My Boss is My Crush

Aku terbaca satu confession hari ni, my lecturer my crush, katanya, hahaha.

(https://iiumc.com/my-lecturer-my-crush/)

Rentetan daripada itu, aku pun gatal nak juga share pasal aku dan bos aku sekarang ini, haha. Cerita kita hampir sama tapi sedikit berbeza.

Aku juga seorang ambivert dan bos aku extremely introvert. Kami berdua berkerja di syarikat swasta yang sama. Di bangunan sama tapi syarikat kami banyak jabatan dan unit-unit lain.

Aku start crush dengan bos aku ni 7 tahun yang lalu, pada ketika itu beliau bukan bos aku lagi. Kami hanya bekerja di bangunan yang sama tapi jabatan yang berbeza.

Tercrush sebab terserempak di cafe dan ‘DAMN’ hati aku terpesona. Oh lupa nak beritahu, bos aku ni antara lelaki yang hot di office aku, lelaki bujang awal 40an yang masih belum berkahwin.

Jadi, Yes, beliau ramai peminat tapi semua tak diendahkannya. Aku? Aku hanyalah semut merah yang menyedihkan. Haha.

Tapi bos aku ni sejenis lelaki lembut sikit, tapi masih berpewatakan lelaki. Seperti lelaki Metrosexual gitu. Ramai juga kawan-kawan office aku kata bahawa beliau G*y. Aku juga sehingga kini masih tertanya-tanya identiti sebenar beliau, haha.

Dan disebabkan beliau sangat introvert, beliau sangat limited edition tau. Kawan tak ramai, and macam mana aku nak explain eh,

Beliau macam hero lelaki kat drama tv3 yang acah-acah tu. Acah-acah lelaki terpaling introvert, kaya, hensem, tinggi dan pujaan wanita. Eh melarat pulak aku. Hahaha.

Pada awalnya aku hanya crush gitu-gitu je. Normal kan manusia suka pada benda-benda yang elok, benda-benda yang sukar dimiliki auch. Hahaha.

5 tahun lepas dia ditukarkan di jabatan aku, dan itu permulaan kisah beliau sebagai bos aku. Kami bekerjasama dengan baik.

Bagi aku beliau adalah bos yang sangat baik dari segi pekerjaan dan sebagainya. Aku ringkaskan, beliau bos yang sangat profesional.

Tapi pada waktu itu, beliau sangat introvert, sombong. Menyampah aku, ape kau hingat kau hot sangatlah, hehe gurau.. Masih belum nampak belang lagi.

Sekitar 4 tahun bekerjasama dengan beliau, kami hanya akan bercakap dan berwhatsapp berkaitan kerja sahaja. Walaupun aku crush dengan beliau, tapi tak pernah lah pulak aku menggatal atau bersikap bukan-bukan di depan beliau. Kami hanya sekadar bos dan hamba abdi kahkahkah.

Macam aku katakan, aku cuma crush saja, tidak lah sampai berharap nak kahwin dengan beliau. Lagipun bukan dia jah crush aku, RAMAI!

Memandangkan beliau bujang dan aku pun sama, kawan-kawan aku sering menjodoh2kan aku dengan beliau, kata mereka kami serasi. Sebenarnya tidak pun, tapi sebab dua-dua bujang itu jelah modal nak menjodohkan kami berdua.

Sehinggalah pada awal tahun ini, kami berdua ditukarkan di jabatan lain bersama-sama. Jabatan kami sekarang hanya sedikit sahaja staff, sekitar 6 orang.

Pada awalnya aku yang ditukarkan dahulu, sebulan kemudian baru beliau ditukarkan ke jabatan kami sekarang ini. Dan disinilah bermula crush joke aku jadi the real crush pulak. Hahaha. Bala betul.

Memandangkan staff sedikit, jadi kami semua dalam jabatan ni senang nak kamceng, lama-lama kami jadi seperti 1 family, Alhamdulillah staff yang lain semua baik-baik belaka, syukur. Semua sekepala termasuk bos aku.

Baru aku tahu bos aku ni manusia, ku sangkakan batu selama ini. Haha. Rupanya beliau ni perangai macam setan juga macam aku gila-gila orangnya bila dengan orang tertentu.

Tapi beliau lah lelaki 1st yang aku rasa sangat-sangat limited edition tau. Dia tak pernah cakap buruk pasal orang, tak banyak cakap benda melalut, banyak membahan orang jah, dia tak tengok perempuan (aku rasa dia ni betul g*y hahahah) Dan dia sangat private orangnya.

Aku cukup suka lelaki macam ni, sebab aku jenis banyak cakap, jadi aku nak bakal suami aku nanti sedikit introvert, biar tak bergaduh masa bercerita nanti haha. Kesitu pulak aku.

Yelah korang bayangkan aku asyik pot pet pot pet dan dia pun sama tak ke pening nanti tu. Tapi ni je lah yang aku suka pada dia pun. Yang lain banyak red flag.

Aku sangkakan sesi aku dijodohkan dengan dia di Jabatan yang lama dulu dah tamat. Rupanya di Jabatan aku sekarang ini lagi teruk kami berdua dijodohkan.

Kami berdua makin rapat tetapi macam anjing dan kucing, asik bergaduh jer. Tak pernah dalam sehari tu tak bergaduh, ade je benda nak gaduh sebab beliau seorang yang suka menyakat orang. Oh bukan orang lain, aku jer.

Lepas gaduh-gaduh manja tu baik balik pastu gaduh lagi hahahha. Sehari kalau dia tak menyakat aku tak sah. Sebab tu makin galak mereka jodohkan kami berdua.

Aku pun bodoh pergi melayan perangai gila bos aku kenapa, patut aku biar je lah kan. Kalau tak, takdelah jadi macam ni hah, one sided love story hahaha.

Dan tanpa aku sedar aku dah start catching feeling. Padahal bos aku ni tak pernah pun goda-goda aku misalnya caring ke, act of service dan sebagainya. Sebab beliau hati batu ye. Tak gentleman langsung ya umat-umat manusia.

Tapi tak tahu aku makin lama makin jatuh hati. Aku benci perasaan aku ni. Sebab bagi aku rasa jadi tak best pergi kerja bila ada perasaan dengan seseorang dalam office kita. Aku tak nak kekok.

Dia selalu whatsapp aku malam-malam hantar tiktok or reels instagram yang bodoh-bodoh, sekadar menghiburkan haha. Aku rasa start dari situ aku catching feeling.

Eh lupa ku katakan beza umur aku dengan beliau lebih dari 10 tahun. Tapi entahlah kami macam sebaya. Sama ada dia yang awet muda atau aku yang macam mak lampir. Haha.

Lepas tu bila dia dah whatsapp, aku tengah layan, then cerita tu makin rancak. Pastu dia boleh2 pulak senyap dan mengakhiri perbualan tu macam tu je haha. Mungkin lama sangat single bos aku ni.

Jadi pernah 1 hari tu dia tengah rancak whatssapp aku. Aku tak reply lah, macam mana dia buat kat aku, aku buat balik kat dia. HAHAHA.

Tapi aku takde niat nak balas dendam pun masa tu, aku rasa pada ketika itu dah takde topik untuk dibincangkan lagi, jadi aku read je lah chat beliau.

Sekali isnin tu kitorang masuk office dia kata kat aku ‘KAU terpaling online tapi kau tak reply pun whatsapp aku’ Aku cam huh. Hahaha. Kau tunggu aku reply ke (dalam hati aku).

Tapi aku balas je dengan nada gurau aku cakap, ‘selama ni kau ignore aku masa aku tengah rancak berchat dengan kau, aku tak cakap apa-apa pun, lah ni aku buat kau macam tu tau pulak marah’ pastu dia ketawa besar. HAHA

Macam aku katakan aku sejenis gila-gila, pada awalnya kami dijodohkan di jabatan sekarang, aku melayan gurauan itu which is bila staff lain kata kitorang ni berjodoh, sesuai kahwin dan bla bla bla.

Usually aku akan react like ‘ha ah, si polan ni laki aku, dia tak boleh kahwin dengan orang lain, dengan aku je’ and macam-macam lagi ayat gurauan aku.

Dan bos aku hanya tersengih dan tidak pernah menidakkan statement itu. Mungkin pada beliau juga itu hanya gurauan.

Tapi aku start jadi perempuan PERASAN, bila mana aku tahu beliau akan menolak mentah-mentah jika dijodohkan dengan perempuan lain tapi dengan aku tidak.

Aku macam waiitt a minuteeee!! Hahaha. Aku selalu menggedik dengan bos aku ni tapi bukanlah gedik menyundal, gurau-gurau gedik macam tu sebab pada awalnya memang niat nak bergurau jah. Laaahh makan diri aku sendiri, gurau-gurau last-last tersuka pulak. Haha.

Pernah juga satu ketika tu beliau belanja makanan kat office aku (actually selalu je dia belanja makan haha) jadi ada staff lain tanya aku siapa yang belanja makan ni? Aku pun jawab Bos kita lah.

Staff tu jawab ‘ye ke, banyaknya duit belanja makan, nanti habis duit tu’ aku jawab ‘tak pe, dia tak kahwin lagi, takde bini nak diberi makan, jadi kita kikis duit dia haha’

Masa tu bos aku di bilik dia dengar perbualan kami berdua, then beliau keluar bilik lepas tu cakap ‘kalau takde bini, yang ni siapa’ sambil tunjuk kat aku then dia gelak-gelak malu terus masuk bilik beliau semula.

Aku tersentak kejap masa tu, haha. Selalu aku yang tergedik-gedik kat dia cakap ayat-ayat macam tu. Bila dia yang cakap goyanggg member beb haha. Macam drama tv3 lak aku rasa, tapi versi syok sendiri.

Ada satu ketika tu lagi Pengarah kitorang beli lukisan dari negara seberang. Masa lukisan tu sampai office, aku yang gila-gila pegi acah-acah jadi jurucakap lukisan itu. Memperagakan lukisan itu dan aku cakap lah dengan nada gurau ‘ade sesiapa ke nak lukisan ni, saya jual tak mahal pun’

Dan bos aku reply ‘kalau saya nak beli jurucakap lukisan ni boleh?’ Hahahah. Macam biasalah aku goyangggg mat.

Banyak juga peristiwa yang buatkan aku Jadi perempuan PERASAN ni, haha. Tapi aku tahu lelaki ni tak complicated macam perempuan, kalau lelaki mahu dia tunjukkan dia mahu.

Berbeza dengan perempuan, dia mahu lepas tu tak mahu lepas tu mahu lagi, macam tu lah sampai abang jamil mampus. Eh pening aku jadi perempuan ni.

Dan beberapa bulan ni aku baru perasan yang perasaan aku ni real. Aku memang suka bos aku, crush yang kalau ada jodoh aku nak dia jodoh aku. Sebab aku suka chemistry aku dan dia.

Aku tak perlu jadi orang lain bila dengan dia, dan aku rasa dia pun sama. Tak perlu untuk berpura-pura. Kitorang just jadi diri sendiri dan have fun. Lagi-lagi sekarang ni aku nampak dia sangat lain dan berbeza dengan yang dulu.

Aku tak sangka dia boleh seceria dan sebodoh ini, haha. Dia bukan lelaki idaman aku, dia tak gentleman, dan banyak red flag lain yang ada pada diri beliau. Tapi aku tak tahu semakin hari aku semakin suka dengan beliau, haha.

Tapi He’s really out of my league. Kami sangat2 berbeza dalam semua benda, baik dari lifestyle dan sebagainya. Dia orangnya menjaga penampilan, barang2 pun branded. Maklumlah mampu, tak salah untuk memewahkan diri. Berbeza dengan aku, aku biasa-biasa saja. Tiada yang menarik.

Aku selalu rasa insecure bila tiba-tiba terfikir kalau-kalau aku dan dia berjodoh. Mungkin di pandangan mata orang kami sepadan tapi bagi aku tidak.

Orang-orang sekeliling aku selalu cakap kami sangat sepadan, mereka suruh aku pikat hati bos aku. Tapi aku bukan sejenis perigi cari timba dan aku merasa kerdil sangat dengan beliau.

Sampai lah satu kemuncak tu aku, dia dan sorang staff lagi tengah bersembang pasal perkahwinan di ruang santai office kami.

Sembang punya sembang dia pun mengaku yang dia penat dan tak suka orang asyik tanya bila dia nak kahwin, yelah dia kan dan masuk 40an tak kahwin-kahwin lagi. Dia kata dia dah selesa hidup sendiri. Tak fikir dah pasal kahwin.

Aku tersentak dan diam. Aku cuba kawal emosi aku. Aku jatuh cinta pada orang yang salah lagi, bahkan kalini lagi teruk. Jatuh cinta pada orang yang tidak berminat untuk hidup berpasangan.

Tiap malam aku selalu menangis sebab tak boleh nak kawal perasaan aku. Aku selalu berdoa kalau dia jodoh aku permudahkan lah kalau bukan hilangkan lah perasaan ini dan gantikan dengan lebih baik.

Pada hari dia berkata yang dia tidak berminat untuk berpasangan tu aku menangis sepuas-puasnya malam tu.

Aku pernah rasa sakit putus cinta dan terpaksa move on walaupun masih sayang tapi kalini lagi sakit rasanya sebab terpaksa move on padahal cuma cinta sebelah pihak sahaja hahahahhahahah.

Banyak nak cerita tapi ku akhiri sahaja sampai di sini. Ni pun dah panjang sangat dah ni hah, thanks yang baca sampai habis, aku doakan kalian murah rezeki.

Aku tidak nafikan aku masih mempunyai perasaan dengan beliau, kalau aku tahu cara untuk berhenti mencintai. Sudah lama aku lakukan auch. Hahaha.

Korang doakan lah supaya perasaan aku ni hilang dan digantikan dengan lebih baik. Dan doakan juga bos aku dibukakan hati untuk berkahwin. Kalau bukan dengan aku pun dengan wanita lain yang sesuai dengan beliau. Semoga kami berdua mendapat jodoh yang baik.

Aku harap beliau tak baca confession ni hahaha, aku tak tahu nak hadap muka dia macam mana kalau dia tahu aku suka dia. Hahaha. Dahlah dia tak suka aku, malu beb. Kahkahkah.

– Flower (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

  1. Kalau begitu kau , suka pada diriku..🎶 Jangan Kasih lamaaa ahh~🎵🎵🎵

    Jreggggggg ehh salah ni kali pakai drummmm tup dis tup dis tup yang full blast dia punya Bass😌

    I lobbbbb you so muchhh Bossku!! Muaahhh cikettttt😘

  2. Bos tu mcm pakcik aku pula.. Kalau betul lah.. Dia doktor pakar. Duduk department yg mmg tak ramai org. Hosp swasta. Ciri-ciri pun same.. Perfect segala segi. Bukan gay. Tapi masa muda2 dulu dia jaga mak yg sakit. Mungkin dia tak sedar usia makin meningkat. Bila mak dia (nenek aku) dah meninggal, usia dia dah 40an. Lepastu dia dah tak berminat nak kawin. Skrg dah 50 an. Tapi dia bahagia dgn family adik beradik dan anak saudara pun ramai.

    Cadangan saya, cube TT tipu2 dia bgtau nak mohon cuti.. nak balik kampung, ade org nak merisik. Tgk reaksi dia. Mungkin dia selesa sangat mengusik TT sbb TT sentiasa ada depan mata dia. Cuba kalau TT takde. Dia akan rasa kehilangan tak. Atau, cuba buat2 hantar jambangan bunga ke opis. Dia jeles tak. Apa dia ingat takde orang ke nak kat TT.

    Tapi kalau respon tak spt diharapkan, then TT move on jela. Sebab seseorg yg dah biasa dgn rutin urus diri sendiri je, mungkin dia tak biasa nak hidup dgn org lain. Hrp ade happy ending utk u. All the best!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *