Assalamualaikum dan Hi.
Aku menulis confession ni kerana geram dengan segelintir netizen dan kawan-kawan fb aku yang backup Abang B. Katanya mereka follow tt abang bas dan nampak dia seorang yang penyayang. Tiada niat lain.
Betul. Mungkin dia tiada niat lain. Tapi dalam hati dan dalam seluar tiada siapa yang tahu.
Aku mahu ceritakan my childhood dark side. Kisah ini tiada siapa tahu walaupun ibu ayah aku kerana ketika itu aku masih 5-6 tahun. Belum tahu itu ialah grooming.
Lagi pun zaman tu tiada media sosial. Tak tahu pun pasal grooming, gangguan s3xual. Sekarang umur dah 30-an baru tahu pasal semua tu.
Semasa kecil dulu, aku antara budak perempuan yang agak comel. Ibu ayah bekerja, jadi kami adik beradik dihantar ke rumah pengasuh.
Bila petang, lepas mandi anak lelaki pengasuh yang sekolah menengah akan bantu siapkan kami adik beradik sebelum parents kami datang ambil.
Semuanya normal. Kecuali satu perkara. Anak lelaki pengasuh suka dudukkan aku atas ribanya di tengah-tengah sambil menyikat rambut aku. Serius aku rasa tak selesa sebab aku bukan didudukkan atas riba dia. Sebenarnya atas alat sulit dia.
Setiap kali dia sikat rambut, aku terasa macam benda keras kat bawah tu. Aku selalu betulkan duduk aku sebah aku tak suka duduk begitu.
Sebagai budak kecil yang pendiam dan tak tahu apa-apa.. aku tak pernah beritahu sesiapa hal ini. Sekarang aku dah tahu apa benda tu sebab sekarang dah kawin. Adakah aku juga mangsa grooming dan amang s3ksual?
Tak cukup dengan kisah anak lelaki pengasuh. Anak perempuan pengasuh pun satu hal. Dia suruh aku dan adik lelaki aku masuk bilik. Lepas tu dia arahkan kami berbog3l dan arahkan buat s3ks. Dia ajar suruh buat apa.
Aku rasa bukan halusinasi sebabnya adik lelaki aku sampai sekarang masih ingat kejadian tu.
Kami ketika itu baru berumur 6 tahun dan 5 tahun. Manalah tahu apapun melainkan mengikut sahaja. Perkara inipun tiada siapa yang tahu melainkan kami dan Allah.
Siapa yang sangka semua ini terjadi kerana di mata orang lain, mereka ini penyayang pada anak kecil?
Lagi sekali kejadian gelap menimpa aku ketika pergi mengaji quran. Seorang budak lelaki belasan tahun yang juga mengaji di tempat sama mengajak aku pergi ke belakang sekolah.
Sekolah tu memang dekat sangat dengan tempat mengaji. Boleh jalan kaki. Jadi, aku pun ikut sahaja.
Pada aku, mungkin hanya ajakan sekadar kawan. Rupanya di belakang semak di sekolah, dia memaksa aku membuka baju dan sempat kiss mulut sebelum aku ketakutan dan melarikan diri.
MasyaAllahh kenapa jahat sangat manusia ni?!. Aku tahu benda ni salah. Tapi tak pernah aku beritahu sesiapa sebab dia dah pesan jangan beritahu sesiapa.
Walaupun sekarang umurku sudah 30-an, semua ini masih segar di ingatanku.
Budak lelaki tu, memang aku dah tak ingat namanya. Tetapi anak-anak pengasuh memang aku masih ingat. Yang lelaki tu dah meninggal dan yang perempuan tu kerja kerajaan.
Siapa yang tahu, siapa yang sangka disebalik kasih sayang.. rupanya terselit sesuatu yang tiada siapa tahu.
Aku agak bertuah kerana perkara ini tidaklah terlalu memberikan kesan trauma walaupun jika aku melalui kawasan sekolah masih teringat perkara lalu. Cuma aku risaukan anak aku.
Walaupun anak aku lelaki, tapi zaman sekarang amang seksual terhadap anak lelaki pun tak kurang hebatnya.
Tolong jangan jadi manusia enabler. Kes abang bas yang terang-terang merakam tu janganlah kita terlalu bersangka baik. Kita hanya nampak di luaran sahaja.
Adalah sebaiknya melindungi anak-anak ini dari pemangsa atau bakal pemangsa. Disebalik perbuatan yang nampak baik, belum tentu tiada buruknya.
– Si comot (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit