Mulut Perempuan

Salam semua. Aku Siti. Seorang wanita berusia awal 30-an. Aku sudah berkahwin dan mempunyai anak yang comel. Saja aku nak cerita pasal mulut aku (saat ni sila bayangkan bibir menggoda model lipstik di poster dalam watson) Haha. Terima kasih admin sudi baca. Di siarkan atau tidak, tak mengapa. Saja aku nak bercerita.

Dari kecik sampai aku muda belia di IPTA, aku seorang yang pemalu dan pendiam. Lebih-lebih lagi dengan orang yang tak kenal. Kalau terkena dengan yang ‘ngam’ sikit, riuh rendah juga tapi tak ramai.. kiranya aku ni ada ciri introvert tapi bff aku semuanya jenis peramah. Balance la orang kata.. walaupun pendiam tapi aku tutup kekurangan tu dengan senyuman. Hidup aku tak ada drama sangat. Aman damai.

Masuk tempat kerja….. Sedikit demi sedikit aku mula berubah. Aku bekerja di sektor swasta. Budak baru kan. Innocent konon.. malu-malu la sikit. Hajat di hati ni sambil bekerja sambil mencari jodoh. Nan hado… Semuanya samada geng veteran,geng tunang,geng suami dan bapak orang. Yang available sorang je. Boss paling atas. Untuk slot no 2,3 dan 4. Dia sendiri yang bagitahu tu. Aduhai.. nasib boss yang bayar gaji. Sengih je la. Bila hari-hari jumpa dipejabat.. asyik kena usik..mana nak tahan.

Awal-awal kerja kat situ ibarat mulut aku ada emas gamaknye. Lama kelamaan tak ada dah. Rasa nak laser,aku melaser je. Pelik juga kan. Kat pejabat bukan main usik staff perempuan… Keluar je terserempak dengan anak bini kat mall ke apa… Pijak semut pun tak mati cittttt. Ikut pengalaman aku, lelaki ni kalau dah jadi hak orang,jaga batas setakat rakan sekerja je la.. Gurau lebih-lebih, laserkan aje terus. Jangan mesra sangat. Insyaallah bila kita tegas, tak ada terjadi skandal dengan suami orang. Harap di jauhkan.

Masa aku jadi tidak berapa pendiam tapi bukanlah mulut bawang okay haha.. dapatlah bertemu jodoh dengan suamiku sekarang ni. Dengan dia ni… Ada hadir satu perasaan selesa. Bila jumpa,rasa ada sahaja topik nak bincang. Suami aku pendiam tapi bila berdua,aku jadi talkative. Dengan dia,aku tiba-tiba ada bakat melawak. Tahun awal perkahwinan.. lumrah kan. Ada time betul2 romantik..ada time bergaduh .

Waktu malam lepas dinner… Sambil suami aku main game, aku cerita kisah hidup aku kat sebelah dia. Update apa terjadi untuk hari tu..nampak accident ke,stress dengan boss ke dan macam-macam. Macam aku cakap tadi,bila berdua dengannya..mulut aku ni tak nak berhenti pula bercakap. Kahwin dengan gamer masa tak ada anak.. (gelak tutup mulut) memang relax aje. Nanti kat bawah sana aku cerita time ada anak. Masa tu baru ku tau erti penyesalan.

Waktu bergaduh… Masing-masing asyik nak jadi orang yang betul je. At least ,time gaduh baru mulut aku zip rapat. Sunyi rumah. Suami cakap,dia malas nak bertekak. Asyik dia di salahkan. Eh,daku pun fikir yang sama. Maknanya dia fikir dia selalu betul. Aku juga selalu disalahkan. Pi mai pi mai tang tu jugak.

Sorry part bawah ni KRT sikit ya. Aku lambat sikit nak dapat anak. Time hari raya…aduh malas betul beraya. Ada sekali tu beraya kat rumah saudara belah suami… Makcik cakap..kenapalah aku tak ada anak lagi??? Tahun lepas tak ada anak,tahun ni pun tak ada lagi,katanya.Aku terkedu…lepas tu tanya lagi aku seolah-olah aku tak mau anak. Aku dah berusaha macam-macam. Makan itu ini,berurut sana sini, teknik bersama tunggang terbalik. Apa yang aku tak buat?.. Tapi malas aku nak cakap banyak.. aku sengih dan cakap..tak ada rezeki lagi.

Aku pula yang gesa makcik tu doakan aku dapat anak cepat-cepat. Lepas salam,aku cool lagi. Balik rumah aku menangis sepuasnya. Suami cakap,lepas ni tak payahlah balik kampung. Sedih tengok aku bengkak mata. Mulut aku hari-hari doa lepas tu… Aku tak mahu dah jumpa makcik tu lagi. Aku takut jumpa lepas ni,mulut aku tak boleh ucap perkataan yang baik-baik sebab geram. Hingga saat ini.. setiap kali balik kampung waktu raya.. ada je halangan untuk aku bertentang muka dengan makcik tu. Dah 7 tahun Allah masih dengar doa aku.. aku sudah maafkan makcik tapi untuk melupakan , tidak mungkin..

Semasa aku mengandung,antara info aku baca… Simpan tenaga untuk digunakan semasa berada dalam labour room. Kita merintih-rintih bersuara apatah lagi berteriak pun boleh mengurangkan tenaga untuk push anak keluar dari perut. Lagi satu, sakit nk beranak ni membuatkan mulut kita tak mampu nak ukir senyuman. Masa sakit contractions, selalu juga aku test. Oh, boleh senyum lagi… Lambat lagi nak bersalin. Suami teman kat sebelah sambil genggam tangan. Aku rasa macam nak patah kot tangan dia.

Sakit bukan main-main. Mulut aku kumat kamit amal zikir nabi yunus tak berhenti. Waktu sudah 9cm.. mulut aku serius tak boleh senyum. Alhamdulillah aku selamat bersalin normal beberapa minit selepas tu. Dalam dewan bersalin tu… Aku biasa dengar ada yang dimarahi oleh nurse. Macam-macam ragam. Jadi, masa nak jahit luka bawah… Aku senyap membisu. Nurse tegur… Awak ni lasak ye,bagus. Pulak dah..

Pengajaran yang aku dapat lepas beranak… Bercakap ni sebenarnya sedut tenaga juga. Jadi lepas dapat anak,aku stress dengan gamer dalam rumah ni. Anak menangis..aku tak tahu nak buat apa. Kami tinggal jauh dari keluarga. Kami berdua ada ibu yang suka membebel. Kami berdua sangat sayang ibu kami tapi tak suka bab membebel. Jadi aku tak mahu jadi macam ibu kami. Bila pendam…..pendam….aku pun meletup..insaflah kejap. Beberapa bulan lepas tu,asyik balik.

Bila tak ada benda yang baik nak di ucapkan,tutuplah mulut. Yang keluar dari mulut biarlah yang perkataan yang baik. Susah nak buat macam ni. Aku train berbulan-bulan. Kalau aku tak tahan,aku masuk dalam bilik air menangis puas-puas. Tekanan dengan penyakit anak dan gamer terulung. Bila anak tidur,aku menangis tepi katil dalam gelap. Mana janji dia yang dulu nak utamakan anak isteri. Aku dimadukan dengan seketul handphone.

Entahlah…aku pun tak pasti macam mana kami jadi jarang bergaduh selepas tu. Suami makin rajin tolong. Boleh di katakan semua benda dia buat. Sekarang ni sejam je dia sempat main games setiap hari. Ada hari tak buka langsung game. Sebab busy buat kerja-kerja kat rumah. Aku just memasak. Laundry,sampah,vacuum mop even mandikan dan basuh poo poo anak pun,dia yang uruskan. Busy betul. Aku pula makin okay sikit. Spark antara kami yang pudar dulu dah makin terang balik ibarat lampu sportlight menyinari stadium padang bola.

Lagi satu,aku amalkan berkongsi satu gelas dengan suami. Minum pun,letak mulut di spot yang sama kat gelas tu. Amalkan suap menyuap semasa makan. Bertahun buat macam tu.. yang aku tahu aku payah sangat nak merajuk lama-lama. Rasa selalu lembut hati dengan pasangan. Suami pun.. macam kat atas tu aku dah cerita. Tak pasti ada kaitan ke tak. Tapi itu perubahan yang ku rasai.

Cara aku nak rapatkan anak dan ayahnya,mulut aku selalu bagi pujian tatkala suami aku tolong kerja rumah. Biasanya aku cakap,tengok ayah rajin tolong ibu. Adik jadi rajin macam ayah ye.
Kalau aku tak mahu suami tidur lewat main games,aku just cakap…kesian adik nak tidur dengan ayah. Mulut ibu masin kan. Sampai sekarang anak aku nak tidur kena bertemankan ayahnya,baru lena.

Makin lama makin meningkat usia,rasa kami makin bahagia malah lebih bahagia dari zaman bercinta. Sikap suka melawak aku pun dah datang balik. Selalu usik mengusik. Seronoklah. Siapa cakap makin lama makin hambar?aku dah 12 tahun kahwin…hari-hari bercinta dengan suami. Mulut pun ringan nak ukir senyuman. Ini pun penting juga. Kalau suami pandang, senyum dulu barulah tanya kenapa pandang. Jangan kerut dahi banyak sangat. Tapi itulah, rezeki dapat suami yang baik..isteri mudahlah senyum. Aku berharap semua wanita dapat suami yang baik dan bahagia.

Panjang pula coretan aku ni. Ok lah,aku cuma nak cakap mulut ni boleh membawa binasa, boleh juga membawa kebahagiaan. Jagalah tutur kata.. sorry kalau agak membosankan cerita pasal mulut je. Thanks admin. Assalamualaikum.

– Siti

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *