Macam biasa skrg ni musim exam, lebih2 kalau sape yg uni dia tu uitm memanglah lambat habis. Confession ni dah ramai org buat, dah ramai org kecam tapi saya selaku org yg akan dikecam nanti oleh kalian semua nak bg tahu ni. Adab2 bersama kawan sebilik dan kawan seblok.
Bila musim exam ramai yg suka belajar dgn kawan. Itu tidak dinafikan tapi ada segelintir yang suka bljr sorang2. Bila berkongsi bilik sudah semestinya bilik tu akan jadi hak bersama jadi tolonglah faham antara satu sama lain. Cthnya, A suka bawak kawan, ckp kuat2 & belajarnya lambat sbb tengok cerita. B pula x bwk kwn, suka belajar senyap2. Jadi sape patut mengalah? B patut mengalah sebab B nak suasana yg senyap (B patut masuk library?) Tp dah tengah malam ni. Atau A patut mengalah bwk kwn keluar dari bilik? Sepatutnya kalau ikut adab yg betul ialah A tu sama ada bwk kwn keluar ataupun suruh kwn tu senyap. A patut ada common sense sbb kalau ikut peraturan pun kan x boleh bwk kwn lebih dari pkl 12 dan berbuat bising.
Kalau pasal tandas pulak boleh x org yg lalu koridor tandas tu jgn tengok org dkt dlm tandas sbb logiklah. Apa yg korang nak tengok sebenarnya? Tak boleh ke kalau korang jln je tegak?
Roommate2 sekalian semua boleh x kalau x pyh update status atau tulis2 surat balasan tak puas hati? Ckp dpn2 x berani ke? Lg satu kalau salah sorang roommate tu dah volunteer kan diri nak tanya sama ada dia ada buat benda yg membuatkan x puas hati ataupun x? Korang jgnlah hipokrit sangat yg ckp xdelah oklah biasa je sbb yg korang update status dkt whatsapp tu knp?
Kalau korang tu ada pakwe/makwe boleh x kalau korang ckp dkt luar sbb korang cakap dlm bilik lepastu cakap kuat2 dan manja2 geli panggil baby2. Ingatlah ada org yg nak tidur dlm bilik tu. Bilik2 yg berdekatan pulak boleh x kalau jgn cakap kuat2 gelak kuat2 sampai lewat2 pagi ganggu org tidur. Nanti kalau ada tetamu yg ikut gelak baru tahu.
Sampah pulak boleh tak kalau jgn letak dkt dalam bilik sampai berbau. Letak dkt luar pintu pun jgn. Bila nak turun tu tlg bwk sampah turun sekali. Jgn buat bau tu menusuk hidung2 org lain yg x bersalah. Badan sibuk nak wangi dgn bau sabunlah perfumelah tapi sampah x buang.
Kalau korang ada aktiviti kolej. Bila nak balik untuk ambil kupon atau scan card. Tolonglah jgn tolak2. Kalau korang tu kurus2 ramping2 xpe. Ni badan semua sihat2 je. Kesianlah dekat org yg terhimpit2 kena tolak tu. Tambah2 lagi kalau org tu sakit kaki ke atau ada semput ke. Kesian dia. Korang sibuk asak2 dgn badan panas berpeluh2. Nak cepat sangat pun nak pergi mana? Cuba beratur dan ikut peraturan.
Amalan tolak menolak bila naik bas pun sila jgn buat. Malu jelah pakai cantik2 makeup2 tp tolak2 org. Buat malu je lelaki tengok.
Bila masuk bilik buat kali pertama tu tolong masing2 tanya roommate apa yg dia suka dan tak suka. Yg org tak suka tu sila2lah jgn buat langsung. Memang hidup berkongsi tapi kena jugak saling memahami. Yg perangai lebih2 tu sila kurangkan.
Aku selaku dari ketua aras dah naik muak dah dengar dan tengok benda ni berulang kali berlaku tambah lagi bila orang mengadu dkt aku tapi aku x dpt nk buat apa2. Benda ni nampak kecil dqn nampak remeh. Nak report dkt pengetua blok memang tak berbaloi jadi sape2 yg masih belajar tu, yg baru nak masuk belajar tu dgn yg dah habis belajr tapi ada adik beradik atau anak2 tolong2lah nasihatkan.
– ~
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit