Mungkin Cerai Itu Jalan Yang Terbaik

Saya sudah berkahwin hampir 3 tahun dan mempunyai seorang cahayamata. Kami akan mempunyai cahayamata kedua pada tahun hadapan.

Maafkan saya jika tulisan dan ayat berterabur. Saya tiada tempat untuk bercerita dan pendapat.

Saya seorang surirumah sepenuh masa dan telah berhenti kerja kerana untuk menjaga anak pertama yang baru lahir ketika itu.

Walaupun kami bakal memiliki cahayamata kedua, saya merasakan perkahwinan kami tidak bahagia.

Sering bergaduh, menyalahkan satu sama lain setiap kali bergaduh dan ibu mertua yang suka tabur garam ke dalam pergaduhan.

Sebelum berkahwin, saya membuat pinjaman peribadi dengan niat untuk menggunakan duit itu untuk perbelanjaan kahwin walaupun bakal suami (pada masa itu) pernah berpesan untuk tidak membuat sebarang pinjaman.

Saya turut memberikan wang pinjaman itu untuk menampung separuh dari wang hantaran dan tanpa memberi tahu bakal suami (masa itu) saya melakukan pinjaman peribadi.

Setelah berkahwin dan bermulanya PKP, saya bekerja dari rumah dan banyak menghabiskan masa dengan suami.

Sehinggalah satu hari suami tahu berkenan pinjaman tersebut. Suami merasa sangat marah dengan saya mengenai hal ini dan tidak mahu dengar sebarang penjelasan.

Suami mula angkat tangan and memukul saya yang sarat mengandung pada masa itu. Pergaduhan dan dipukul berterusan sampai anak sulung berusia satu tahun.

Dipijak, ditendang, ditampar, di acu pisau, dibaling periuk dan bermacam lagi. Parut kat badan dah tak terkira.

Dalam pada masa yang sama jugak, kami pindah duduk bersebelahan rumah ibu mertua.

Setelah kerap kali dipukul, saya mula melawan cakap suami. Ibu mertua tidak pernah menghalang walau waktu saya dipukul.

Sebaliknya, ibu mertua mula mencucuk suami menyuruh suami menceraikan saya dengan mengatakan saya berperangai buruk.

Kerap kali dihalau keluar rumah tapi saya masih pulang ke rumah kerana memikirkan anak yang membesar perlukan bapanya.

Pada suami, saya seorang isteri derhaka sebab melawan cakap dia, pemalas dan pengotor tanpa mengemas dapur sebab terlelap semasa menidurkan anak setelah seharian penat melayan anak, mengemas rumah, memasak.

Saya sentiasa memikirkan penceraian kerana tidak mahu meneruskan perkahwinan yang toksik dan anak-anak yang hidup dengan ibu bapa yang terus bergaduh.

Kejam ke saya jika meneruskan dengan penceraian dan membiarkan anak-anak membesar tanpa seorang bapa di sisi?

– Mdm N (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *