Muzik Metal Pengubat Depression

Assalamualaikum semua. Saya asal dari Gombak. Terima kasih admin kerana sudi siarkan artikel ringkas saya ini. Saya nak kongsi pengalaman kena depression dan OCD.

Ya Saya pernah kena OCD dan mild depression. Was-was time solat, wuduk, mandi wajib tu memang makanan. Was was segala benda. Anxiety ni boleh tahan juga ditambah bila datang depression.

Tapi Alhamdulillah, Allah beri ilham dan kekuatan kpd saya untuk lawan sikit2 dan survive walaupun tak sepenuhnya. Orang yg tak faham sakit mental ni mereka akan semudah petik jari cakap ini sebab iman lemah, kurang ilmu agama dan so on. Betul ilmu, iman dan amal tu sangat2 penting dan perlu diusahakan. Tapi dalam bab penyakit itu bukan satu-satunya jalan awal penyelesaiannya.

Saya nak berkongsi 1 tips. Jika anda kena depression, cuba carik sesuatu yg anda minat dan lakukannya. Pedulikan apa orang nak kata. Macam saya, saya suka layan lagu2 Metal. Ya bagi sesetengah orang muzik Metal ni dianggap ‘muzik setan’ tapi tuduhan itu tak berasas dan hanya unsur setan tu tak sampai 10% aje. sebenarnya dalam muzik Metal ni pun ada banyak lagu2 yg berkisarkan depressi, anxiety dan mcm2 sakit mental. Malah saya ambil iktibar dari apa yg terjadi terhadap Metallers diluar sana yg ada depressi dan sakit mental seperti bunuh diri, bunuh org dan sebagainya.

Sebagai contoh yg terjadi dalam band Mayhem dari Norway, vokalis nama dia Dead mati bunuh diri dgn tembak kepala sendiri dgn shotgun, lepas tu guitarist (Euronymous) ambil gambar vokalis (Dead) yg mati ni dan jadikan sebagai cover live album bertajuk ‘Dawn of the Black Hearts’ dan cebisan tengkorak dijadikan perhiasan. Dan lepas tu pulak berlaku kes bassist (Varg Vikerness) bunuh guitarist (Euronymous) dgn tikaman sebanyak 23 kali. Juga dlm band yg sama. Kisah2 ni korang boleh tengok dalam filem Hollywood terbaru yg akan datang berjudul ‘Lord of Chaos’. Pegi tgk trailer kat Youtube. Seperti mana Queen ada filem Bohemian Raphsody, begitu juga Mayhem ada filem Lord of Chaos.

Okay berbalik kpd point asal tadi. saya kalau depress saya akan bukak lagu Metal kuat2 dan layan headbanging sepuas puasnya lepas tu saya kembali lega. Bila dah sedikit lega, baru saya stop dengar musik dan pegi amik wuduk solat zikir baca Quran apa semua. Jadi saya rasa korang boleh cuba, saya tak suruh korang layan Metal. Tapi korang cuba carik 1 hobi atau aktiviti yg korang suka dan buat benda tu.. buat sampai korang boleh lega dan lupakan sementara depression, rasa nak bunuh diri, dan macam2. Buat sesuatu yg make you fun. Cuba untuk reducekan tahap depression utk sementara. Sikit pun jadilah.

Lepas dah lega sikit, cepat2 istighfar dan zikir dlm hati. Zikir ni ada perlu lafaz dan ada tak perlu lafaz. Just ingat Allah dalam hati. Ingat kebesaran Nya. Ingat yang kesengsaraan yg kita alami di dunia ini sementara. Ingat juga yg dunia ni dah akhir zaman. Disini saya sarankan korang belajarlah ilmu akhir zaman atau ilmu2 agama yg lain. Belajar mengenal Allah, sifat 20, tasawuf dan sebagainya. Dan kalau boleh bagi lelaki, bila dah masuk waktu solat pegilah surau berjemaah. Dalam rumah Allah insya Allah korang akan lebih tenang.

Kesimpulannya, saya bkn nak tekankan sgt pasal Metal tapi ini sedikit cara saya melawan penyakit dan pada akhirnya saya tekankan juga kepentingan agama dlm melawan penyakit. Setiap dari anda ada cara masing2. Bagi yg struggle sekarang ni ambik ia sebagai ujian dari Allah. Ya kita sememangnya diuji tapi percayalah ada ganjaran besar menanti jika kita bersabar dgn ujian Allah.

Akhir kata, Jika dunia anda diselubungi kegelapan, Anda sendiri lah yg kena jadi cahaya untuk menerangi kegelapan itu. Semoga pengakhiran kita semua baik dan husnul khatimah. Wallahua’lam. Wassalam.

– Arifin

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *