Assalamualaikum w.b.t.
Aku adalah pelajar IPTA yang sedang dalam musim peperiksaan. Tujuan aku cerita benda ni bukanlah sebab nak bash siapa-siapa, tapi hanya untuk luahkan perasaan, dan kalau boleh nak bagi kesedaran pada golongan yang berkaitan. So aku sangat berharap post aku ni dapat di-publishkan (Thank you in advance, admin!)
Memang lumrah pelajar-pelajar universiti untuk belajar last minute. Bila exam dah dekat, time tulah baru sibuk nak ulang kaji itu, hafal ini, belajar balik itu, cuba fahamkan ini etc.. Dan sesungguhnya, aku tak kisah dengan tabiat-tabiat tu sebab aku pun faham adat budak-budak uni. Tapi yang aku tak tahan, bila time genting ni ada manusia yang baru sibuk nak cari orang lain, nak minta tolong ajarkan atau terangkan tajuk atau bab atau basically apa-apa yang tak difahami. Dan aku adalah antara orang yang dicari untuk jadi cikgu terjun mereka.
Aku sangat tak kisah kalau ada orang minta tolong aku. Aku lagi suka. Tapi, masalahnya, bukan sikit yang cari aku, tapi ramai. Masing-masing sibuk whatsapp minta tolong aku ajarkan, sampai aku sendiri tak larat. Dan ada yang minta aku ajar balik 2-3 tajuk sekaligus. Ye, aku tau, kalau kita ajar orang, kita juga yang dapat manfaat, ingatan atau kefahaman kita makin kuat etc. Tapi kalau sampai kena ulang balik benda yang sama berkali-kali dekat orang yang berbeza, even manusia yang sangat penyabar pun boleh hilang sabar.
Dan yang paling buat aku geram, bila mereka sendiri tak nak usaha. Aku sanggup google atau tengok 4-5 video kat youtube untuk cuba fahamkan sesuatu, dan dengan mudahnya golongan ini cakap “ok lepas kau faham, kau terangkan kat aku” dan kata-kata yang sewaktu dengannya, daripada cuba cari sendiri kat google atau youtube. Aku habiskan banyak masa untuk fahamkan sesuatu dan kena habiskan lagi banyak masa untuk golongan ni yang datang seorang demi seorang.
Aku pun student macam mereka, aku pun nak guna masa aku untuk study. Tapi masa aku habis macam itu saja untuk mereka. Macam yang aku cakap, aku tak kisah tolong orang. Tapi paling tidak, diri sendiri tu usaha lah sikit. Aku masuk kursus ni bukan sebab aku nak jadi cikgu (no offence to cikgu atau cikgu-to-be). Macam aku cakap, aku tak kisah kalau orang lain nak minta tolong aku ajar atau terangkan, tapi tolonglah jangan melampaui batasan.
Aku mohon cuba bertimbang rasa sikit. Hormati kawan lain yang nak ulang kaji. Kalau agak-agak ramai yang nak tanya atau minta terangkan benda yang sama, datanglah dalam kumpulan, jangan datang seorang. Cuba usaha sendiri dulu baru minta tolong orang lain. Aku tak tau macam mana nak deal dengan golongan ini. Sungguh, aku rimas dan stress.
Apa-apa cadangan untuk selesaikan masalah aku ini sangat dialu-alukan.
Terima kasih sebab sudi baca luahan aku. Aku minta maaf kalau aku ada tersinggung mana-mana pihak.
– N/A
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit