My Dad Is Everything

Kenapa aku cakap ‘Dad is my everything?’ Sebab benda tu betul .

Dari aku lahir sampailah aku besar panjang ,aku dibesarkan oleh Abah aku . Dia lah yang selalu buat aku happy , cerita tentang macam-2 dekat aku . Jadi kalau nak dibandingkan dengan mak , boleh dikatakan aku pilih abah aku lagi . Bukan sebab mak dengan abah aku bercerai , tapi sebab abah aku mengidap penyakit buah pinggang . So, dia tak mampu nak bekerja , jadi mak aku la yang bekerja siang malam pagi petang .

Setiap hari aku balik sekolah, abah aku mesti akan ada dekat rumah , tengok tv sementara nak sambut aku balik dari sekolah . Almaklumlah , aku ni anak bongsu , perempuan pulak tu . Jadi memang aku sangat sangat manja dengan abah aku . Aku rasa selamat bila aku ada dengan dia , walaupun dia tak kuat macam ayah org lain , dia tetap abah aku.

Satu hari , hari pertunangan abang aku , aku sakit . Aku disahkan mengidap demam denggi . Waktu tu umur aku baru 12 tahun . Abah aku waktu tu , tengah sakit . Tapi sakit abah aku masih belum dikenalpasti , yang pasti dia ‘barely remember’ siapa yang ada dekat sekeliling dia .

Aku dimasukkan ke Hospital Swasta dan aku perlu dikuarantinkan . Aku duduk dekat dalam wad tu sorang diri ja , kadang kadang kakak aku yang datang jaga , kadang kadang mak aku . Aku tak jumpa langsung dengan abah aku dan aku tak tahu kenapa . Satu hari ,waktu aku dalam hospital , kakak aku cakap abah aku jatuh,jadi diaorang bawak abah aku ke hospital yang aku duduk sekarang untuk rawatan . Malangnya , dekat hospital ni tak ada Doktor Pakar .

Rupa rupanya , abah aku ada pendarahan di dalam otak . Aku tergamam bila dengar apa yang diceritakan kakak aku . Abah aku dimasukkan terus ke dalam wad ICU di hospital kerajaan . Selama lebih dari seminggu , aku tak dapat berjumpa dengan abah aku . Ya Allah , aku rindu . Tapi aku hanya mampu berdoa ja waktu tu .

Aku masih ingat pada tanggal 24.2.2011 kakak aku dapat panggilan daripada abang aku . Waktu tu aku tengah tidur dekat dalam wad , tiba tiba kakak aku kejut aku , dia cakap “Adik , bangun ! Abah adik abah!” . Aku terkejut bangun , air IV Drip tu yg dicucuk dekat tangan kanan aku terus direntap kakak aku. Boleh dikatakan kakak aku larikan aku dari hospital . Waktu tu dah pukul 10 malam macam tu .

Dengan hanya memandu kereta perodua kancil , kakak aku memecut kiranya dengan full speed . Aku dah tak sedap hati . Aku sampai di rumah opah aku . Aku baru tahu , abah aku dah keluar dari ICU , sebelum masuk aku bersangka baik.bahawa abah aku akan okay . Tapi bila aku masuk ja rumah , keliling makcik , pakcik , mak dan ahli yang lain dah menangis .

Aku kebingungan , aku masuk dengan lebih dalam ke dalam perut rumah dah aku tengok abah aku masih bernafas . Tetapi , aku seperti melihat orang lain , abah yang aku kenal dahulu orangnya mampu berdiri , sentiasa tersenyum setiap kali melihat aku . Sentiasa ternanti nanti kepulangan aku dari sekolah , aku selalu disambut lembut dengan panggilan ‘anak abah’ . Tapi bila kali ini aku melihat dia , tebaring tidur, tak berkata apa apa . aku menjadi kaku .

Pakcik aku cakap dekat aku “Adik , abah rindu dekat adik . Adik pergi dekat abah pelan pelan ya . Panggil abah pelan pelan” .
Aku mengangguk tanda faham .

Aku duduk di sebelah tilam abah ,aku sahut namanya “Abah adik dah balik”
Abah aku buka mata dan melihat aku , dia menangis , ya allah pertama kali aku melihat air matanya , aku ingin menangis tapi Allah jadikan hati aku kuat ,aku hanya senyum . Aku memeluk abah erat , aku rindu abah . Rindu sangat .

Alhamdulillah ,keadaan abah menjadi okay sementara .

Aku terpaksa dikeluarkan dari hospital buat sementara waktu . Tanggal 27.2.2011 . Tarikh keramat buat seorang murid perempuan darjah 6 . Tepat pukul 00.40 , abah aku menghembuskan nafasnya yang terakhir . Aku berada di sisinya , aku tak menangis . Di saat kakak, abang , mak aku menangis di luar rumah , aku masih di dalam melihat abah aku .
Aku tak yakin abah aku dah pergi . Aku kejut abah “Abah , bangun” . Tapi tak.terjaga , abah tak bergurau kali ini . Aku sebagai budak yang masih mentah , aku meletakkan telinga di dada , jantungnya , aku tak dapat merasakan denyutan .

Pada waktu itu , aku yakin abah aku telah pergi meninggalkan aku . Ayat terakhir yang keluar dari mulutnya sebelum aku dan dia sakit “I know that you can score in your UPSR and be a doctor” .

Alhamdulillah aku mendapat 4A untuk UPSR , diterima masuk ke sekolah agama yang bagus . Alhamdulillah .

Aku masih berumur 17 tahun , dan aku sudah kehilangan seorang ayah . Abah aku adalah segala galanya , sekarang aku tak ada tempat untuk bergurau, tempat untuk aku ceritakan semua masalah aku , sebab dulu abah selalu ada , dia pendengar setia aku , dia kawan baik aku , dia stress reliever aku, dia tak pernah menghampakan aku . Walaupun dia sakit , aku sayang abah . Aku bangga ada abah macam abah .

Aku masih budak sekolah menengah yang SPM pun tak lepas lagi , aku cuma nak pesan , hargailah ayah atau ibu yang masih ada ni . Tak ada orang yang boleh ganti tempat mereka . Percayalah , aku bercakap berdasarkan pengalaman aku . Peluklah mereka sementara masih ada waktu .
Jujur , di saat genting nak SPM ni kalau kau tanya apa aku nak , aku nak peluk abah aku ketat ketat , nak cakap dekat dia yang aku rindu ,aku sayang dia . Aku nak cium dia . Ya Allah .

– NF

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit