Barangkali, takdir aku adalah sebegini, aku redha dengan ketentuan qada n qadar.
Di kala aku menerima tamparan paling hebat dalam hidupku iaitu kehilangan seorang ibu yang amat aku sayangi. Masih meratapi kehilangan seorang ibu angkara wabak covid-19.
Waktu itu aku berada di sana, di hotel berdekatan dengan hospital arwah ibu aku menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Pada waktu maghrib, aku menghubungi isteri aku dan menyatakan jenazah selamat dikebumikan dan sekejap lagi ahli keluarga aku akan membuat bacaan tahlil adik beradik, dalam masa yang sama aku juga bertanya khabar anak anak aku disana iaitu di bandar.
Aku tidak bawa ahli keluarga aku bersama kerana bimbang akan covid-19 di hospital dan aku pulang ke kampung bersama kakak aku.
Selepas selesai bacaan tahlil, kami ahli keluarga bermesyuarat tentang apa yang perlu dilakukan selepas kematian ibu kami dan dalam masa yang sama memujuk ayah aku agar dapat menerima takdir ini.
Dalam jam 11.00, aku pun hampir lupa, isteriku menghubungiku dan mengatakan bahawa aku mengabaikannnya. Aku terkejut dan hairan, kenapa dia berkata begitu sedangkan aku baru sahaja menghubunginya waktu maghrib tadi.
Alasannya ialah aku tidak whatsapp dia, aku jelaskan bahawa aku sibuk menguruskan hal keluarga aku dan aku telah menghubunginya pada waktu mahhrib.
Dia mengatakan aku mengabaikan tanggungjawab aku sebagai seorang anak. Pada keesokan harinya, dia minta cerai daripada aku atas alasan itu.
Aku terpana, aku masih lagi di hotel dan dikiran aku sangat kusut, apa yang aku telah lakukan. Aku abaikan dahulu, dan aku menguruskan perkara yang perlu bersama bapaku pada keesokan harinya untuk terus ke pusara ibuku untuk mengaji di sana.
Aku dalam perjalanan pulang ke rumah abang aku kerana ayah aku akan berada disana sepanjang tempoh kuarantin. Dalam perjalanan aku belikan makanan untuk ahli keluargaku dan dalam masa yang sama aku kusut untuk masalah rumah tangga aku.
Isteri aku minta cerai, aku di kampung masih menguruskan urusan kematian ibu aku. Maksud aku, perlukah waktu sekarang untuk dia menuntut cerai. Aku dalam kesedihan, dan dia ingin menuntut cerai.
Pada hari yang sama juga, selepas selesai tahlil di rumah abang aku, aku dan kakakku bergegas pulang ke bandar semula untuk selesaikan utusan masing-masing.
Aku menangis dan bercerita pada kakak aku bahawa isteri aku minta cerai. Kakak aku terkejut dan marah aku, kenapa semua ini berlaku.
Kenapa masih perlu sayangkan isteri itu lagi sedangkan hampir sering kali aku mempunyai urusan keluarga aku dia akan minta cerai. Yer, bukan sekali ini sahaja. Tapi aku masih cuba mempertahankan rumahtangga aku.
Ibu dan ayah aku pernah datang rumah, hampir setiap kali mereka datang, isteri aku tidak akan memasak dan menyuruh aku membawa ibubapaku makan diluar. Sepanjang dirumah, isteriku tidak menghiraukan makan dan minum ibubapaku.
Setiap kali mereka datang, isteriku akan berada didapam bilik dan hanya akan keluar apabila aku mengajaknya makan di luar.
Apabila aku menasihatinya, keluarlah, kan ibu dan ayah datang. Alsannya ialah dia tidak faham apa yang ibu dan ayah aku katakan kerana mereka berdialek kelantan.
Untuk tidak mengelakkan salah faham dia selesa berada dalam bilik. Ibubapa aku sangat tersinggung, pendek kata aku da banyak kali menjadi anak derhaka kerana isteri dan selalu menyebelahi isteriku.
Ibuku pernah berkata, aku datang rumah ini sebab kau anakk aku. Sedih aku dengar, ibubaku datang tanpa menantu tidak menghargai.
Aku tekad nak bercerai. Aku tekad sangat nak bercerai sebab aku sudah penat, selama bertahun aku hidup dengan dia, dia tidak pernah nak berubah. Aku hanya ingin dia menghormati ibubapa aku sahaja. Aku juga buat benda yang sama, menghormati ayahnya.
Adik beradik dia pon aku layan elok jer. Aku banyak lebihkan keluarga dia dari keluarga aku tapi apa aku dapat. Balasan yang tidak setimpal.
Apakah aku buat tindakan salah untuk bercerai. Sebenarnya aku sudah bertahan hampir sembilan tahun untuk masalah ini.
Aku cuba bertahan untuk anak anak tapi masih berada dalam situasi yang sama. Selahkah aku kalau membuat keputusan tekad untuk bercerai. Hati aku sudah mati untuk isteri aku.
– Ronaldinho (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit