Murahnya Panggilan “Sayang”

Assalamualaikum semua, aku Adara Kesuma, berumur 26 tahun dan sudah semestinya bukan nama sebenar. Tapi nanti kalau aku ada anak perempuan, nak namakan dia sebagai Adara Kesuma lah, nama klasik gituuu hahahaha, tiberrr lah pulak kan.

Hari ni aku cuti ganti, jadi ada masa lah nak menulis di IIUM Confession ni. Baik, aku teruskan dengan confession aku. Tak penting pun, tapi nak minta pandangan dari pembaca tegar IIUM Confession ni.

Aku ada kenal seorang lelaki ni dari media sosial je. Setiap kali aku buat IG story, mesti dia akan reply. Tak pernah miss react story aku dari tahun 2022. Ada je kitorang bertukar cerita, chat macam biasa. Tapi jarang lah. Kadang dia chat, aku lambat reply.

Dia yang selalu start conversation. Kalau aku tak update storry IG, dia pun senyap lah. Entahlah. Aku anggap kawan je. Sebab, ye lah aku tak pernah kenal dia pun. Totally Stranger kot.

Dan, aku memang tak pernah ada pengalaman bercinta. Jadi, aku macam entahlah takut catch feeling, malas nak beria.

Aku stalk media sosial dia, dia memang handsome wehh dan ada kerjaya bagus. Dia bekerja dalam aviation, dia selalu post pasal airplanes, kapal terbang apa semua tu. Aku tak pastilah, dia kerja apa. Sebab, dia tak pernah bagitau aku kerja dia apa.

Tapi asyik dia je lah selalu tanya aku, kerja kat mana. Aku ni kerja sebagai guru swasta je. Aku bukanlah pandang kerja dia tapi nak tanya tu sebab takut lah aku kenal dengan scammer ke penipu ke.

Nak dijadikan cerita, rupanya dia tu senior aku masa kat universiti dulu tapi tak pernah kenal pun.

Cumanya, ada benda yang aku rasa turn off. Dia tak pernah kenal aku pun tapi panggil sayang, dia terus gelarkan diri dia abang hahaha.

Aku paling tak suka. Semurah itu perkataan sayang dia. Aku ada tanya,

“Eh kita ni tak pernah kenal pun, tak pernah jumpa pun, dan tak ada apa apa hubungan, yang panggil sayang ni kenapa, panggil nama je lah macam sebelum ni”

Then, dia ni macam memaksa tau. Dia jawab,

“Tak nak, nak jugak panggil sayang. Panggil abg tau. Sayang dengan abg tau. Siapa cakap kita tak ada hubungan hahhh”.

Pastu aku pun jawablah,

“Kita kawan je lah dulu. Ramai lagi perempuan lain yang lebih cantik, baik, hebat dan ada kerjaya. Bukan macam saya. Tak payahlah nak test market dengan saya ye”

Aku bukan apa weh, aku tak nak lah dia kecewa kalau jumpa aku depan depan, tak sama kan. Entah aku rasa ragu dengan dia, Mustahil lah kan lelaki handsome macam dia tak ada girlfriend. Tak nak lah aku. Tapi dia tak mengaku.

Dia jawab, “Last relationship masa umur 18 tahun, yang selebihnya kawan biasa je tak ada yang macam ni. Apa pulak fikir macam tu, abg bukan tengok rupa tak pernah terfikir pasal tu. Jangan overthinking sayang”

Korang rasa, kenapa eh dia ni memaksa. Korang rasa, ini redflag ke. Entahlah sebab tak pernah jumpa weh, tiber sayang sayang dah kenapa kan??

Kata tak tengok rupa, tapi tiber dia ajak video call hahahaha. Cuma aku malas, dia nak video call masa aku kerja. Aku cakap lah dengan dia, lain kali lah video call padahal dalam hati, memang malas nak video call.

Entahlah weh, kitorang tak ada relationship apa pun. Tapi dia ni jenis clingy ye. Macam dia terlebih perempuan. Belum ada hubungan, dia dah suka merajuk. Tak pernah kenal tiber la dia cakap i love you.

Dia cakap ni pun lepas setahun dia reply reply story. Tapi kami bukan chat selalu pun weh. Mudah sangat kan perkataan i love you tu. Nak cakap dia confess tapi nampak macam mengada je.

Aku tak balas love you macam tu, aku cuma gelak. Dia pun cakap, “Tengok tu, dia gelak je. tak balas pun”. Macam memaksa je. Eih Aku Pening Lah Dengan Perangai Dia.

‘Emhhh, mana baby ni, tak bagitau pun dah balik”

Kadang bila aku lambat reply, terus merajuk.

“Emhhh ok tak nak ganggu. Kita tak penting pun kan”

Lahhhh.

Korang kalau kat tempat aku, tak rasa serabut ke? Aku dah berkali kali cakap dengan dia. Jangan suka suka panggil sayang, baby. Kita tak ada hubungan pun. Tapi weh dia teruskan jugak panggil macam tu. Tak ke perkataan macam tu terlalu mudah dan murah??

Ke aku yang naif sangat sebab serius aku tak pernah in relationship pun. Bukanlah tak ada lelaki yang nak kenal tapi entah aku belum terbuka hati. Macam yang ni pun, aku terus turn off, panggil sayang, baby. Macam saja saja je nak test market. Tak tahulah hahahaha.

Bukan aku tak cuba berkawan dan berkenalan. Sekarang ni pun, fasa berkenalan tapi meragukan sebab dari celah mana dia sayang aku kan.

Tak pernah jumpa, tapi terus nak panggil kita ni, sayang, baby. Dahlah dia ada rupa, mustahil weh dia tak ada girfriend. Mesti dengan semua perempuan dia panggil sayang hahaha.

Aku ke yang complicated sekarang ni? Atau aku yang sangat naif bab berkenalan dan bercinta ni. 

Kalau korang di tempat aku, korang rasa itu petanda red flag kan? Sebab murah dan mudahnya panggilan sayang tu oii… hm entahlah.

Sorry lah membosankan confession aku ni tapi aku nak minta pandangan korang je.

– Adara Kesuma (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

6 Comments

  1. Comelnya confessor hahaha. Kalau saya di tempat tt, layan je dia but no hard feelings 🤣🤣 kita tengok siapa sebenarnya yang dimainkan tapi tt tak payah letak apa apa perasaan . Atau pun kita tengok dia tetap berterusan ada effort ke nanti atau hanya sekadar test market mcm tt katakan tu…

  2. Do yourself a favor by stop checking his profile. Before you analyse all posts, pictures, videos, songs he posted, some people post whatever they want that suits a situation or follow their mood. Hari ni dia mood healing. Esok mood apa pulak.

    Another thing, tanya directly nak apa. Kalau single nak serious panggil masuk meminang. Ada wife tapi nak serious you gotta share. You don’t like it, just leave.

    Dah beritahu dia tak suka cara dia cakap next step is be firm. Means dah beritahu, dia still buat you cakap you akan block dia dari WhatsApp you. Most guys know this. They will stop if you say so.

    Lelaki yang ada kawan dengan tukang dandan pun boleh sikit sikit hai gorgeous sebab dia terbawa-bawa cara kawan bercakap. Ye memang geram orang panggil gorgeous bila kita tahu kita keluar rumah dengan macam tak siap. Lagi pula kalau you sendiri pramugari yang selalu berdandan. Perli ke apa ni. But they don’t mean to hurt. Sekadar menceriakan suasana.

    Lepas tu examine your own feeling towards this guy. Kenapa you peduli sangat dengan apa dia panggil you when you could just block him or turn this into a joke supaya tak awkward.

    Sayang? Hahaha funny lah you I kan bukan girlfriend, marah girlfriend you nanti.

    Boleh jadi you pun suka dia sebab tu setiap perkara dia cakap you ambil peduli. Sampai profile dia pun you buat analisa. Kawan tu nak post apa pun susah kena fikir apa you fikir. You usha profile tanpa add dia then buat pelbagai andaian, serabut perut jadinya.

    If not you will just scroll the profile or at most bila dia sweet talk directly to your whatsapp you can just reply hahahahaha.

    Once you are done examining your feelings, senang you nak buat action. Sounded like you should have blocked him long time ago, but you chose to communicate means tak banyak sikit mesti you pun ada feeling dekat dia.

    You just want assurance that he is not playing with your heart. How do all of us who don’t know him can speak on his behalf? Kalau you jadi partner dia takkan your problem solving method is tanya dekat iium confession? Your issue bukan last resort kinda problem yang dah sampai jalan buntu.

    Boleh selesai dengan you fikir you suka dia ke tak, you suka you tanya dia nak apa, you rasa tak selesa you block. This problem is easily solved you just find reasons to analyse his behaviour for whatever reason only known to you. From reading this, the guess is you like him.

    If you are worried he is playing with your heart cakap exactly apa you rasa. Itulah risk dia you kawan people in airline work, sentiasa dia dikelilingi pramugari yang takde buat apa pun hanya cari rezeki halal tapi you susah hati sebab takde trust.

    • Agree with you… analisa perasaan kita sendiri… senang nak amik tindakan…

  3. Red flag tu OP please jangan layan macam fboy je mostly test market to see yg boleh layan dia

  4. Sbgi lelaki, yg pernah jadi begitu 20 thun lalu, saya katakan “tolong jauhi lelaki seperti itu, buat masa sekarang”. Lelaki seperti ini mmg ada sifat penyayang. Tp keliru di antara nk beri ksh syg atau hanya “keinginan”seorang lelaki. Tambah pula kita tak tau hubungannya dgn org lain. Lelaki seperti ini belum matang dari segi untuk menjalinkan hubungan. Ia akan ambil masa atau akan berubah apabila dia jatuh terduduk dgn hubungan cinta yg terpisah.. Tp bergantung kpd individu. Ada lelaki seperti ini akan sedar, cara begini tidak sesuai. Kerana wanita ada harga diri. Sy sndr pernah lakukan kpd 3 org wanita. Dan silih berganti. Selepas yg ketiga baru lah menyedari cara ini salah. Sy hnya pentingkan diri sendiri. Hanya memikirkan ttg hati dan perasaan sndr tanpa fikirkan apa yg org itu fikirkan. Selepas yg ketiga, jatuh terduduk, dan yg ketiga itulah yg mematangkan fikiran.

    Redflag

    – segan nk bgtau. Tp sy katakan juga. Ia “NAFSU” sebelum ia menyedari perlu fikirkan perasaan org juga.

    • mekasih bang share your opinion n experience. sb ramai pempuan naif dan tak tahu. smoga murah rezeki

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *