Mungkin Aku Yang Tidak Bertuah

Assalamualaikum para pembaca IIUM Confession. Terima kasih admin sekiranya menyiarkan coretan ini.

Aku Nini, Aku anak kedua dari hasil perkahwinan ibuku yang ke-3. Ada seorang kakak berlainan ayah dan juga seorang adik lelaki & perempuan juga berlainan ayah.

Ayah tiri aku cukup baik sangat2 baik aku dijaga sejak umur 2 tahun. Tetapi berlainan pula dengan ibuku.

Sejak kecil tubuh badan ni jadi tempat dia melepas marah terhadap ayah kandung ku yang tak pernah aku kenali. Sampai ada masa aku sendiri tak tahu apa salah aku.

Adik-adik lain tak pernah kena jentik walaupun sekali sedangkan aku, sepak terajang, hanger, tali pinggang, batang ubi kayu, paip getah makanan harian badanku.

Kerja rumah kena buat yang lain goyang kaki. Salah sikit berbirat la jawapnya. Sewaktu kecil aku pernah jadi mangsa p3dophile oleh jiran ku sendiri. Nak beri tahu ibu takut kerana aku tahu yang akan merana aku.

Sewaktu sekolah aku pernah beri tahu guru kelas keadaan ku, bila ibu ku di panggil dia kata aku menipu. Hinggakan guru kelas ku mula pandang aku dengan pandangan yang buruk. Sedih tak siapa mahu percaya.

Aku pernah mahu membunuh diri masa tingkatan 4 kerana sudah tidak tahan. Tapi Allah masih sayang.

Keadaan berlarutan sehingga aku sudah bekerja. Ada masa aku lambat balik kerana keluar dengan kawan2. Ayat yang akan dilemparkan ibuku “aku ni mahu jadi pelacur diluar sana”.

Bagaimanalah seorang ibu boleh melemparkan kata-kata begitu. Jika tidak mengikut katanya badan ku jadi mangsa.

Aku pernah masuk hospital kerana di pukul tapi alasannya kepada doctor aku demam sebab itu lemah tidak bermaya.

Banyak kali dihalau keluar rumah, bila aku keluar mulalah dia cerita ke anak lain yang aku ni layan dia jahat dan sebagainya.

Sampai dah berkahwin pun ibu tetap memfitnah aku, suami aku pun kena tempias sekali. Mulalah adik beradik melayan aku bagai anak derhaka.

Ayah tiri? Betapa dominannya ibu ku sehingga ayah pun tak berani nak menegur perbuatannya.

2014 aku berkahwin, aku berharap mempunyai ibu mertua yang baik dan dapat menumpang kasih sayang.

Aku cuba jadi menantu yang baik. Balik kampung tolong buat kerja rumah, bercakap dengan baik tolong apa yang patut, tak membantah apa pun.

Alhamdulillah aku dikurniakan suami yang baik dan penyabar.

2018 Aku disahkan oleh doctor yang aku MDD dan anxiety disorder. Beberapa kali cubaan bunuh diri ekoran trauma mangsa dera dan p3dophile.

4 tahun berkahwin, sayang seribu kali sayang depan lain belakang lain. Ibu mertua text pada suami mengatakan aku berburuk sangka padanya mengatakan aku tidak sukakan ibu mertua ku.

Katanya aku suka berburuk sangka sebab itu aku depression.

Tidak cuma itu, dia juga mengatakan aku tidak menjaga anak dengan baik, tak ajar bab agama, tak ajar surah lazim, hanya tahu menyanyi nursery rhymes dan aku tidak jaga solat.

Dia berkata seolah-olah serumah denganku.

Kerap kali mengatakan aku hidup bermewah, hidup nak urban sahaja. Adik beradik suami juga memandang aku seperti mengikis duit suami ku.

Aku sungguh sedih hilang daya. Kasih yang yang ku harapkan, tuba yang dilemparkan.

Tak pernah sekelumit buruk sangka terlintas dalam diri ini. Perlu ke aku solat update padanya? Bagaimana dia sewenangnya mengukur ibadah aku?

Tahu kah dia selain hafal nursery rhymes, anak aku yang berusia 3 tahun itu baca Al-Fatihah dan ayat kursi dengan lancar, hafal doa2 harian.

Aku & suami hidup biasa sahaja tak ada kereta pun cuma duduk di rumah lot untuk kelesaan anak sedikit. Jika mengikis suami mampu hidup mewah buat apa aku jana income sendiri?

Depression, anxiety bahasa kasarnya sakit mental, ingat aku seronok ke? Berperang dengan rasa nak mati hari-hari.

Aku mula menjauhkan diri aku dan anak dari keluarga suami. Aku minta maaf sungguh-sungguh pada suami yang aku sudah penat, mental aku sudah rapuh aku terpaksa jauhkan diri dari mereka.

Aku nyatakan aku tak menghalang suami berbakti pada ibunya itu syurga dia. Dia mahu jumpa ibunya pun aku tidak menghalang aku tiada hak pun.

Pernah aku menyuruh suami melepaskan aku demi ibunya.

Tiap hari aku mendoakan kedua ibuku itu sedar akan kelakuan mereka, dan peroleh kebahagiaan dalam hati juga kehidupan.

Sekarang, Aku masih dalam rawatan psychiatrist. Doakan aku sihat. Aku belajar tidak menaruh harapan yang tinggi pada orang lain.

Aku belajar hidup & berbahagia dengan keluarga kecil aku ini. Suami aku masih disisi, melayan tiap pasang surut emosi isterinya.

Suami pernah berkata “jika awak tidak bertuah meraih kasih sayang seorang ibu, saya akan jadikan awak seorang isteri yang bertuah mempunyai sepenuhnya kasih sayang seorang suami”.

Terima kasih Allah.

Doakan jodoh kami hingga ke syurga Allah dan dijauhkan dari penyakit Ain.

– Nini (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *