ketika berjalan ke kantin. Ada seseorang lelaki menyatakan sesuatu pada ku. Seperti menyindir. Yang menyebabkan aku berasa amat marah.

Perasaan marah bercampur rasa tidak selesa selepas mimpi tu menyebabkan aku jadi gelisah. Aku tidak makan pada hari itu. Selera ku hilang entah kemana. Sebelum masuk ke kelas.

Aku ingin ke bilik guru. Seorang diri. Sambil jalan naik tanggga. Aku ternampak seorang pelajar perempuan. Tersenyum senyum depan cermin sambil perbetulkan tudungnya. Aku abaikan. Mungkin tengah fikirkan sesuatu. So ini adalah kemuncaknya.

Peperiksaan pun bermula…

Meja aku ni belakang sekali tau. Sebelah adalah kawan aku. Sebelah dia memang pintu belakang kelas. Dalam tengah menjawab soalan itu, aku dapat rasa ada sesuatu bermain dekat kaki aku. Macam biasa.

Benda ni berulang tau. Kadang naik sampai ke leher. Rasa meriding gitu. Muka rasa haba panas jaa. Rasa macamtu pun. Sempat lagi panggil kawan aku minta jawapan. Aku panggil dia. Dia dengar elok jee.

Tepat pukul 12 tengahari. Terdengar suara pelajar perempuan menjerit. Sambung menyambung. Kelas start bising dah laa.

Cikgu aku, “takpa abaikan. Zikir dalam hati. Jawab sahaja soalan exam tu. Baca ayat apa apa yang kamu tahu”. Time tulaa. Aku dah start rasa lain. Takut + gelisah + ada something bermain di kaki + dapat rasa ada lembaga hitam besar dekat belakang diri aku.

Aku cuba tulis jawapan. Tapi tangan aku rasa takboleh. Rasa macam dikawal. Rasa kebas. Tulisan jadi buruk. Disebabkan perasaan aku takut aku. Aku cuba panggil kawan aku. Ehhh boleh pulak.

Dia sembang dengan kawan depan dia. Padahal aku ni sebelah dia panggil panggil. Muka dia tu seolah olah macam tak dengar aku panggil. Aku nak cuihh pakai tangan rasa tak boleh begerak. “benda ni pulaa main main kaki”

Dah rasa macam dunia sendiri sahaja. Tibaaaa tibaaaaa… Benda yang bermain di kaki. Zupppppppp ke atas. Muka aku rasa panas. Aku menangis. Menangis secara automatik. Faham tak.

Cikgu pun datang dekat aku. Suruh aku zikir. Ingat Allah. Zikir dalam hati. Aku pun zikir lahh. Benda tu turun ke kaki balik. Member member pun dah usha pelik dah. Aku faham. Kalau aku pun takut.

Tibaaaaaa tibaaaaa…

Kawan lelaki aku. Mengeluarkan suara garau. Hhhmmmmm. Hhhmmmm. Mata merah. (aku dalam tengah gelisah dengan diri sendiri ni. Sempat juga tengok) Seperti marah. Start macam nak mengamok. Satu kelas jadi kecoh.

Tibaaaa tibaaaaa.

Dalam kekecohan itu. Terdengar pula annoucement suruh pelajar pulang. Sebab suasana macam tak terkawal. Lagi kalut laaa pelajar siap siap nak pulang. Yang paling lawak. Aku dah macam dunia aku. Rasa telinga jadi bengang. Mulut berat nak bercakap.

Zupppppppppppp. LAGI SEKALI. “benda” tu dari kaki terus zupp naik ke muka. Rasa hangat sahaja muka. Mulut berat. Kaki takboleh bergerak. Dan tiba tiba juga aku menangis. Menangis macam orang pukul oooooo. Padahal diri aku ni. Terfikir fikir. Kenapa aku menangis.

Mesti pelik. Kenapa lelaki pun kena. Jarang la kan. Sebab kawan laki aku tu jenis orangnya lembut. Bukan lembut sotong. Lembut jenis cakap lembut. Orangnya jenis lembut laa. Alaa. Taktahulaa nak describe dia macam mana.

Dalam aku sibuk dok menangis. Kawan yang lain start menjauh dah. Haa time tu hang boleh nampak mana kawan betoi hg. Tapi tula bila fikir balik. Kalau aku pun lari. HAHAHAHA.

Member laki aku dalam dok hhhmmmm hhmmm dia tu. Aku bole laa nampak sikit sikit kawan kawan lelaki lain bawak dia ke dewan. Kenpa sikit sikit? Sebab aku menangis tak sangga dah ni. Yang aku sendiri taktau punca. Mata pun macam berkaca laa.

Sekarang aku baru faham. Aku taktau laa kalau orang lain. Macam aku. Aku kena. Dalam adalah diri aku. Aku sedar. Aku boleh berfikir. Rasa diri macam dalam kotak. Tapi aku tak boleh bercakap. Aku takboleh buat apa. Diri aku macam orang lain kawal.

Disebabkan aku dok menangis. Cikgu pun suruh pelajar perempuan 2 orang. Pegang aku bawa ke dewan. Aku menangis lagi kuat lah. Bukan sebab apaa.

Time tu aku dok confuse lagi. Kenapa dengan diri aku ni. Takut pun sama. Tah mana dapat kekuatan aku cakap sambil menangis aku tak boleh berjalan. Kaki aku rasa macam kebas berat. So dengan pertolongan kawan aku. Aku dipapah. Jalan macam orang tadak kaki.

Sepanjang berjalan dekat kaki koridor tu. Semua orang pandang pandang aku. Wahhh dah macam retisssss. Aku dengan diri aku. Confuse plus rasa takut. Elok jalan sikit. Dengan mata samar samar aku ni. Sebab menangis kan. Berkaca gitu.

Teserempak laa dalam 5 6 langkah dengan kawan aku si lelaki ni. Rupanya diorang susah nak bawa dia. Sebab dia badan agak besar tinggi. Dia pula jenis macam meronta. Dalam dok bejalan sebelah dia.

Tibaaaaaaaa tibaaaaaa……

Dia menjerit. Aku yang dengar ni yang taktau apa apa ni. Automatik menjerit sekali. Join the club. Menjerit tak ingat dunia.

Paling tak boleh lupa. Muka ex aku. Tetiba lalu depan aku. Terkejut dia. Selalu ayu ayu jaaa. Hari kejadian menjerit macam apa dah. Haih. Jadi laki orang dah. Moga bahagia ke anak cucu. Ok focus.

Jerit punya jerit. Sampailah ke dalam dewan. Diorang baringkan aku. Aku ni menjerit meronta. Yaa luaran sahaja. Dalaman aku. Masih aku yang confuse. Apa yang dah jadi ni.

Dengar orang menjerit. Aku menjerit. Automatik. Tidak boleh dikawal. Cikgu cikgu and pelajar perempuan pegang di kaki and tangan aku. Macam mana dalam mimpi aku. Macam tulaa aku. Cuma aku tak kena dekat kantin. Tapi dalam kelas. Cara kena pun sama. Dari belakang.

Dalam dok menangis. Menjerit tu. Dapat la juga tengok keadaan sekeliling. Yang kawan aku ni menangis nangis tengok aku. Panggil aku. Aku ni kalau boleh bercakap. “ehh kauuuuuuu nii” kadang ketawa sendiri. Tengok telatah manusia. Sebab aku sedar. Cuma takboleh control.

Tibaaaaaa tibaaaaaa……

Yang sebelah aku ni. Taktahu laa. Spesis apa yang masok. Punya berlariii. Poppppppp. Langgar pintu kayu dalam dewan tu. Dewan aku ni jenis. Setiap bahagian ada pintu. Macam dewan lama. Aku ni nak gelak tak gelak. serius lawak. Tapi tula. Aku hanya dalam dunia aku jelaa. Aku ingat lagi.

Tak ingat laa ustaz ka jpam (mungkin ada ilmu kes ni) cakap dekat pompuan tu “keluar kauuuuu. Aku kata keluarrrrrrrr”. Kesian aku tengok tengok. Selepas aku amati dengan kaca mata aku ni. Rupanya dia tu perempuan yang aku jumpa tersenyum depan cermin tadi. Haishhh.

Seorang ustaz pun datang dekat aku. Dibacanya doa dekat aku. Doa apa taktahu. Dipotong potongnya badan aku. Pukkkkkkk tarik keluar dari kerongkong aku. Dah macam dalam filem hantu seram. Orang kena rasuk tu. Tapi masa ustaz tu tarik. Memang ada rasa something dekat kerongkong.

Ditutupnya mata aku. Aku dah okay. Rasa tenang sikit. Cuma berasa letih. Dahlaa tak makan.. Last makan dekat rumah Si Saleha tu. Mak and ayah saudara n kakak aku pun sampai. Dibawanya aku pulang.

Ustaz daah pesan……. Jangan buka mata. Aku ni kalau tak buka mata pakai masuk longkang kecik luar dewan tu laa. Nak masuk kereta pun aku buka laa sikit.

Sepanjang perjalanan nak pulang ke rumah tu. Memang aku dapat rasa lembaga hitam besar tu ada bumbung kereta. Taktahu laaa fikiran aku sahaja atau betul. Sampai sahajaaa di rumah…….

Sah. Memang betul rupanya…… (Sambungan)

– Kak Ana (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *