Untuk part I, (https://iiumc.com/musim-cerai/).
Untuk part II, (https://iiumc.com/musim-cerai-ii/).
Bulan ramadhan ni banyak pula masa rehat² ni kan. Saja menulis untuk kita kenang²an. Ada manis. Ada pahit kehidupan. Ini adalah selingkar kehidupan aku yang yatim ni.
Aku tulis ni lebih terperinci satu² peristiwa dari bab 1. Perasaan.. Tangisan aku menghadapi kehidupan.
Tak perlu simpati ini hanya secebis untuk panduan kehidupan. Mungkin nanti kalau ada mood aku cerita bagaimana permulaan kenapa family aku tak diterima.
Bagaimana mak aku anak pungut dari keluarga cina dan datuk ku dibunuh oleh komunis, dan terakhir adalah bagaimana emak aku melarikan diri menaiki kapal laut sehelai sepinggang ke sabah kerana ingin dibunuh keluarga melayu,
Disebabkan peniaga² cina kawasan itu memberi barangan kemas bertin² ibuku yang berumur 5 tahun yang diamanahkan keluarga melayu menjaga ibuku. Mereka ingin merampas segalanya.
Ini terjadi kerana perniagaan komoditi di daerah itu kebanyakan modal dari datuk cina ku. Peniaga² itu umpama memberikan keuntungan tahunan.
Nenek cinaku lari ke hutan berminggu² untuk selamatkan diri terus tanpa dikesan dan berjumpa ibuku setelah 50 tahun terpisah ba. Adik beradik ibuku seorang mati dalam serangan komunis berumur setahun ketika itu. Mereka 4 beradik.
Menurut nenek cinaku berminggu² mereka didalam hutan kelaparan dan akhirnya berjaya keluar dari hutan dan menumpang disebuah rumah yang dipanggil uncle. Iaitu orang suruhan datuk ku yang menjalankan perniagaan bas sekitar tahun 1948.
Kemudian nenekku dihantar ke jirat cina untuk menyorok. Disitulah kehidupan nenek ku. Anak² kemudian ada dihantar ke canada dan ireland oleh orang² datuk ku untuk keselamatan mereka.
Ibu ku? Tidak dapat dilarikan. Bertukar ganti penjaga dari kedai² emas sekitar daerah itu. Akhirnya kepada melayu untuk ditukar identiti. Begitu bencinya komunis pada datuk ku. Ini kerana datuk tidak menyokong gerakan komunis.
Kata nenek ku datuk ku juga mengawal komoditi padi dan ada gudang khas yang di bina untuk orang2 kampung menerima. Tapi komunis dihalang mengambil. Tuanku Abd Rahman Agung pertama Malaysia selalu datang ke rumah datuk ku.
Tapi nenek ku tak tahu kenapa. Mungkin berbincang berkaitan bekalan. Senjata api juga dibekalkan kepada datuk ku dan para pengikutnya oleh tuanku.
Suatu malam, nenek ku sedang menyediakan makanan di banglo di puncak bukit. Datuk ku sedang menerima tetamu keluarga kakaknya.
Setiap anak² mempunyai pengasuh sendiri. Pengasuh ibuku seorang melayu dikaki kampung telah balik kerumah beliau.
Ketika ini kebanyakan pengawal datuk ku tiada. Mungkin tinggal sekitar 10-15 orang menjaga keselamatan. Mengikut saksi hidup. Ketika sedang menjamu selera ada bunyi ketukan diluar pintu.
Anak² berada diruang lain untuk mengelakkan gangguan anak² kecil… nenek ku menyuapkan makanan pada anak² yang masih kecil. Usia ibuku lingkungan 5 tahun ketika itu.
Abang dan kakaknya berbeza 2@3 tahun. Dan seorang adik berusia setahun setengah. Ketukan itu biasa² sahaja. Tiada syak wasangka dari penjaga dan orang² datuk ku. Datuk ku mengarahkan pintu di buka.
“Ohh ah chai kata datuk ku. Mari makan². Atuk ku tiada syak wasangka. Ah chai adalah sepupu datuk ku. Orang kepercayaan datuk ku. Dia juga orang yang dipercayai menjaga perniagaan ladang² dan komoditi…
Sambil memanggil ke meja makan. Nenek ku memerhatikan dari sebalik pintu diruangan berbeza.. Tiba² letupan senapang umpama hujan menerjah ke meja makan. Tepat ke kepala datuk ku. Terkulai tanpa sempat melakukan apa…
Serbuan dari luar oleh komunis yang menjadi talibarut oleh sepupu datuk ku. Tidak dapat ditepis. Semua yang dimeja makan mati disitu jua. Ah chai menjerit kepada gerombolan komunis tersebut…
Oii. Ini bukan isteri bos. Ini kakaknya. Cari dan bunuh semua keturunannya. Jeritnya dalam bahasa cina. Keluarga ini pembelot pada cina. Jeritnya.
Ya. Habis keluarga kakak datuk ku jua mati dibunuh ah chai. Tujuan keluarga ini dihapuskan sebenarnya untuk memiliki harta datuk ku. Tetapi menggunakan kekuatan komunis untuk tujuannya.
Ketua penjaga keselamatan dirumah pula adalah ah hoe…
Ah Hoe melihat. Demi janjinya kepada datuk menjaga keluarga ini. Dipeluknya ibuku. Dipusingkan badannya. Berlubang2 badan2 tersungkur mati disitu. Menadah badannya demi amanah…
Ibuku dan anak2 ditarik oleh pembantu2 keselamatan yang masih didalam dakapan Ah Hoe… Ibu ku bawa lari mengikut pintu belakang dan terus ke hutan. Didalam kelam kabut itulah ibu ku terpisah 50 tahun dengan ibu kandungnya…
Kini bila dewasa aku melalui ribuan ekar tanah bekas mendiang datuk ku. Diusahakan oleh sepupunya yang belot. Pelbagai perniagaan datuk ku dulu pun dikuasainya. Aku hanya melihat.
Tidak terlintas untuk aku memperkenalkan diriku pada mereka dan keturunannya yang kini kaya raya. Kedamaian yang Allah bagi pada ku. Ketenangan jiwa amat berharga.
In sha Allah. Ada masa aku sambung balik cerita² kenapa aku jadi yatim dan kenapa ibu tidak dapat menjaga aku dan kenapa ditinggalkan di kampung.
– Si yatim (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit