Musim KLFW
Terima kasih admin jika post aku ni dikongsi, tetapi jika tidak, aku tak kecik hati pon, admin ada hak sebab nak tapis isi yang baik dan tak baik. InsyaAllah.
Sekarang ni musim KLFW, rata rata yang hadir semua nya orang panggil fashionista, hijabista asalkan bergaya yang bukan biasa-biasa. Aku tak lah cemburu dengan gaya mereka. Tidak sedikit pon, cuma aku terkilan, dalam bidang fesyen masa kini, tak kira la yang berhijab atau tidak sanggup kelihatan bergaya tidak patuh pada tempatnya terutama buat yang berhijab. Minta maaf jangan terasa.
Sekarang banyak sangat trend berhijab, terlalu banyak dari yang tutup penuh sehingga la yang terbuka separuh. Terpulang kepada kita nak pilih mana gayanya. Tapi berhijab tidak bermaksud kita tutup rambut sahaja. Berhijab bermaksud kita menutup keseluruhan yang dikira aurat. Perempuan semua kecuali tapak tangan dan muka. Lain wajib ditutup, begitu juga lelaki, pusat ke lutut tu dikira aurat. Rata-rata aku tengok pakaian yang dikenakan semua pereka fesyen hampir semuanya terselak. Tapi kalau ada pereka yang boleh mengetengahkan gaya dan fesyen yang berunsur patuh syariah for sure akan ada benchmark untuk kita sebagai pereka fesyen dapat tempat di mata dunia. Walaupun menutup aurat sepenuhnya. Pasti semua bangga. Dan orang bukan islam pon akan hormat kita sebagai islam. Tapi rata-rata selagi boleh nak bukak semua area. Faham ini kira seluruh pereka fesyen asia dan banyak juga yang non muslim. Tapi ap kita boleh buat sebagai pereka fesyen yang beragama islam? Cuba ketengahkan fesyen kita ke arah dan tempat yang betul. Cubalah. Tak rugi pon. Mesti akan ada orang respect. Tak salah ada trend dan berfesyen sebab dalam islam pon tak larang. Cuma ada had dan kena patuh syariah.
Aku bukan nak condemned mana-mana pereka fesyen pon. Sebab aku bukan dekat tempat mereka, tapi aku sebagai netizen yang melihat pereka-pereka fesyen ni semakin ambil mudah apa yang tuhan dah larang. Sangat mudah. Minta maaf la cakap, melayu ke tak melayu pon aku takleh nak bezakan dah sekarang. Sama je seksi nya. Yang berhijab ada yang nampak telinga nya, nampak dadanya, baju nye nipis sampai nampak dalam nya. Bukan menghukum. Aku tak layak pon. Tapi sekurangnya bila kita tak nak mata mata lelaki yang jahat tengok kita dengan mata dan niat yang jahat. Kita dulu kena buat sesuatu, tutup aurat. Selebihnya terpulang cara mereka lihat kita. Serahkan kepada Allah untuk kita dilindungi daripada mata jahat dan fitnah ni. Mudah kan. Jangan salah kan banyak lelaki gatal kalau kita yang membuka ruang untuk diorang ni berniat jahat dan mengganggu kita. Sebab kita yang bagi dia ruang untuk mereka menggangu kita. Itu je pesan aku. Ingat la balik tujuan kita berhijab bukan sekadar tutup rambut, tapi longgar kan pakaian, tutup dada, pakai stokin, senang kata ikut syarat dam syariah yang Allah dah tetapkan. Sorrylah jangan tersinggung. Aku saje je luahkan.
– -A-
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit