Tempoh hari, saya terdengar satu topik yang dibincangkan di IKIM – satu topik yang amat dekat dengan saya – Kemurungan dan rasa ingin bunuh diri. Jadi, saya tergerak untuk berkongsi dengan pembaca, kerana saya yakin, masalah ini sangat benar because it happened to me long time ago. I really had the urge to commit suicide.
Dulu (ni cerita lama la), saya pernah terfikir nak panjat bangunan dan terjun, nak beli pistol dan tembak kepala sendiri, nak terjun lombong dan lemas – these scary thoughts came across my mind in just few seconds, sekejap kejap – but they came back. At that point of time, I felt “exiting life on my own terms would liberate me from these problems” – kononnya, dengan “mati”, semua masalah akan settled.
Begitulah hakikatnya, waktu kita dirundung masalah yang berat, sememangnya akan terdetik perasaan ini – dalam satu atau dua saat sahaja, idea idea itu akan datang terlintas dalam hati (macam lalat yang menyinggah).
And most times, masa itu, saya rasa macam zone out!! Seolah olah duduk dalam satu dunia yang nampak orang lalu lalang depan mata – tapi sunyi tak bersuara. Bayangkan juga, saya pernah balik kerja, masuk toilet, duduk bawah shower dan menangis tiba tiba. (LOL! I dont know why I did that! Tergelak juga sorang sorang bila terkenangkan balik).
Kemudian, macam ada satu lagi bisikan yang memujuk jangan buat perkara perkara itu, “Ingat dekat Allah, ingat dekat family yang masih bergantung harap, ingat dekat kawan-kawan yang masih prihatin.” Lantas, saya pun mula bercerita dengan orang orang yang rapat, dan saya kerap melawat masjid bila perasaan hendak bunuh diri itu datang (Masjid KLCC masa tu menjadi saksi. Hehe) Alhamdulillah, kewarasan mula datang dan saya mula mendapat rentak untuk menyelesaikan masalah.
Mungkin ada orang akan kata “macam drama”. Yes, it felt like “macam drama.” And only Allah knows the emotional battle that I had inside my head, it was a very tough phase. Kalaulah saya boleh terjemahkan dalam wayang, fasa itu seperti melihat 2 ekor serigala (hitam dan putih) yang sedang bertarung. I am not kidding. It is true :-(
My point now is, I know some of you are facing this problem alone, or you might keep this to yourself thinking that it will go away. Saya yakin, ada yang senyap senyap menghadapi fasa ini. Merasa kuat untuk menempuhnya seorang diri (hakikatnya, tidak). For that, I have this to say, “You are not alone :-).”
Please know this. In every level of life, we will get tested. Surely, we will get tested. If we dont know how to handle it, we will feel very depressed and may lead to suicide if we allow this feeling overwhelms and consumes us.
Jadi, saya ingin tinggalkan 3 tips ini:
1. Seek help !! Talk to whom you truly believe to listen and help. Bercakap dan let out. Luahkan pada yang rapat. Dont let that feeling nests in your head and overtakes you. Ini sangat sangat merbahaya. Kalau tidak dikawal, boleh dengar suara suara berbisik menyuruh untuk terjun bangunan, contohnya.
2. Pendekatan rohani: Apabila rasa runsing dan murung, singgah singgah la ke masjid selalu. Buat solat sunat, baca Al Quran, duduk di balkoni masjid – pandang langit yang luas, bercakap cakap dengan Allah dalam hati, dan berdoa supaya Allah beri petunjuk. This truly helps !!
3. Some problems are not meant to be solved immediately. Ingat tu. So, do not overthink and complicate things. Berehat, tidur sekejap dan pergi lepak ke tempat yang lapang (macam taman rekreasi). At the same time, go back to Point number 1 and 2, InshaAllah, ada solutionnya nanti. Help will come slowly kalau kita tahu salurannya.
Dan, sekiranya kita mendengar orang yang terlintas tercakap nak bunuh diri, kita kena dekati dia and tanya apa masalah dia elok elok. Ini kerana, apabila seseorang itu mengutarakan niatnya untuk membunuh diri, sebenarnya dia memang betul betul terasa hendak berbuat demikian. Tambahan pula, tidak semua orang suka berkongsi masalah dia secara terbuka, dan tak semua orang pandai menyusun kata kata untuk menceritakan masalah dia. Jadi. tugas kita la pulak dekati dengan baik dan dengar. Dont judge them, because we never know what battle they are facing at that point of time.
Akhirnya, I am very happy that people are talking about this subject quite frequent lately. Because this problem is real!! Dan tahukah anda, mengikut statistik yang saya dengar tadi, di Malaysia, ada 7 orang yang akan bunuh diri dalam sehari (yes, 7 orang ye dalam sehari), dan trend ini dijangka akan meningkat dalam masa beberapa tahun lagi jika tidak dibendung.
Dan topik ini tidak perlulah dijadikan satu topik yang “taboo” lagi untuk dibincangkan secara terbuka – kerana mereka yang sedang berhadapan dengan masalah ini bukannya sewel ataupun gila – that is just a cry for help – and we must help!!
So, ingatlah. Kesihatan mental juga perlu dipantau. Reach out and seek help if you must. And, do not do things that will make your loved ones suffer due to your action. Remember: You are loved, and will always be loved :-)
– Arman Hakim
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit