Musim Cerai

Sekarang umpama musim penceraian. Apakah kita terfikir emosi penceraian kepada anak². Ya isu mental illness anak². Yang aku nak ceritakan ni derita aku akibat penceraian mati. Bukan hidup. Apa emosi pada anak². Itu takdir tuhan.

Tapi yang bercerai hidup kenapa ibubapa tak terfikir selain mencari salah pasangan hingga bercerai berai? Baik aku ceritakan pengalaman aku sebagai anak yang tiada bapa. Aku seorang lelaki.

Sebulan telah berlalu di usia umurku 8 tahun aku ditinggalkan di kampung kerana ibuku terpaksa bekerja dibandar untuk menyara adik beradik ku yang ramai. Saudaraku dikampung tidak ada yang ingin membela aku. Depan ibuku baik dan belakang ibuku tak perlu ceritalah.

Pergi sekolah aku tak makan.  Balik sekolah aku makan hidanganku dalam tempurung lebihan kucing. Jika kucing sudah habiskan makananya aku kutip sisa makanan cucian didalam singki. Jika tiada juga aku akan cari buah² tepi kampung.

Dan pernah jua tiada apa rezekiku hingga seminggu. Jadi untuk menghilangkan lapar aku buat acuan dari daun² dan menjadikan tanah sawah seperti biskut. Aku makan perlahan² membayangkan ianya biskut. Kalau tanya sakit tak?

Memang aku selalu sakit tapi aku tahan sahaja. Hampir nak mati pun ada demam berak². Pengsan sendiri dalam kepok padi yang aku jadikan bilik akibat kelaparan dan sakit. Aku tak boleh naik kerumah. Pasti kena halau tidur bawah rumah yang kupanggil kolong.

Aku membesar dengan dibenci. Dibuli dari orang dewasa dan rakan² seusia. Tapi aku tetap kesekolah walau aku mandi di sungai. Mandi dalam rumah memang tak dibenarkan. Nanti bil tinggi. Sebenarnya rumah semua tu rumah tanah mak aku.

Getah sawah semua rumah mak aku. Tapi nak buat camana mak aku balu. Jadi kena la beralah keluar dan membawa adik beradik aku yang lain kebandar mencari rezeki. Kena maki hamun saudara mara.

Okay jadi aku hidup dalam keadaan tanpa kasih sayang. Badan memang patah riuk banyak. Kesan kena tipu oleh mak saudara kalau lapar panjat pokok kelapa makan kelapa muda yang penuh sarang lebah. Kesakitan kena sengat ratusan lebah.

Mana aku nak tahu lebah tu bahaya.  Mungkin tujuan nak membunuh aku. Belum lagi patah sebab kena hentak dengan kayu beluti bagai…. Kesan kena buli baik saudara dan rakan sebaya menjejaskan emosi aku. Yelah pakaian pun pasti dah macam orang gila.

Apa yang aku tahu umur 8 tahun. Tapi Allah maha adil. Dalam kena buli pun penilaian sekolah rendah darjah 5 aku dapat 5A. Masa tu namanya penilaian. Jadi untuk dapat semua A tak ramai. Jadi aku antara 19 orang yang dapat full A masa tu.

Walaupun cikgu hina aku hari² sebelum ni. Teruk aku dimalukan. Aku maafkan sebab dia adalah guru. Fitnah sentiasa makanan untuk orang miskin seperti aku. Semua kesalahan atau jika barang hilang pasti akulah mangsa.

Sebenarnya seumur hidup aku tak pernah ambil atau curi apa².  Tapi aku pelik setiap kali kesalahan orang lain mesti aku tanggung. Aku dah tahu dan tanam dalam kepala. Mesti aku. Mesti aku.

Jadi aku dah tak jawab apa pun kalau kena tuduhan apa². Memang wajib la aku kena. Jadi aku membesar dengan rasa tak selamat. Mangsa deràn emosi dan fizikal.

Jadi aku rasa sentiasa tidak mengapalah kalau aku mati. Sebab aku memang tak berguna seperti mereka kata. Dan aku rindu untuk selamat.

Jadi tiap malam aku nak mati untuk jumpa ayah aku. Rasa selamat cuma wujud semasa ayah hidup. Jadi aku rindu untuk bertemu dan jalan bertemu arwah ayah aku hanya mati. Itu pemikiran aku semasa kecil.

Jadi kalau orang pukul hingga kepala aku pecah berpuluh jahitan aku tak melawan. Aku diam. Aku tanggung sendiri.

Menginjak alam remaja pula. Aku duduk pula dibandar dengan ibuku. Sini aku masih hadapi masalah buli. Tapi aku dah pandai melawan.

Biarpun aku dapat 5A dan ditawarkan ke sekolah asrama penuh. Surat tu aku koyakkan sebab aku tahu ibuku tak mampu. Jadi aku sekolah biasa.

Untuk tampung kehidupan aku bekerja sendiri hujung minggu. Sebenarnya disini masalah mental aku bermula. Satu hari aku dengar suara menyuruh itu dan ini. Aku biarkan. Kemudian makin semak kepala aku. Aku tingkatan dua masa ni. Aku pun tak tahu jenis mental apa.

Pertama aku kena aku terdengar suruh pergi kencing. Aku ikut tapi bila tersedar aku dah 2 jam dalam tandas pegang kemaluan kencing. Tapi tak terkencing pula. Aku tak tahu masa berlalu.

Pelbagai peritiwa dan tingkah laku pelik aku buat bila tersedar. Aku cuba kawal bila nak kena aku akan cari udara luar dan jumpa rakan². Aku takut menyendiri.

Akhirnya tingkatan 3 pula aku ambil keputusan merantau lagi. Aku ke melaka bekerja. Yuran S.R.P untuk peperiksaan aku dah bayar. Kalau tak lulus nanti tak boleh naik tingkatan 4.

Tujuan aku pergi kerana aku perlukan duit untuk aku dan pelajaran. Juga demi otak aku yang serabut.

Disini malam aku ikat kaki dan tangan aku ke katil sebelum tidur. Aku takut aku bunuh orang. Suara² tu selalu datang suruh buat bukan². Aku tidur seorang sahaja dalam bilik rumah bujang tersebut.

Bila rasa benda tu nak datang aku tak layan. Aku lari dari tempat tu cari benda apa aku suka. Aku pun lelaki yang disukai perempuan mungkin Allah anugerahkan aku paras yang elok. Tinggi aku 186cm. Ala² korea sebab aku mix…

Jadi aku akan elakkan perempuan supaya aku tak sakit dengan perasaan. Biarpun perasaan ingin disayangi ada…alhamdullilah. Rasanya aku bebas dari mental illness ni masuk umur 20 tahun. Tak pernah lagi aku terdengar atau hilang dari dunia nyata lagi selepas berusia 20 keatas.

Aku tak pernah cerita dengan siapa pun tentang sakitnya aku melawan emosi ini. Baik keluarga atau anak2 aku sekarang.

Kini usiaku hampir setengah abad. Kini aku kuat dengan kehendak Allah. Alhamdullilah. Aku miliki segalanya kini. Separuh dunia telah ku kembara cuma tinggal persediaan ke alam abadi.

Aku bercerita ini adalah kerana isteri ku seorang pakar dalam bidangnya. Banyak mengendalikan masalah mental remaja. Ramai yang tidak jumpa jalan pulang.

Menjadi gila, anxiety dan pelbagai yang isteri aku kendalikan. Kebanyakan semua berpunca dari keluarga yang bercerai berai. Ya isu emosi dan rasa tidak selamat…

Jadi nasihat saya jangan bercerai berai kerana keegoan kita. Keeogaan itu, memusnahkan anak². Semoga cerita saya yang yatim ini dijadikan panduan untuk pembaca.

– Si yatim (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *