Murung Atau Gangguan Lain

Saya di sini sebenarnya amat buntu dengan siap adik lelaki saya ni. Dia ni sensitive dan cepat merajuk jika mak dan ayah saye menegur atau menasihatinya.

Asal merajuk je, mesti kunci pintu bilik dan tidak bertegur samada mak, ayah atau adik-beradik. Solat pun, kadang-kadang saja dia buat. Mengaji apatah lagi.

Adik saye ni form 5, SPM dah nak dekat, jadi dia ni berpindah la sekolah yang jauh dalam 40KM ke 25KM atas sebab senang berulang-alik dari rumah ke sekolah.

Pada minggu awal di sekolah baru tersebut macam baik je, balik dari sekolah cepat dan kerja sekolah dapat disiapkan dengan cepat.

Tetapi pada hari Jumaat minggu lepas adik saya ni keluar dari rumah pada pukul 5am dan lari dari rumah.

Keluarga saya terkejut dan pada tengah hari tu terus je parent buat report polis.

Tidak pernah saya tengok seumur hidup saya mak menangis teresak-esak disebabkan masalah macam ni.

Pada hari Isnin yang lepas, adik saya balik ke rumah dalam pukul 8.30am dan terus sahaja parent tarik balik report polis yang dibuat pada hari Jumaat yang lalu.

Walaupun dia dah balik di rumah dan tidak bersekolah, perangai dia sungguh aneh dan pada tengah hari tadi, dia asyik pandang ke dinding dengan begitu lama. Lalu terus jalan keluar rumah.

Dalam 20 minit berlalu, dia terus pulang dan pandang balik ke dinding. Bila saya menanyakan apa masalah dia, dia hanya geleng kepala sahaja.

Saya takut, saye buntu, dan hampir saya mahu menangis dengan perbuatan nye tadi.

Saya tidak tahu cara yang betul dan baik untuk “merawat” perangai adik saya ni. Dia pernah kata, di sekolah dia cepat bosan dan jemu dengan pelajar.

Adakah adik saya murung, stress, atau disebabkan oleh faktor lain?

Ada orang sarankan kepada keluarga saya yang menyuruh kami merawat dia di Darul Syifa atau berjumpa dengan ustaz. Adakah tindakan itu betul?

Atau dia ada masalah kesihatan memandang dia ni ade asthma dan menunjukkan ciri-ciri orang murung?

– PTSD (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *