Munafik

Assalamualaikum. Aku menaip ni dengan perasaan bercampur baur.. Yang pasti dimonopoli perasaan sedih yang aku taktahu nak luahkan di mana.. Maka aku pilih medium ini.. Sekurang kurangnya jika confession ini disiarkan.. Para pembaca akan buka mata tentang dunia dan manusia yang penuh topeng..

Nama aku Mikayla, awal 20 an, penuntut di sebuah IPTA di selatan tanah air. Confession aku mungkin kelihatan biasa, tapi untuk yang menghadapinya seorang diri, sangat luar biasa impaknya untuk aku.

Aku salah seorang pemimpin pelajar di U dan bila aku berada di posisi ini, Allah tunjukkan pelbagai kebenaran dan kejahilan dan disembunyikan. Sampai aku rasa beratnya dugaan seorang pemimpin walhal baru sedikit yang Allah singkapkan.

Sewaktu diploma, aku agak bersifat terbuka dan sosial. Aku tak memilih kawan, aku berkawan dengan semua jenis tak kira buruk baik mereka kerana bagi aku, jika mereka baik dengan aku maka aku layan mereka baik juga. Tapi aku bersyukur walaupun pergaulan aku agak bebas, aku tak pernah terjebak dengan perkara jahat seperti arak dan zina.

Sebab bilamana hampir digoda syaitan, mesti aku teringat wajah mak ayah aku. Aku akan nampak impak perbuatan itu pada nama baik mereka. Dan itu yang membuat aku berjaya survive hingga harini walaupun ada kawan kawan aku dari golongan penzina, LGBT, penagih, pengedar dadah dan lain lain.

Bila aku sambung degree dan menjadi pemimpin, aku sudah biasa dengan perkara atau masalah sosial ini tapi aku tak menjangkakan masalah itu wujud dikalangan pemimpin pelajar seperti aku. Pemimpin yang mampu memimpin pelajar lain tapi bukan diri sendiri. Banyak yang aku lihat tapi ada dua perkara yang memberi kesan yang benar benar mendalam pada aku.

Ada seorang pemimpin wanita, seorang yang sangat baik dan sangat menjaga aurat serta solat lima waktu. Aku tak menjangkakan dia punya sisi gelap. Ya, beliau sangat menjaga solat tapi mengamalkan seks bebas sehingga kini. Malahan, dia ketagih untuk melakukannya.

Pertama kali mendengar pengakuannya, aku terkesima. Tangan aku sejuk tapi aku mampu mengawal emosi dan raut muka sebab aku tak nak dia rasa aku memandang jijik padanya.

Tidak, aku tidak memandang jijik pada pendosa kerana hakikatnya aku juga pendosa. Cuma aku sedih, cukup sedih bilamana seorang pemimpin berperilaku begitu. Aku takut, beliau menggunakan prinsip “Biar aku berzina janji aku solat 5 waktu”. Allahu.

Yang kedua, aku mengenali beberapa pemimpin lelaki. Yang sangat aku senangi dan aku anggap seperti kawan baikku sendiri. Sehingga Allah singkap lagi kebenaran yang tak perlu aku huraikan secara jelas bagaimana. Ya, mereka pengamal homoseks. Mereka gay.

Sekali lagi aku terduduk. Dan aku tak tahu bagaimana mampu aku bantu mereka. Mereka luarannya normal , malah memiliki teman wanita yang sangat naif. Aku kasihan pada wanita wanita itu, bagaimana jika satu hari nanti mereka tahu kebenarannya.

Sudah aku nasihatkan untuk putus sahaja dan jangan mainkan hati wanita wanita itu tapi tak diendahkan kerana dengan cara itu, mereka dapat mengaburi mata orang lain. Mereka mahu kelihatan sebagai lelaki normal di mata public dan mengamalkan seks sejenis di hostel bersama pasangan masing masing.

Aku sedih, aku taktahu mengapa tapi ketika awal permulaan aku tahu mengenai hal ini, aku menangis. Aku memang memiliki sahabat LGBT tetapi ini kali pertama aku memiliki sahabat pemimpin yang mengamalkan hubungan sejenis dan juga seks bebas.

Aku sedih lihat bangsaku sendiri, umat Muhammad yang sebegini. Baru sedikit yang Allah tunjukkan tapi itu pun mampu beri impak besar pada aku.

Aku tahu ada dikalangan pembaca yang mungkin mengalami masalah suka pada kaum sejantina. Aku tahu. Tapi aku yang selemah lemah insan dan pendosa merayu sangat pada kalian, jangan diulangi kisah kaum Nabi Luth. Kita di penghujung penutup akhir zaman. Aku takut membayangkan itu. Nikmat dunia itu sementara. Singkat.

Para pembaca, apa yang patut aku lakukan untuk bantu mereka?

Aku tahu dalam sudut hati mereka, mereka mahu berubah tetapi godaan hawa nafsu itu maha mencabar. Aku tahu pernah juga terdetik di hati mereka untuk berubah. Cuma acapkali pandangan serong dan hina masyarakat membuatkan mereka lemah. Dan tewas.

Aku tak tahu bagaimana untuk bantu mereka. Lemahnya aku sebagai sahabat dan pemimpin.

– Mikayla (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *