Hi, Aku Mika. Aku kat sini nak bercerita, meluahkan dan mendapatkan pandangan. Ini bukan berkenaan dengan aku… tapi suami aku.
Memandangkan sekarang tengah hot cerita curang tanpa niat tu… dan juga ada terbaca banyak kejadian laki orang bercinta dengan isteri orang di ofis. Siapa je yang tak risau?
Ok. Aku kembali dengan cerita aku. Suami aku ni lately selalu kena travel… travel untuk tengok ofis-ofis baru dibuka.
Travel dia tu bukan tempat dekat-dekat. Tempat jauh, luar dari tempat kami tinggal. Kira ambil masa berjam-jam untuk sampai… dan dia kena stay lama. Kalau ada dua cadangan ofis, dia kena stay sampai 5 hari.
Itu tak menjadi masalah. Yang menjadi masalah bila dia kena travel dengan ada perempuan sekali menumpang… dan perempuan tu bini orang. Memang dia bukan berdua, ada lagi satu kawan lelaki satu ofis.
Hati yang di sini tetap bimbang. Walaupun bini orang… dah kalau selalu kena travel sama-sama, tersangat rasa bimbang.
Lebih-lebih lagi sebelum ni dia pernah kena tangkap curang dengan rakan sekerja. Macam mana aku nak percaya dia?
Dan kalau aku la jadi perempuan tu, aku takkan tumpang kalau aku sorang je perempuan dalam kereta tu. Tak boleh nak fikir macam mana suami dia boleh izinkan.
Aku pun tak tahu nak buat macam mana. Aku pernah bergaduh dengan suami bila tahu dia kena travel dengan ada perempuan.
Dan bukan untuk kali ini je… untuk masa-masa akan datang, lebih banyak ofis baru yang diorang kena pergi sama-sama.
Nak beli kereta baru… belum ada kemampuan untuk dia travel sorang. Bantu aku beri cadangan. Takkan aku kena berpisah dengan dia oleh sebab benda macam ni je.
Yang buntu,
– Mika (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
mungkin staff perempuan tu kena travel sekali, arahan dari pihak pengurusan syarikat, kena guna satu kereta ja, yang penting bilik hotel asing2, awak kena selalu pantau la klu camtu sbb suami pi bertugas, klu taknak camtu, dia kena cari keja lain
Kalau I jadi u, I akan ikut sekali suami I. Takpun letak voice recorder dalam kereta. Tapi kalau masih boleh trust, trust ajelah.