Mungkin Salah Aku Sebagai Menantu

Assalamualaikum. Aku seorang menantu, mungkin juga menantu tak guna. Aku hampir meroyan dengan sikap dan kelakuan mertua aku.

Cerita ini bermula sejak suami aku eksiden. Untuk makluman semua, suami aku patah kedua-dua kakinya.

Suami aku eksiden 2 minggu sebelum aku nak bersalin. Bermakna aku sarat waktu tersebut.

Pelbagai janji telah dilontarkan dari mulut mertua aku, tetapi semuanya terkubur. Perut aku semakin hari semakin besar, dan tiba masanya aku bersalin.

Aku discharge dari wad dan esoknya suami aku pun discharge. Aku berpantang 10 hari di rumah mertua.

Makcik pakcik aku turut jaga aku di rumah mertua. Makcik pakcik aku memang sedia ada di rumah aku sejak seminggu sebelum aku bersalin.

Semakin hari semakin stress aku di rumah mertua. Kami tidur di ruangtamu.

Suami aku menegur orang tuanya untuk slow kan volume tv, tahu dia buat apa? Dia makin kuatkan volume.

Ada juga waktu mereka menghempas, melempar barang-barang ke sinki dapur, menghempas pintu dapur, pintu bilik air. Mereka memberi alasan “kami buat kerja memang kasar”.

Ada 1 hari tu, mertua aku boleh kata “kalau menumpang buat cara menumpang”.

Suami pernah kena warning dengan bapanya yang kami 3 beranak menganggu ketenteraman mereka.

Sebelum ni hidup mereka tenang je. Anak aku jenis tak nak susu badan, aku bersalin secara czer dan anak aku 3.9kg beratnya.

Mentua aku banyak kali sound “ada susu tek, tak nak bagi”.

Aku struggle bagi anak susu badan, tapi dia tetap taknak, meronta2 dan menyebabkan perut aku terlampau sakit. Aku menangis-nangis depan suami dan makcik pakcik aku.

Makcik pakcik aku bawa aku balik ke rumah mereka untuk berpantang. Mereka jaga aku sehingga 44 hari.

Habis pantang, aku kembali semula ke pangkuan suami aku. Semasa aku di rumah mertua, mereka mula lepas tangan.

Aku baru habis pantang perlu 100% fokus jaga suami dan anak.

Ada 1 hari tu, aku berhadapan dengan ibu mertua aku. Waktu tu ada aku, suami aku, dan ibunya. Semasa perbincangan, aku tak bagi suami aku berkata-kata.

Sejak aku balik, mertua kerap mengelak dan duduk bilik. Aku tanya kenapa, aku ada buat salah ke?

Dia keluarkan phone dan baca pointnya. “Awak stress dengan ibu, awak stress ibu janji nak jaga masa pantang tapi tak jaga, awak stress dll” aku menjawab semua point nya.

Mentua aku berjanji tidak akan mengungkit perbincangan kami. 3 minggu selepas tu, kami decide untuk pulang seminggu ke rumah family aku.

Suami aku minta izin orang tuanya untuk guna kereta besar sedikit.

Suami aku ditengking orang tuanya (bapa), dan berkata “ini kereta ibu, bini kau bergaduh dengan ibu” “macam-macam dia kata kat ibu kau” tersentak aku dan suami bila dia kata begitu.

Suami aku hanya berdiam. Malam tu juga suami aku minta aku kemas barang dan balik ke rumah kami semula.

Suami aku hanya bergantung pada wheelchair sahaja ketika itu. Beberapa hari lepastu, mertua aku chat suami aku 

“Kenapa dia nak arahkan ibu main dengan cucu dia di ruang tamu saja? Rumah ni rumah sapa? Dia tak hormat ibu sebagai MAK MENTUA ke?

Ingat abg, SYURGA ABANG DI BAWAH TAPAK KAKI IBU dan SYURGA ISTERI DI BAWAH TAPAK KAKI SUAMI”. 

Kami suami isteri memang minta mertua main dengan anak di ruang tamu sebab 4 hari sebelum tu ibu mertua aku jatuh tergolek dan langsung taknak pergi hospital untuk check.

Siapa je tak paranoid, overthinking, anak baru 2 bulan, kalau jatuh tergolek. Allah.

Elak2 lah. Suami aku pernah kata “awak langsung tak pernah tengking saya, tak macam ibu pernah tengking abah”.

Tersentak saya. Sebenarnya panjang lagi chat tersebut, benda yang buat aku dan suami marah teramat, mereka fitnah aku dan keluarga aku.

Boleh kata keluarga aku hantar makcik pakcik aku untuk pantau isteri dia jaga aku pantang. Fitnah!

Makcik pakcik aku datang ke rumah mereka, tolong mereka hari-hari siap masak dan kemas 1 rumah sebab kesiankan mereka. Tergamak mereka kata kat keluarga aku macam tu.

Hampir setiap hari suami aku dapat video dari mereka “anak derhaka” “taubat” “suami mentaati kata isteri, abaikan ibunya” dll.

Untuk makluman kalian, mertua aku agak educated dan merupakan ustaz dan ustazah.

Sejak peristiwa ni, suami aku haramkan aku dan anak jejak kaki ke rumah mertua dan tak izinkan anak berjumpa dengan mereka. Itu sahaja cerita aku.

Aku harap benda ni tak jadi pada korang diluar sana.

– No Name (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Dah betullah tu tindakan suami sis. Jarang ada suami yang akan sebelahkan anak bini. Yang dengar selalu suami lebihkan parents sendiri dari bini. Tapi suami sis memang terbaik. Mertua toxic memang tak patut dilayan. Biar diorang fikir sendiri dan muhasabah diri sendiri betul ke tak apa yang diorang buat kat sis. Ingat Ustaz ustazah tu maksum ke? Kebal dari buat dosa? Golongan macam ni memang akan rasa diri diorang entitled sangat. Sis hidup jelah dengan anak dan suami sis dan family sis je. Lagi bahagia hidup kalau jauh dari orang toxic ni.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *