Assalamualaikum. Saya dah lama nak bertanya pendapat dan nasihat pembaca kat sini berkenaan ini. Tapi rasa macam mungkin belum perlu lagi sebab ada mereka yang lagi sukar perjalanan kisah hidup mereka nak bandingkan dengan diri sendiri. Tapi selepas membaca confession pasal Jodoh ni, (https://iiumc.com/jodoh-4/) saya terpanggil untuk menulis.
Saya berumur 26 tahun. Kisah kita lebih kurg sama. Cuma saya bukan seorang yang pernah bercinta dari usia muda dulu. Saya pernah ada prinsip dalam diri yang sya takkan bercinta, dating sana sini, lakukan maksiat sebelum nikah. Cinta yang tak halal. Dan lagi pula saya ada history parents yang bercerai ketika saya umur 3 tahun.
Pakcik yang pernah curang, kawan baik yang dipermainkan. Pengalaman orang sekeliling buatkan saya makin tertutup hati. Dan Alhamdulillah saya berjaya kawal keinginan dan ketakutan berkenalan dan bercouple sehingga la saya berumur 25 tahun. Dia yang pertama kawan saya datang merisik saya nyatakan hasrat ingin jadikan saya suri hati dia.
Saya fikir mungkin dah smpai masanya saya buka hati dan terima cinta. Dan kami merancang. Hanya 3 bulan kami bercinta. Nak dipendekkan cerita kami putus kerana kantoi yang dia pun melamar kawan saya. Alasannya kerana dia tak yakin pada sayang saya pada dia. Jadi saya minta putus. Lepaskan demi kawan laa kononnya. Kesian kawan tu berharap. Tapi akhirnya setengah tahun diri ni meroyan, haha.
Sehingga datanglah yang kedua seorang duda anak satu. Juga nyatakan hasrat untuk bernikah dengan saya. Saya terima seadanya malah bantu dia ketika dia susah kerana komitmen pada anak. Kami tak pernah gaduh. Tapi entah kenapa di hujung 3 bulan prkenalan kami dia berubah. Dingin dan mendiamkan diri, tanpa sebab. Yang ni sumpah sampai sekarang tertanya mana silap saya. saya yakin saya baik dengan dia haha. Lagi sekali dikecewakan dan lagi sekali meroyan sekejap.
Kemudian tak lama lepas tu datanglah dia yang ketiga. Tak tak, sis tak playgirl ok sumpah tak, haha. Dia juga nyatakan hasrat yang sama. Saya dengan dia sangat rapat. Banyak yang telah saya berikan untuk dia. Lebih banyak. Demi konsep susah senang sama2. Dan juga kerana saya tak mahu dah lagi ditinggalkan. Saya beri semuanya. Bodoh kan?
Tapi betul tak tipu, sayang dan cinta itu sungguh membutakan. Dah tetua baru faham nak, hmm. Dan genap tiga bulan kami bercinta, dia minta putus. Oh tapi yang ni lama siket, 3 bulan lebih siket. Alasannya kerana dia akan bertunang demi keluarga dia. Saya tahu dia tipu. Saya tahu hati dia berubah. Even lepas putus tu pun dia pernah sebut, kami ada jumpa sekejap, dia godeh phone saya sebab nak cari mana silap dia yang buat kan dia tawar hati.
Depression paling teruk untuk hubungan yang ketiga ni. Saya persoalkan tuhan dan marah tuhan kenapa pertemukan saya dengan hubungan yang sia2. Berbelas tahun kawal diri untuk hanya pada yang satu, niat untuk terus dengan hubungan yang halal, tapi dalam tempoh setahun setengah 3 hubungan gagal dan perkenalan ketiganya dalam tempoh yang sangat singkat.
Ditinggalkan tanpa saya tahu mana silap besar dia. Saya akui saya ada perangai saya sebagai seorang perempuan, tapi semua kata perangai macam tu normal laa untuk perempuan merajuk ke ape ke. Malah ada yang perangai berganda lagi teruk tapi kenapa bole je kekal bahagia. Saya jadi hilang kepercayaan pada tuhan. Pada janji tuhan. Astaghfirullah. Rapuh sangat rasa. Lemah seluruh badan. 3 bulan depressed teruk.
Ok cukup pasal pengalaman saya. Dan kerana depression yang sangat teruk. Berat berkilo turun, muka cengkung, tak bercakap tak bergaul. Ibu saya bawa saya berubat tujuan untuk naikkan semangat. Dan juga untuk mudahkan laluan jodoh. Jumpa dengan sorang ustaz ni, sebelum dia merawat dia akan scan pesakit dulu. Dan bila dia scan saya, semua yang dia katakan sumpah sama dengan pengalaman hubungan saya ketiga2 ni.
Dia kata saya ada gangguan keturunan yang tak mahu saya berkawan. Dia akan hasut pasangan, make up kan kita supaya buat pasangan tak suka dan menyampah. Dia kata kalau berkawan pun kekal paling lama 3-4 bulan mesti akan putus. Haa betul laa tuh kan, haha. Kalau nak mengandung pun susah dia kata. Kalau kahwin pun akan ditinggalkan. Nau’zubillah.
Saya tak percaya pada awalnya sebab saya sangat yakin saya sihat. Saya pernah ruqyah kan diri sendiri tapi tak rasa ape. So kira sihat laa tu kan. Tapi bila ustaz tu tanya pasal pernah mimpi ape2 ke. And yes, sejak dari sekolah rendah saya selalu mimpi dikejar orang, dikejar benda tu, mimpi binatang yang bermacam2, ular, harimau, burung. Pernah beberapa tahun lepas kerap bermimpi jumpa budak, baby, menyusukan, melahirkan. Saya fikir itu mainan tidur je, tapi tak sangka pula maksud tu ada.
Tapi saya tetap tak percaya. Dan saya bertemu dengan seorang lagi ustazah untuk buat comparison. Dan yes, dia katakan benda yang sama. Jadi percaya ke tak percaya saya perlu ikhtiar dan berubat. Penat dengan hubungan yang sia2. Cukuplah. Lepasni kalau nak berkawan pun saya tak sanggup dah nak putus lagi nak kahwin je terus. Cukup lah dengan semua maksiat yang pernah buat.
Jadi sekarang saya sedang ikhtiar berubat. Mimpi2 tu masih datang. hari tu pernah kena hempap setelah sekian lama tak rasa kena hempap. Mungkin Tuhan nak tunjuk yang gangguan tu memang ada.
Jadi untuk cik confessor cerita jodoh tu, saya terfikir adakah kita sama? Mungkin awak patut ikhtiar juga. Penat kan dikecewakan dan ditinggalkan tanpa sebab. Penat persoalkan buruk sangat ke aku ni, jahat sangat ke aku ni. Penat fikir macam mana nk layan lelaki dengan lebih baik ni. Kena turut saja pada kata2 dia ke sepanjang masa?
Jauh sudut hati saya masih tak percaya dengan gangguan ni. Tapi entah, sebab dah beberapa orang kata benda sama dan banyak petunjuk yang katakan ke arah tu. Jadi saya buat juga rawatan ikhtiar dengan niat tidak mahu lagi dah dengan hubungan yang sia2.
Moga Awak juga dipermudahkan urusan dan ditunjukan mana puncanya. Cubalah pergi berubat, mungkin jika confession saya ni di siarkan jadi salah satu petunjuk juga untuk awak pergi berubat. Dan mungkin kalau sihat sekali pun, mana tahu dengan rawatan tu dapat naikkan semangat awak dari terus depressed.
Untuk awak2 semua yang ada masalah jodoh. Banyak dah nampak post jodoh kat dalam ni. Aku jadi termasuk pula, haha. Moga awak2 semua juga dipermudahkan dan ditunjukkan mana silapnya. Doakan saya juga diberi petunjuk yang benar. Takut sesat je ni Nau’zubillah haha. Moga dipermudahkan tiap urusan kita, in shaa Allah.
Korang pembaca, minta nasihat bernas siket, haha. Kut memang silap dia datang dari saya tapi bukanlah gangguan tu semata. Mohon nasihat dan teguran huhu. Terima kasih :)
– Atih (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit