Entah kenapa aku tergerak hati nak meluah di sini. Mungkin sebab sudah lama pendam.
Tetapi sebelum itu, aku ingin meminta maaf jika penulisan aku ni berterabur kerana aku tidak pandai mengarang.
Aku sekarang bingung memikirkan masalah yang berpunca daripada kelalaian aku sendiri.. aku rasa aku dah tak nak hidup. Lepas satu satu masalah muncul. Adakah ini kifarah kerana dosa aku dulu.
Aku ingin berubah.. Aku sudah cakap aku hendak kahwin awal. Tapi dihalang oleh abang dan kakakku.
Alasannya kerana aku masih muda, umur 25 tahun, belum stabil dari segi kewangan dan juga kerjaya. Mak pula tidak berapa sihat. Tetapi sudah aku bertanyakan dengan mak dan mak senyum merestui hubungan kami.
Namun kata abang kakak aku pula tidak berkenan kerana dari negeri jauh dan tidak penuhi ciri-ciri yang ditetapkan oleh mereka.
Aku sedih dan kecewa apabila dikhabarkan sebegitu rupa. Adakah seseorang itu perlu sempurna segalanya barulah diizinkan untuk aku berkahwin.
Aku terseksa dengan syarat yang diberikan abang sebagai waliku. Aku sedih dan kecewa sangat.
Mereka menyuruhku supaya tidak lagi berhubung dengan pasanganku lagi dan menyuruh mencari pasangan yang lain. Tidak semudah itu aku turuti.
Hanya dia yang memahami sikapku. Hanya dia yang mampu bersabar dengan perangaiku. Tidak mampu aku mencari yang lain yang lebih sempurna. Mana mungkin.
Tiada sesiapa pun lelaki yang sempurna di atas muka bumi ini. Mesti ada kurangnya. Manusia pon boleh berubah ke arah yang lebih baik.
Pasangan aku jua ingin berumah tangga dgnku kerana dia yakin aku boleh mengubahnya menjadi lebih baik dan lebih mendekatkan diri kepada Allah.
Tetapi keluarga ku pula yang membangkang dan melihat kekurangan pasangan aku sebagai benda yang tidak boleh diubah dan menolak mentah2 tanpa memberi peluang yang sebetulnya..
Ya aku tahu, keluarga inginkan yang terbaik untuk aku tapi mereka harus fikirkan juga perasaan aku.
Aku ingin berkahwin awal kerana hidup aku sunyi dan kurang mendapat layanan yang baik daripada keluarga sendiri. Akibat itu hati memberontak dan terjadilah perkara yang aku sendiri tidak ingini sebenarnya.
Selang beberapa bulan, aku dapati diri aku hamil. Aku menangis meraung. Menyesal tapi nasi sudah menjadi bubur.
Pada mulanya aku ingin gugurkan sahaja kandungan. Bermacam cara aku buat, tapi tidak menjadi. Mungkin Allah yang jaga dan sayang dengan baby dalam perutku ini.
Ada hikmah di sebalik semua ujian ini. Aku tahu Allah maha mengetahui dengan apa yang berlaku. Mungkin juga dengan berita kehamilan ini terpaksa menikahkanku dengan pasangan.
Ada sebab aku mahu kahwin awal. Mereka pula yang tidak suka. Aku ingin menghalalkan hubungan. Aku tidak mahu bermaksiat.
Aku hanya ada dia sebagai kawan yang susah senang tapi harus dijarakkan dengan sebab tiada ikatan yang sah..
Salahku jua yang tidak menurut kata abang dan kakak aku. Tetapi aku tidak boleh melawan fitrah dan rasa sunyi kekosongan dalam hidup.
Masalah ini tidak mungkin timbul jika aku mendapat layanan yang baik daripada keluarga dan mereka ambil kisah pasal aku.
Tapi sebaliknya mereka masih juga sama. Kenapa mereka menyeksa perasaan aku dan tidak mahu aku menikmati kebahagiaan yang sepatutnya.
Sekarang hanya masa yang menentukan segalanya. Aku sekarang tengah mengumpul keberanian untuk cakap yang aku sekarang tengah hamil.
Biarlah diorang tampar aku, keji aku, maki aku. Memang aku pasrah sebab dosa sendiri.
Apa yang aku tahu aku sudah insaf dan mahu mulakan hidup baru dan lebih mendekatkan diri pada Allah selepas ini.
Doakan aku supaya dapat menghadap cacian daripada keluarga sendiri. Aku tahu aku salah dan aku redha dengan apa yang berlaku…
– Hamba berdosa (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit