Hai semua. Terima kasih admin approved posting saya. Saya dalam dilemma dan perlukan pendapat dari pembaca sekalian.
Anak lelaki saya sekarang dah lepas fasa pampers, dan saya memang bersyukur sangat sebab proses potty training pun taklah terlalu mencabar.
Tapi sejak akhir-akhir ni, saya mula terfikir satu perkara, perlu ke saya ajar dia kencing berdiri?
Setakat ni, setiap kali keluar rumah, memang saya yang akan bawa dia masuk tandas perempuan. Dia masih kecil dan saya takkan biarkan dia masuk tandas lelaki sorang-sorang.
Tapi setiap kali nak bagi dia kencing, saya kena lap dulu tempat duduk tandas, buka seluar dia, angkat sikit badan dia ke atas mangkuk tandas… pendek kata memang renyah sikit.
Sampailah satu hari, kami tengah keluar berjalan di mall dan saya bawa dia ke tandas macam biasa. Masa tu bilik tandas sempit, dia pun dah terlompat-lompat tahan kencing.
Dalam keadaan kelam-kabut tu, entah kenapa saya spontan cakap, “kita cuba kencing berdiri nak?”
Dia pandang saya pelik, tapi ikut. Kali ni saya tak perlu buka seluar dia habis-habis pun.
Saya cuma turunkan zip, selak seluar dalam dia sikit dan keluarkan bebird dia. Saya tolong halakan ke mangkuk tandas, dan dia pun kencing berdiri buat pertama kali.
Masa tu saya terus terfikir, eh, senangnya. Tak payah buka seluar banyak, tak payah lap seat, tak perlu angkat dia langsung.
Lepas dia habis kencing, saya cuma goyang-goyangkan sikit bebird dia, pastikan dah betul-betul titisan terakhir, dan terus masukkan balik. Zipkan semula seluar, siap. Mudah. Cepat. Tak sampai satu minit.
Sepanjang jalan lepas tu, saya terus berfikir… patut ke saya teruskan ajar dia kencing berdiri macam ni?
Bukannya sebab nak dia jadi “lelaki sejati” ke apa, tapi dari segi praktikal, memang jauh lebih senang untuk saya, seorang mummy yang urus semua benda sendiri bila keluar rumah.
Tapi dalam masa yang sama, saya tertanya-tanya… betul ke kalau mak yang ajar anak lelaki kencing berdiri?
Suami saya selalu outstation. Jadi mungkin tak sempat untuk mengajar ini semua kepada anak kami.
Kalau ada mak-mak kat luar sana yang pernah lalu situasi macam ni, saya sangat nak dengar pengalaman.
Saya bukan mak sempurna, tapi saya buat sebaik yang saya mampu, ikut apa yang sesuai dengan keadaan kami dua beranak.
Saya harap pembaca boleh bagi pendapat kepada situasi saya.
– Husna (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Sebaiknya puan, selepas anak membuang air kecil, ajarkan dia untuk membersihkan kemaluan nya dengan air. Kebiasaannya apabila anak ingin membuang air ketika berada diluar, saya mengajar dia untuk menurunkan seluar dan seluar dalam sehingga bawah paras lutut dan kemudian mencangkung, dalam posisi ini anak boleh buang air secara mencangkung tanpa perlu membuka keseluruhan seluar dan ianya lebih mudah dan kemaluan boleh dibilas dengan air seperti dirumah. Puan boleh cuba cara ini ya
Jangan biasakan anak kencing berdiri dan tak cuci. Leceh mcm mana skali pun. Ni bab taharah. Berkait dgn ibadah solat jgk nnt
Minta maaf.., klaw awak seorang Islam.., org lelaki sebenarnya tidak boleh kencing ‘berdiri’, kecuali klaw keadaan di sekeliling dia tu tersangat kotor (misalnya), sepatutnya awak kena latih dia sejak dari kecil lgi, dan bukannya ‘latih’ dia utk kencing berdiri.. ini adalah kerana, jika lelaki yg nk berwudhu’ dan solat, dan sebelom itu dia membuang air kecil (kencing), dan jika dia kencing secara ‘berdiri’, dikhuatiri air kencing itu ‘terpercik’ dan mngenai pakaiannya, sbb itu kna kencing duduk.., bkn msalah nk pilih cara yg senang atau susah, tapi ini adalah soal ‘hukum’ bersuci dari hadas dlm Islam.., dan takut Rasulullah x terima kita sbg umatnya, jika kencing berdiri.. seperkara lagi, seelok2nya suami tu yg menimba ilmu dan mngajarkannya kpd isteri & ank2.. walau mcmne ‘sibuk’ sekali pon, pasti dia ada masa untuk bersama kluarga dan mengajarkan kpd mrk ilmu yg betul.. dunia ini hanya sementara, dan Akhirat lah yg kekal abadi.. wallahu a’lam
kencing duduk atau berdiri, seeloknya basuhkan lah bebird tu dgn air kak, itu kan tempat keluarnya najis. Nanti dia besar kan terikut-ikut pulak buat mcm tu dgn tak basuhnya. Tak sah solat nanti.
Dibolehkan kencing secara berdiri berdasarkan hadis Huzaifah Ibn al-Yaman R.A, manakala yang lebih afdhal adalah kencing secara duduk kerana itulah yang paling kerap dilakukan oleh Rasulullah S.A.W bahkan inilah sunnah baginda sendiri.
Kata Imam al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani Rahimahullah: Yang zahirnya baginda melakukannya (kencing secara berdiri) adalah untuk menjelaskan akan keharusannya dan dalam banyak keadaan baginda membuang air kecil secara duduk. Lihat Fath al-Bari Syarah Sahih al-Bukhari, Ibn Hajar (1/330).
Kami juga menyatakan bahawa para ulama yang mengharuskan perbuatan kencing berdiri turut menyebutkan beberapa perkara seperti berikut:
– Hendaklah ia dilakukan di tempat yang sembunyi dari penglihatan manusia lainnya supaya auratnya terpelihara.
– Hendaklah berhati-hati supaya air kecil tidak terpercik ke pakaian.
Kesimpulannya, cubalah utk kencing duduk sebab kita amat2 sukar utk melihat secara zahir percikan air kencing, dan kencing berdiri boleh menyebabkan kencing tak habis, pastu akan menitis2 dlm seluar tanpa kita sedar. itu yg kita risau tu. kalau urgent sngt2 boleh laa kencing berdiri atau kalau yakin bersih