Hari ini, saya terpanggil untuk berkongsi satu kisah yang saya sendiri masih tak dapat percaya…
First of all, saya bukan seorang Islam dan pengetahuan saya dalam agama Islam memang hanya 0.01%. Jadi, hurmmm… tak pasti dari mana saya nak mula.
Ini bukan tentang saya, tapi tentang kenalan saya. Dia yang saya maksudkan adalah seorang perempuan, saya namakan dia “Bulan”.
Saya kenal Bulan sebagai kenalan biasa sahaja, tak mendalam. Seminggu lepas, dia masih sihat walafiat, tapi minggu ini, dia sudah berada di alam syurga—tiga hari yang lalu.
Bulan ini ada seorang pacar mualaf, dan keluarganya masih lagi beragama Hindu. Hanya bakal suami Bulan sahaja yang mualaf. Saya namakan dia “Hangit”. Ya, memang Hangit.
Keluarganya jenis “I”, yang rasanya tak sukakan Bulan sebab Hangit yang dulu selalu utamakan (dari segi kewangan) ibunya untuk menanggung segala perbelanjaan. Tetapi selepas dia kenal dengan Bulan, Bulan pula yang jadi keutamaannya.
Apa yang saya terdengar dari orang ramai, mak Hangit memang cemburukan Bulan, tapi buat-buat suka sahaja.
Dan tiba-tiba, satu hari, Bulan jatuh sakit. Just all of sudden… She was all perfect, but this one day, dunno what happened…
Bulan jadi lemah, tak larat bangun, dan selepas pemeriksaan klinikal pun dia masih tak sembuh. Dengan tiada pilihan lain, dia pergi berubat secara cara Islam.
(Selama saya hidup, saya tak pernah percaya jin, santau, setan). Tapi hari ini, I got no choice.
Saya pernah satu dua kali cerita pasal my indigo eyes dekat IIUM Confession, tapi yang itu semua memang from outside… Dekat hostel, jalan raya.
Tapi macam orang hantar dekat orang lain supaya hancurkan hidup dia—semua itu tak pernah terjadi dalam lingkungan saya.
This is my first experience… Seram nak taip, tapi saya perlu confess. Kalau tak, saya boleh jadi gila.
Ustaz yang merawat berinteraksi dengan tubuh Bulan. Memang Bulan dah tak larat, orang kena angkut dia. Dia dah jadi kaku, tapi belum sepenuhnya kaku. Semasa ustaz pegang Bulan, dia terus bagitahu yang Bulan kena jin hitam hantaran orang.
I cannot believe… Ustaz siap bagitahu dari mana dan kenapa dia datang. Dia cakap,
“Saya nak dia mati, baru kerja saya selesai.”
Yang hantarnya… Guess who? Cuba komen…
Lepas ustaz paksa jin tu keluar, Bulan terus koma. Thought dia akan sembuh selepas ustaz keluarkan benda tu, tapi tak… Bulan tak larat. Dan hari ini, dia sudah tiada lagi.
I cannot even imagine. Orang yang minggu lepas sihat saya jumpa, hari ini dah tak ada.
Yang paling saya tak boleh percaya, dia bagitahu dia masih tak tenang. Saya dengar bisikan dia. Just that… I cannot interact, tapi I can hear well, I can feel well…
How can they do this? Kalau mak dia tak sukakan bakal menantu dia, kenapa tak buat dekat anak dia supaya dia lepaskan Bulan? Kenapa nak matikan anak orang lain?
Keluarga dia jenis “I”. Banyak coretan saya dengar pasal hantaran santau, semua tu… 90% Melayu juga lah. Tapi sangat mengejutkan, ini adalah buatan dari keluarga jenis “I”. Saya sendiri pun baru first time, wey…
Ada orang beriman cakap dekat saya, banyak lagi saya kena belajar. Tapi I dun wan. I feel so sad…
Umur remaja, lagi boleh meninggal sebab apa? Cemburu.
Banyak komen cakap coretan saya tak faham. Tapi minta maaf, saya tulis pun hanya untuk buang this feeling, atau apa yang saya tengah fikir, supaya saya dapat some peaceful sleep. Jadi, memang saya tak baca balik untuk betulkan bahasa saya.
Tapi saya harap penulisan saya bertambah baik compared to last time.
Jadi tolong jangan kecam. Saya cuba usahakan untuk memperbetulkan bahasa saya lagi.
Harap arwah mendapat keampunan dan semoga dia tenang serta kembali ke…
Pls sambung… Saya tak cukup kata…
Untuk arwah:
I know I have hurted you once. Saya tak sempat minta maaf. Saya tak sengaja. Cuma ada satu dua kali saya berjumpa dengan awak, saya pernah marah, maki…
Tapi saya tak pernah pasang dengki, semua hanya kata-kata yang terlepas sahaja. Harap awak maafkan saya.
You reading this, I know. What you feel currently, I know. I can hear you, but I cannot help. I’m no one to help…
I’m so sorry…
– Rahsia (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit