Cerita kelmarin. 2 Jan 2018.
Baru dua hari melangkah ke tahun baru 2018, dah berlaku peristiwa…
Kelmarin aku dan dua orang kawan lunch bersama. Biasalah, masa lunch kami borak-borak, gelak ketawa. Spend masa sosial life sekejap lepas penat bekerja setengah siang, dari pagi sampai tengahari. Cehh…
Lepas makan, sorang kawan nak singgah bank. So, aku dan sorang lagi berdiri menunggu kat luar. Pelan-pelan sambung borak cerita masa lunch yang belum habis. Ada lagi sikit-sikit gelak saki baki.
Tak lama lepas tu, ada sorang Lady baya 40-an datang mendekat. Dia pakai baju gaun atau blouse (gaun dengan blouse sama kan? Aku Google, macam sama je). Tapi bila aku borak semula dengan kawan aku lepas tu, dia cakap Lady tu pakai jubah. Entahlah. Tapi pakaian dia kemas la. Pakai tudung. Dan cara dia peluk dokumen yang dia bawak, cara dia melangkah ke kitorang, cara dia condongkan sikit badan ke depan ada gaya macam staf bank nak promote kad kredit.
Aku macam biasa, by default, dah ready dengan jawapan, “Terima kasih Puan, saya belum berminat” ataupun “Rasanya wife saya dah ada kad ni” haha (antara contoh situation perlunya libatkan wife).
Tapi, korang tau apa perempuan Lady tu cakap? Soalan yang first time aku dengar.
“Saya nak tanya… Saya nak keluarkan duit EPF Socso. Elok tak keluar pakai buku?”
Aku berkerut dahi. Tak pernah lagi aku dengar EPF gabung dengan Socso. Oh, mungkin ada skim baru atau polisi baru. Maklumlah, PRU kan dah dekat. Polisi boleh berubah apa. Tapi aku tak nak simpan bod** lama-lama (kan ada netizen suka suruh kita simpan sikit), so aku tanya je Lady tu.
“Saya belum pernah dengar lagi EPF Socso, Puan. Yang saya tau ada EPF, Socso… Ada yang jenis gabung sekali eh?”
Kawan aku triggered dengan perkataan Socso, so dia pun tanya jugak. “Yang saya tahu duit Socso ni boleh dapat kalau sakit”.
Then, Lady tu made a move yang buat aku dan kawan tersentak. That move is the climax of the story…
Dia membongkok dan letak barang-barangnya di lantai. Baru aku perasan ada beg kertas makanan McD jugak. Kawan aku cakap ada cawan air dlm tu. Cawan tu senget-senget tapi dia relax je. Lady tu letak di lantai dan letak di depan kaki aku! Aku macam, err…
Kitorang saling berpandangan. Maksud aku, aku dengan kawan saling berpandangan. Kawan aku ambik two steps back (aku assume dia nak break the circle/triangle mayble). Yes, kawan-kawan. Kitorang suspect Lady ni nak pukau!
Aku pikir, alamak, akhirnya yang orang selalu cerita-cerita pasal ni now nak kena kat kitorang pulak. Bila kawan pandang aku, aku baca fikiran dia yang dia tengah baca fikiran aku (style tak?). Aku assume kawan aku tengah tengok apa aku nak respon.
“Saya sakit…” jawab Lady tu. Suara dia ada buat aku chilling sket la.
Aku yang tengah suspen dengan perasaan ‘macam mana rasanya nak kena pukau nih’ tak nak lah pulak fall prey easily. Aku kan sekolah sains. Aku pun cuba la menggunakan segala pengetahuan saintifik logik yang aku terfikir masa tu untuk nyahcas aliran pukaunya. Aku gi pegang dinding bank. Nak membumikan aliran arus!
Lady tu take the next move. Dia keluarkan kad. Aku tengok kad atm BSN. Tapi kawan aku cakap macam kad kredit BSN. Lady tu tunjuk kad dia dan keep on asking, “Boleh ke pakai kad ni?”. Kemudian, aku sedar yang dia macam nak aku pegang kad tu. Dia bawak kad tu ke arah aku sampai la kad tu about six inches away! Aku pun cepat-cepat tegakkan badan dan pegang dinding banyak sikit. Kali ni dengan dua tangan.
“Maaf la Puan, saya tak berapa reti la pasal Socso ni. Mungkin Puan boleh tanya kat kaunter bank ni. Diorang pandai kut pasal duit-duit nih”
Lady tu macam lost. Aku perasan matanya dah tak pandang tepat kat aku. Kawan aku tak usah cakaplah. Dia dah selamat, dah lima langkah dari kitorang. Siap kononnya nak call aku (later dia cerita benda ni) supaya bila aku pickup call, aku boleh ask for an excuse. Haha. Bijak kawan aku.
Tapi belum sempat dia call aku, kawan kitorang yang gi bank tadi dah datang. Aku pun pikir ni peluang nak escape. So, aku sudahkan ayat aku kat Lady tu.
“Puan boleh jumpa pegawai tu…” Aku tunjuk ke arah kaunter pertanyaan bank. Tak jauh dari kitorang, lebih kurang 7-8 langkah. Lady tu was looking in the direction tapi macam still lost. Dia tengok siling, tengok dinding.
“Tu, Puan. Pegawai kat kaunter yang pakai tudung kelabu tu”. Dia tetap lost. No eye-contact no more.
Aku tetiba rasa kesian, entah dia betul sakit, atau betul dia tak betul. Kitorang pun chow. Empati setakat tu je yang berani.
Dalam perjalanan balik ke ofis, aku cerita la balik secara ringkas kat kawan yang gi bank tadi. Yela, kalau korang jadi watak kawan aku yang gi bank tu, mesti korang pun nak tahu cerita kan? Tapi aku dengan kawan yang experience benda ni tadi setuju yang kitorang start rasa lega, a different feeling of rasa selamat sikit, bila Lady tu mula break eye-contact dengan kitorang.
So, tulah cerita yang aku nak share. Happened on 2 Jan 2018. Btw, sebagai rujukan, aku kerja kat sebuah bangunan yang ada jambatan, sebelah menara Maxis. Dan peristiwa ni berlaku di depan bank yang dekat dengan kedai makan jual ayam Amerika. Lady tu pakai baju hijau.
Be careful guys, for just in case. And thanks for reading!
– Imran Arif
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit