Musim Konvo

Assalamualaikum semua .
Terima kasih admin approve confession saya .

Sedia maklum semua , sekarang ni musim konvo . Jadi di media media social banyak gambar / moments kakak abang adik saudara kita yang berjaya grad . Alhamdulillah tahniah pada mereka .

Saya berusia awal 20-an telah bekerja (kerajaan) dan melanjutkan pelajaran secara PJJ atas faktor rezeki di alam pekerjaan lebih cepat dan masalah kesihatan diri .

Musim konvo tahun ni , membuatkan saya sedikit sebak dan terasa hati . Sebab kawan kawan saya yang belajar secara sepenuh masa sudah tamat belajar. Bergambar bersama ibu ayah , ya saya sebak sebab ibu ayah saya masih belum dapat melihat saya sebegitu . Memakai jubah mengambil sijil . Memang mereka tak kata apa tapi jauh dari sudut hati terasa kecewa .

Saya adalah dalam kategori pelajar cemerlang sewaktu di sekolah . Seorang yang bercita cita tinggi , pendebat terbaik , Ketua Pengawas dan sangat aktif dalam koko dan kurikulum sekolah. Namun perancangan Allah adalah yang paling terbaik. Saya tidak menerima sebarang tawaran dari Matrikulasi , Asasi , Diploma dan lain lain dari IPTA . Sedangkan saya sangat berharap akan Matrikulasi dan Asasi UIA pada ketika itu . Namun saya redho walhal ketika itu setiap hari saya menangis mengenang nasib . Haha .
Dan atas beberapa faktor tertentu juga saya tidak dapat melanjutkan pelajaran selepas spm .

Namun dikurniakan rezeki untuk bekerja . Keputusan untuk bekerja mendapat sokongan positif dari ibu ayah namun bukan dari saudara mara , jiran tetangga mahupun kawan kawan. Dipandang rendah , diperkata itu ini namun kami sekeluarga buat tak endah . Tidak kurang juga ada yang turut banding membanding apabila saya bekerja dan anak mereka belajar di universiti tapi ibu ayah hanya senyum tanpa berkata apa kerana mereka tahu akan kondisi diri saya .

Ibu ayah . Maafkan kakak . Walau ibu ayah senyum dan sentiasa support kakak , tapi kakak tahu ibu ayah juga punya keinginan untuk kakak capai cita cita kakak . Kakak akan berusaha capai ijazah kelas pertama walau orang cakap ala PJJ senang , pointer senang dapat tinggi tapi pada kakak kalau tidak ada usaha tiada jalannya .
Walaupun pada usia tamatkan pengajian agak lewat saya berharap Tuhan kuatkan semangat demi ibu ayah . Sabar ya 3 tahun je lagi . Sekarang saya hanya pekerja bawahan tapi tidak mustahil bukan suatu hari boleh menapak ke kedudukan lebih baik . Kerjaya dan pelajaran penting . Doakan selepas tamat ijazah saya dapat menyambung master dengan laluan yang mudah . Semoga kuat hati saya dan juga ibu ayah saya .

Kawan kawan , kita tidak ada di tempat orang lain . Kita tak tahu apa masalah mereka . Jadi jangan cepat menghukum kerana kita tidak sedar ada hati terluka . Setiap yang terjadi ada hikmahnya . Tuhan tak memberi kita yang itu Tuhan memberi kita yang ini kerana Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik .

– KAKAK

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit