Muslim, What Should We Do Now?

Untuk part I, (https://iiumc.com/pesanan-untuk-setiap-muslim/).

Aku Ayyash. Terima kasih kerana sudi membaca ‘confession’ aku tempoh hari. Sejujurnya ak rasa terharu dan rasa masih ada cahaya dan harapan pada generasi kita apabila melihat komen dan respons daripada para netizen sekalian.

Seminggu berlalu. Rupanya makin banyak benda baru yang berlaku yang terus menyesakkan dada.

Kisah ‘legend’ dan tragis arwah Zulfarhan yang diseterika dan diseksa sehingga mati.

Pelajar tingkatan tiga merogol budak 13 tahun.

Curi susu tin dari lori yang terlibat dalam kemalangan.

Kemaluan tersekat dngn objek keras buat kali ketiga sehingga memerlukan khidmat bomba.

Dan yang aku paling tak boleh nak ‘brain’ bila kes kes melibatkan perbuatan sumbang mahram antara ahli keluarga sendiri contohnya yang terbaru kes seorang remaja 13 tahun dirogol bapa kandung sendiri.

Allahu.

Bayangkan ayah kita yang menjadi tempat kita bergantung harap sanggup melakukan perbuatan jijik sebegitu.

Bayangkan suami kita yang berada di sebelah kita sekarang adalah orang yang belum tentu kita boleh percaya atau tidak.

Nauzubillahminzalik. Moga moga kita dijauhkan dengan perkara sebegini.

Berbalik pada ‘confession’ lepas, aku ada tinggalkan satu persoalan.

‘What should we do now? Atau apa yang kita perlu buat sekarang?

Ya, pernah terfikir tak apa solusi terbaik kepada semua masalah ini?

Adakah solusinya, kita perlu membina lagi banyak pusat penjagaan bayi atau nama glamournya ‘baby hatch’ untuk bayi mangsa rogol dan zina?

Adakah konsep ‘condom free’ penyelesaian kepada masalah wujudnya anak luar nikah?

Adakah solusinya cukup hanya dengan memasang lagi banyak kamera CCTV untuk memantau kes jenayah?

Adakah itu solusi yang paling paling terbaik?

(Moga pahala yang melimpah ruah kepada individu dan pihak yang berusaha mengikut kemampuan masing masing)

Tapi hari ni aku nak ajak kita semua renungi satu analogi ini.

Kita demam tak kebah kebah sejak berhari hari. Dah makan panadol pun masih tak jalan. Hingus dan kahak keluar berlendir hijau. Minum 100 plus, minum air tawar dan macam macam lagi petua tapi masih tak sembuh. Kenapa ya agak agak?

Jawapannya kerana kita tak memberi ubat yang tepat dan betul. Dan selagi kita tidak mengambil ubat yang tepat, kita mungkin takkan sembuh.

Untuk kes ni, kita perlu makan antibiotic kerana punca utama kita tidak sihat adalah kerana terkena jangkitan kuman (berdasakan simptom seperti keluarnya lendir dan kahak yang hijau). Selagi kita tak hapuskan kuman tu, selagi tu lah kita takkan sembuh.

So disini lah datangnya konsep ‘treat from the root cause not the symptoms’.

Untuk selamatkan dan merawat sesuatu masalah, kena bermula daripada punca kenapa benda tersebut terjadi. Kita kena bezakan mana satu punca dan mana satu simptom. Barulah kita akan menemui solusi yang terbaik.

Mari kita renungi satu hadis Rasulullah, dimana Rasulullah bersabda :

‘Aku tinggalkan kamu dua perkara. Kamu tidak akan sesat selagi kamu berpegang pada dua benda yakni Al Quran dan As Sunnah’

Nah, itulah solusinya. Itulah penawar dan puncanya.

Nabi dah pesan siap siap, selagi kita kuat, faham dan beramal dengan Al Quran dan As sunnah, selagi itulah kita takkan sesat dekat dunia ni.

Dan boleh tengok betapa sesat dan sesaknya kehidupan sekarang. The ‘root cause’ kepada semua benda dan masalah ini bila hilangnya Al Quran dalam diri kita.

Habis hilang rasa malu, hilang rasa bersalah, hilang naluri kemanusian dan nilai keagaaman dalam diri kita sampai kita boleh melakukan apa sahaja dekat muka bumi ni.

‘Betul ke jawapan kepada masalah-masalah ini adalah Quran. Apa bukti yang kita boleh tengok?

Ya, bila bercakap tentang bukti.

Senang sahaja, tengok sahaja sahabat sahabat Rasulullah dan para syuhada. Bagaimana Al Quran betul betul mengubah mereka sehingga berjaya ‘booking’ tempat di syurga?

Kita ‘throwback’ sikit kisah zaman dahulu kala. Waktu zaman jahiliyyah diorang (sebelum turunnya wahyu), apa je benda yang teruk diorang tak buat.

Bunuh anak perempuan hidup hidup dimana diorang dah siap siap buat lubang. Kalau yang keluar tu adalah bayi lelaki, mereka akan gembira bagaikan berpesta tetapi kalau yang keluar tu adalah perempuan, mereka terus tanam hidup hidup disebabkan rasa malu.

Contoh kedua, mereka akan berzina sesuka hati mereka. Perempuan yang sama berzina dengan beberapa lelaki dan sekiranya dia mengandung dan sampai waktu bayi tersebut dilahirkan, semua lelaki yang terlibat akan dipanggil dan ayah kepada bayi terbabit dipilih mengikut muka siapa yang lebih seiras dengan bayi. Allahu, rosak teruk nasab keturunan. Tu antara contoh yang berlaku pada masa dahulu.

Tapi bila datangnya wahyu Al Quran, sedikit demi sedikit mereka mula berubah. Berubah mengenal Pencipta mereka. Berubah segala penyembahan mereka daripada penyembahan berhala kepala penyembahan kepada Allah semata.

Mereka mula nampak akhirat dan berlumba lumba untuk dapatkannya sampai sanggup mengorbankan harta, jiwa, perasaan dan sebagainya. Mereka sanggup berperang dan mempertaruhkan nyawa untuk berjuang di jalan Allah. Padahal mereka semua tu dulu jahil dan teruk. Tapi kerana Al Quran dan As Sunnah, mereka berubah.

Kefahaman Al Quran sendiri akan mengubah seseorang untuk tidak melakukan benda benda yang mungkar sehingga tidak perlu lagi kamera CCTV kerana CCTV Allah (kesan dari kefahaman Al quran) sudah cukup dan memadai.

Jadi persoalannya, bagaimana kita nak menggunakan manual hidup kita ni dengan betul dan tepat? Adakah sekadar baca sahaja?

Dan kenapa kesan Al quran pada sahabat Rasulullah berbeza dekat kita padahal kita mendapat Quran yang sama?

Kenapa dan kenapa.

– Ayyash (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *