Musuh Dalam Kelambu

Hi semua, saya Cik Senah. Dah berkahwin 28 tahun. Family insyaallah bahagia. Perang dingin manja-manja tu adalah sikit. Perang besar hanya 2 kali sepanjang perkahwinan, hehehe.

Cik Senah dibesarkan dalam family felda. Hubungan kami dengan mak ayah dan adik beradik memang baik. Alhamdulillah.

Kami semua memang ade satu tabiat, di mana suka berlonggok dalam bilik mak ayah.

Kat situlah kadang kami makan cekodok berjemaah, dekat situlah kami bergosip, kat situlah kami bergaduh, dekat situlah kami lipat kain sambil mak membebel sebab tak ikut spec mak.

Biasa kalau apak kami balik kerje nak rehat, die tidur je atas katil sambil kitorang bergosip, hahaha.

Apak memang tak boleh tidur kalau tak ade bantal golek. Bantal golek tu wajib.

Kalau balik kampung, gelisah sekali tak boleh bawak balik bantal busuk apak. So, terpaksa peluk bantal biasa. Kiri kanan kiri kanan tak boleh tidur.

Sebab obses dengan bantal peluk, selalu apak lupa nak peluk mak (luahan hati mak). Mak kata apak tak sayang mak, apak sayang bantal peluk dari mak. Kami gelak-gelak je dengar luahan mak.

Kini, Cik Senah dah berkahwin. Awal perkahwinan memang tip toplah bilik tidur. Siap bantal 4 biji dengan bantal peluk.

Lama-lama Cik Senah tengok En Suami suka peluk bantal golek dari Cik Senah. Tiba teringat pasal mak, mak kata apak tak sayang dia.

Apak boleh tidur lena kalau mak tak ada, tapi tak lena kalau bantal dia tak ada.

So, sebelum parah. Cik Senah decide hapuskan bantal peluk dari bilik Cik Senah.

Cik senah letak bantal peluk dekat bilik anak, dan hadkan bantal hanya 2 biji sahaja. Satu untuk aku dan satu untuk engkau.

En Suami hairanlah dengan perubahan bilik tidur. Nak tidur kiri kanan tak selesa sebab tak ada bantal peluk.

Cik Senah pun confess dekat En Suami. Cik Senah benci bantal golek. Sebab dia meruntuhkan kasih sayang suami isteri. Kemudian Suami Cik Senah gelak.

Pada dia sangat kelakar nak bergaduh dengan bantal.

Cik Senah bercakap dengan nada serius. Bantal golek menyebabkan suami lupa untuk memeluk isteri dan begitulah sebaliknya.

Macammana nak pupuk kasih sayang kalau pasangan dambakan pelukan sepatutnya?

Lagi-lagi kalau tengah stress. Pelukan boleh merembeskan hormon happy dalam badan kita.

Perlahan kami cuba berubah. Sentiasa dalam pelukan masing-masing.

Kalau berpaling, kau ke kanan, aku ke kiri sekalipon, kaki kami masih bersilang. Supaya masing-masing masih bersentuhan sesama sendiri.

Hingga kini dah 28 tahun amalan ini. Kami bahagia cara kami.

Bende remeh, tapi impaknya besar. Fikir-fikirkanlah..

– Cik Senah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *