Nama aku Atiqah, bukan nama sebenar. Umur aku 34 tahun.
Aku just nak luahkan apa yang aku rasa dan alami sekarang. Aku kenal Amir, bukan nama sebenar.
Aku mula kenal Amir di tempat aku bertugas. Masa tu Amir baru masuk bertugas di tempat aku.
Jadi orang baru kan kita pun tunjuk ajar lah apa skop kerja yang aku tahu. Tak sangka pula Amir boleh sukakan aku dalam diam.
Amir bagitahu sahabat aku yang dia suka aku pada mulanya aku agak terkejut ye la baru kenal dah jatuh cinta sayang semua.
So aku pergi jumpa Amir tanya betul ke dia suka aku?
Dia cakap yup betul. Ok aku cakap minta masa dua tahun untuk berkawan kenal satu sama lain.
Dia mula setuju dengan syarat yang aku bagi.
Walaupun pada mulanya nya aku memang aku tak ada perasaan dekat Amir,
Tapi tiap pagi sebelum aku pergi kerja aku akan berdoa kalau amir jodoh aku dekat kan la ya Allah tapi kalau sebaliknya tolong jauhkan dia dari aku ya Allah.
Sampai la satu tahap perasaan aku sayang dekat Amir yang aku sendiri tak tahu sebab apa dan kenapa aku sayang Amir.
Tiba tiba Amir jumpa aku cakap 2 tahun tu terlalu lama untuk dia sebab dia dah umur 30 tahun dan dia tak tahan tengok ramai lelaki minat dekat aku dan dia tak hilang aku.
Dan Amir start tanya aku hantaran kahwin berapa semua.
Aku jadi terkedu dan aku pun cakaplah 15k.
Mesti korang ingat aku nak jual diri kan? Tapi sebenarnya tak pun cuma nak tengok usaha Amir untuk halalkan aku macam mana.
Haaa Amir start video call kenalkan emak dia macam semua. Dan Amir bagitahu emak dia yang aku minta hantaran 15k emak dia.
Dan emak dia cakap bukan senang nak cari 15k sebab Amir tiada langsung duit simpanan. Lepas tu aku cakap dekat Amir sebenarnya aku tak kisah pun hantaran berapa 8k pun ok.
Untuk pengetahuan semua aku terlahir anak mangsa perceraian mak bapa. Ayah aku dah meninggal dan ibu aku memang buang aku dari kecil.
Dan aku dibesarkan oleh datuk tiri dan selepas atuk aku meninggal aku ikut makcik belah atok tiri aku. So hidup aku memang aku urus sendiri ok.
Berbalik dari cerita Amir tadi. Amir jumpa aku cakap emak ayah dia nak cakap dengan aku.
Aku pun tunggu je la. 2 hari macam tu aku tunggu.
Aku tanya Amir, “kata emak awak nak cakap dengan saya. Ape ya?”
Amir pun terus call emak dia. Dan emak dia cakap tengok whatsapp emak dah hantar.
Aku pun check phone tak da pun. Amir pun check phone dia.
Ada whatsapp dari emak dia. Amir terus bagi phone dekat aku.
Ayat emak Amir, “Angah ayah pesan cakap dekat Atiqah kalau nak minta hantaran tinggi suruh dia kawin dengan batang pokok.”
Sumpah automatik air mata aku mengalir. Lepas tu 1 ayat yang keluar dari mulut aku awak lupakan saya.
Amir terus baca whatsapp emak dia. Dan cakap awak tolong jangan tinggalkan saya. Bagi saya bincang dulu dengan mak dan ayah saya.
Aku tanpa berkata apa apa terus pergi macam tu je.
Esoknya Amir jumpa aku cakap emak dia minta maaf sebab cakap macam tu dekat aku sebab emak terlalu marahkan abang dan kakak ipar Amir.
Berkali juga laaa Amir cakap mak dia minta maaf tapi hanya diam sebab bagi aku kalau hati aku ikhlas untuk apa aku maafkan seorang tu. Benda tu berlalu macam tak ada apa apa yang berlaku pun…
Amir start desak aku untuk jumpa mak dia. Kebetulan mak dia baru lepas operation tebuk leher sebab emak ada sakit buah pinggang tahap 4.
Aku curi masa rehat aku untuk jumpa mak Amir dan melawat mak dia kat rumah dia. Sampai je rumah Amir aku salam mak dia and duduk.
Mak Amir terus menangis. Aku yang muka terkejut.
Aku tanya makcik ok tak ? Mak Amir cakap ok tak apa apa.
Kami berbual kosong dan aku pun minta izin balik dulu. Masa dalam kereta aku tanya Amir kenapa mak awak menangis?
Amir cakap mak dia kalau rasa sakit mak dia nangis. Aku pun jawab oh yeke. Ok.
Petang pun ajak aku pergi karaoke Amir kata ajak lah sahabat baik kami.
Rupanya dia bawa adik dia dan kembarnya dan Amir bawa mak dia juga di pusat karaoke tu. Aku masa tu agak terkedu laaa bawa 1 family. Tapi aku layan kan je semua tu.
Hari makin hari sikap Amir aku makin tak faham kalau aku tak call or cari dia tak kisah pun.
And aku ajak Amir pergi johor untuk jumpa family aku kenal dengan makcik dan family aku kebetulan aku kena balik kampung sebab kenduri 100 hari pakcik aku meninggal.
Berkali kali aku ajak Amir tapi seribu alasan dia bagi. Duit tak ada la, baru keje la.
Emak Amir memang tak bagi Amir ikut aku balik untuk jumpa family aku. Macam macam emak Amir cakap tapi aku diam je.
Tiap malam Amir akan lepak mamak dengan kawan dia. Pergi johor untuk tolong kawan dia ada urusan semua boleh. Tapi kalau aku semua tak boleh.
Sampai Amir cakap awak try lah cakap dekat emak saya minta izin nak keluar makan dengan saya.
Satu tahap aku terfikir siapa yang perempuan ni aku ke Amir?
Untuk pengetahuan semua aku perempuan yang ke 16 kali.
Sebelum ni pun emak dia buat sama macam aku lalui.
Bila aku nak tinggalkan dia merayu jangan tinggalkan dia.
Sampai detik ni kalau aku ajak bincang Amir akan pening. Atau tempat kerja dia ok semua ok tapi bila balik rumah jadi semua benda tak setuju…
Aku hanya mampu pendam dan diam.
Korang tolong doakan aku ye.
Akhir kata sakit itu real dari gadis blues.
– Atiqah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit