My Dirty Job

Assalamualaikum.

Terima kasih admin jika ‘cerita’ ini diterima dan dikongsi.

Hai, saya seorang jururawat. Mungkin sekadar jawatan biasa-biasa dan sering dipandang hina dan kotor. Setaraf dengan pekerja-pekerja bawahan. Tapi maaf ye, jururawat sekarang dah sampai PhD. Kalau tak, macam mana la boleh ada lecturer nursing kan? Dah lama. Tapi terkejut jugak ada tuan-tuan dan puan-puan yang masih belum sedia maklum. Bila saya kata kata jururawat boleh sambung belajar, ada sesetengah yang terkejut.

Okay, abaikan benda ni. Dan terima kasih untuk yang bakal menghakimi dan mengadili confession ini.

Sepanjang saya bertugas, saya lihat pelbagai ragam manusia dan kerenah mereka. Saya pernah bertugas di wad eksekutif/vvip. Dan sekarang ini di wad biasa sahaja. I mean open ward. Medical ward. Saya pernah merawat orang-orang yang bergelar Dato’ dan Datin tapi sangat humble. Saya selalu berjumpa dengan pakar yang begelar Prof. Tapi saya tak la dikenali mereka pun. Siapa lah saya ni kan.

Sebenarnya, apa yang nak saya sampaikan kat sini, adalah tanggungjawab kita sebagai anak. Bila kena tahan wad, tanggungjawab seorang anak tidaklah terlepas begitu sahaja kepada jururawat. Saya hairan dengan sikap sesetengah manusia. Dekat wad, tugas jururawat terbahagi. Ada yang jadi team leader, incaj ubat, dan incaj pesakit. Dan incaj pesakit adalah mengikut kubikal. Lain hospital lain pengurusan.

Ni kadang, misi tengah bagi ubat, boleh pulak diganggu kata, “misi, cadar kotor, nak tukar.” “Misi, mak saya berak la.” “Misi, bla bla bla”. Bukan apa, tak salah semua tu, tak salah. Tapi tengah bagi ubat. Kan silap bagi ubat kat orang lain, jadi isu besar. Reaction ubat dan macam-macam. Nampak kecil, tapi besar. Kita kat hospital ye.

Tak salah nak mintak tolong, tapi tolong jugak tengok misi tu tengah buat apa, kalau nampak sibuk, cari misi lain. Ada yang akan cover. Tapi kalau misi tu buat tak tahu, misi tu sendiri yang bermasalah.

Lagi, apa yang saya nampak, kalau tengok relatives, ni saya terasa hati jugak, tapi saya berusaha untuk redha. Kadang, nampak educated, asyik-asyik speaking, nampak macam bagus la datang cium mak ayah bagai, tapi kebanyakannya, bila tiba mak ayah berak semua panggil misi. Kata saya tak reti, tak pandai. Kadang dah ajar pun, masih buat-buat tak reti. Tengok anak-anak mak cik pakcik gagah perkasa, ramai hero, tapi tak pandai. Jaga body dan muka pandai. Curious jugak saya sebenarnya. Kadang, saya pernah cakap, nanti kat rumah siapa nak buat? Nak upah misi private ke? Tapi tengok family, tak mampu dari segi kewangan. Ermmm. Tak la. Saya gurau je.

Ya, at least kalau boleh saya nak tolong semua, tapi dengan kudrat berat saya 45 kg, dan tinggi 152 cm apa lah sangat. Saya tangan ada dua. Kaki dua je. Awak beramai-ramai, saya minta jasa sikit untuk tolong orang sakit. Dapat pahala tau. Tu mak ayah awak ye. Mak ayah awak. Okay?

Kadang, yang sakit tu isteri, si suami ada, tapi apa-apa hal nak tukar pampers isteri, misi jugak yang kena. Eemmmm awak tu suami tau. Tolong isteri dapat pahala. Awak tahu? Ini tak, bagi tahu misi, lepas tu blah je macam tu. Terkial -kial misi kecil ni buat. Emmm dalam hati saya cakap, dulu masa nak bini buat anak boleh. Tapi sekarang tengok la. Maaf, bukan nak berkasar. Maafkan saya. Kalau sayangkan isteri, tolonglah jangan buat macam tu.

Tak kisahlah siapa-siapa pun. Tanggungjawab awak tak terlepas bila di hospital. Kadang, saya sedih. Ada anak 8 orang, tapi mak ditinggalkan di hospital. Bila dah boleh discaj, terkial-kial misi nak call siapa. Lepas tu, mak cik tu cakap. “Macam mana mak cik nak balik? Anak pun takde nak mari.”

Tu baru bab tukar pampers, pada hal dalam skop tugas kami takde pun pasal cuci berak je. Skop tugas kami lebih besar. Kalau takde misi, siapa nak buat? Doktor? Doktor pun mintak tolong kami. Dos ubat pun tanya misi. Kami membantu mana yang memerlukan.

Lagi satu, pasal waktu melawat. Saya tengok rata-rata ada pendidikan. Taraf phd gitu. Tapi peraturan hospital pun tak mampu nak ikut. Bila waktu melawat habis, it means a time for patient to get rest and for us to do work.

Hari tu ada mak guard naik atas wad, tanya ada pesakit tenat ke. Saya jawab ada. Lepas tu dia tanya, boleh ke waris naik bergilir-gilir? Saya jawab boleh. Masa tu lagi satu lagi nak pukul 5 petang. Tapi, bila waktu melawat. MasyaAllah, terkejut saya, waris dah la ramai. Kata nak melawat. Tapi saya tengok majoriti duk berbual sambil bergelak tawa. Emmm. Langsung tak menghormati pesakit lain. Sebab ada pesakit lain mengadu tak boleh nak rehat. Sampai semput dada pesakit lain. Ada komplen pening-pening. Kesian saya tengok. Tapi mereka ni tak mengadu masa orang ramai, bila dah reda baru mereka luahkan.

Saya pun tak faham. Kalau ditegur, dikatanya melawat orang sakit. Tapi saya tengok dah macam pesta je. Awak tahu tak? Dalam Islam, kalau nak melawat orang sakit adalah sekejap je. Baca doa kat dia. Ni tak. Sambung bergelak tawa. Haaa masa ni jangan harap nak cari misi. Sebab misi dah tahu time macam ni lah duk sibuk tanya itu ini, panggil itu ini. Saya harap awak faham kenapa time waktu melawat misi malas nak layan. Bukan apa, kadang kena menghadap orang macam awak yang tidak reti bahasa.

Misi pun ada yang tak reti bahasa. Tapi kadang. Kena tahu punca salah siapa? Susah nak jumpa family yang cool down dan selamba. Yang ni best nak rawat sebab tak stress. Jadi happy go lucky je kerja walaupun tengah busy memanjang.

Saya masih ingat kerja waktu tengah mengandung. Stress kut. Bayangkan sepanjang 7 jam kerja tak duduk. Balik rumah selalu nangis sebab kaki cramp. Awak apa tahu. Dengan alahan saya yang teruk.

Saya harap, manusia yang selalu menghina pekerjaan orang lain, akan diberikan hidayah. Moga-moga bakal bini awak bukan misi walaupun dalam hati saya harap bini awak adalah bakal misi dan doktor. Saya doakan moga Allah bukakan pintu hati kita semua u tuk belajar mensyukuri. Syukur Malaysia masih aman. Kalau jadi macam Palestin dan Syria tu dan negara-negara yang ditindas, saya harap awak belajar bersyukur mulai sekarang.

Apa pun jawatan awak, apa pun pangkat dan darjat awak. Seluas mana pun harta awak, ingatlah Allah lagi Maha Kaya, lagi Maha Berkuasa.

Akhir sekali, maafkan saya kalau ayat dalam confession tunggang terbalik. Maklumlah lama dah tak belajar penggunaan bahasa yang betul dan mengikut isis-isinya.

Saya tak single. Saya dah kahwin. Saya ada anak dan suami. Saya ada mak ayah. Mak ayah saya cikgu. Tapi telah bercerai 10 tahun dulu. Saya ada abang yang lari dari rumah tapi bukan kena halau pun. Adik-beradik saya semua hebat. 3 orang dapat belajar overseas. Siapa kata saya hidup senang. Saya pun merasa susah dan senang. Orang nampak bahagia luar kita, tapi parut di dalam tiada siapa tahu. Sekian, terima kasih. Maafkan saya jika ada typo.

Mrs. N

– Silent Reader

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit