My EBM Journey & Mereka Yang Tidak Ada Rasa Simpati

Assalamualaikum & salam 1 Malaysia semua. Pertama sekali, aku ingin ucapkan terima kasih jika confession aku ini diterima & juga kepada yang sudi baca apa yang aku nak tulis.

Mungkin confession ini agak panjang sebab ia mengisahkan perjalanan aku sebagai seorang ibu yang membawa EBM untuk anak aku setiap minggu.

Perjalanan ulang alik aku melebihi 1,000++km setiap minggu. Dah hampir 8 bulan journey ni. Sepanjang tempoh ini jugalah aku bekerja tanpa henti, tanpa rehat, tanpa tidur yang cukup, tanpa kenal penat dan lelah!

Baru2 ni kita 1 Malaysia digemparkan dengan kisah Cikgu Fadhli yang hampir dikenakan tindakan tatatertib disebabkan bercakap benar dengan meluahkan apa yang beliau rasa tidak betul dengan sistem pendidikan negara kita.

Tapi aku bukanlah di bawah yang sama seperti cikgu Fadhli Jadinya ini adalah kisah aku, aku ingin berceritakan & bertanyakan pendapat adakah memang tiada langsung rasa simpati mereka yang bekerja di hq ?

Tidak perlu aku nyatakan, aku bekerja di bawah skim mana. Harap semua sudi untuk membaca dan memberikan aku sedikit sokongan dan semangat sebab hanya Allah je yang tahu perasaan aku sekarang.

Serba sedikit mengenai diri aku. Aku merupakan seorang pelajar yang memang rajin mengikut apa yang orang katakan (bukan aku nak bangga diri cuma aku ingin terangkan situasi aku),

Aku sangat komited dengan tanggungjawab semasa belajar dari zaman aku degree sehinggalah aku sambung master fully research.

Supervisor aku juga selalu memuji kerajinan dan kesungguhan aku dalam menghabiskan penulisan thesis aku. Pelbagai sumbangan & kejayaan yang telah aku beri & peroleh semasa belajar peringkat universiti, kebangsaan dan juga antarabangsa.

Aku juga telah hasilkan pelbagai penulisan & publication sepanjang aku buat master research juga peringkat kebangsaan & antarabangsa.

Masa aku tengah final writing thesis, alhamdulillah aku dapat kerja di sebuah company engineering yang memang terkeluar bidang. Namun, aku happy dan redha dengan kerja aku ketika itu.

Dipendekkan cerita, aku tetap dapat perform kerja aku walaupun aku kerja luar bidang sambal final writing thesis aku. 3 tahun aku bekerja, aku pernah juga ada pengalaman iv untuk kerja dengan sektor kerajaan sebanyak 3 kali pengalaman.

Semuanya aku berjaya ke final stage tapi masih belum rezeki aku pada masa tersebut. Sehinggalah aku berjaya iv keempat. Masa tu aku tengah pregnant 4 bulan & iv tersebut adalah secara online.

Keputusan yang keluar adalah aku berjaya dan ketika itu kandungan aku mencecah 33w. Aku pergi daftar diri di sana dalam keadaan aku tengah sarat pregnant kan anak aku yang sulung tapi kandungan aku yang ke 2 setelah hampir 2 tahun aku ttc.

Dipendekkan cerita lagi, selepas aku bersalin, anak aku menghidap G6PD dan juga dia tidak boleh minum secara normal masa hari kelahiran yang mana perlu minum melalui tiub.

Anakku juga hanya minum susu aku. Dalam keadaannya yang mcm tu, aku tak berani bawa anak aku ke tempat aku berkhidmat. Hal ini kerana, semasa aku dalam hari anak aku pernah tak boleh tarik nafas melebihi 3 kali sehingga aku perlu ke hospital waktu 3 pagi.

Start dari aku naik cuti bersalin itulah bermulanya journey aku. Aku tinggalkan anak aku di kampung dan mak aku yang jaga anak aku. Mak aku tidak dapat ikut aku kerana mak aku menjaga atok dan nenek aku yang dh berusia 80 tahun.

Setiap minggu aku akan berulang alik, aku akan travel pergi balik sejauh 1000++km untuk hantar ebm aku. Naik apa je tak pernah. Drive, bas, flight semua pernah. Sehingga aku jadi expert bab packing ebm semua, bab simpan ebm & segalanya berkaitan ebm.

Agaknya kalau aku tuliskan atau aku buat content di tiktok mcm mana aku strugglenya packing & bawa ebm aku kemana-mana, boleh viral tapi aku memang tak sempat nak edit2 semua tu sebab hidup aku seperti roller coaster.

Apa je dugaan aku tak pernah alami? Aku tertinggal flight, orang yang jaga kaunter dekat aiport tak bagi check in ebm aku, suruh aku tinggalkan @ buang ebm aku, menangis di aiport semua pernah.

Pernah sekali ebm aku mencecah 28kg untuk aku check in di airport tapi tak lepas sebab dah lambat masa tu. Aku sanggup beli tiket flight last minute dan juga add on luggage last minute dengan bayaran RM900++ sehala masa tu. Duit aku terbang seperti angin.

Rutin aku ialah hari khamis aku akan balik, hari sabtu malam aku akan naik bas untuk balik semula ke tempat aku bekerja (sampaikan semua driver bas dah kenal aku sebab muka yang sama naik bas setiap minggu hari yang sama waktu yang sama hahahha).

Bas apa je aku tak pernah naik? Sampai aku dah hafal dah kalau bas company yang tu, turun kat mana, lambat ke tidak & semua2 lah. Apa je dugaan yang tak pernah menjengah.

Bas rosak tengah2 malam, bas langar babi sampai berasap namun alhamdulillah semua penumpang selamat kerana driver sempat brek dan lain-lain lagi hanya ALLAH je tahu.

Hari Khamis adalah hari rushing untuk aku sampai aku kadang2 jadi takut nak lalui.

Aku sentiasa mohon Allah mudahkan perjalanan aku pada setiap hari tersebut semoga semua urusan aku dipermudahkan. Kadang2 kelam kabut tu mustahil tak pernah. Bila dah kelam kabut, mesti akan ada dugaan yang berlaku.

Pump susu aku cicir tak tahu kat mana (aku terpaksa beli baru), kunci rumah hilang, handphone terjatuh, aku terjatuh dekat escalator dan lain-lain lagi. Hanya Allah sahaja menyaksikan segala journey aku ni.

Kalau nak cakap tak kuat jugak, nak cakap aku tak pandai urus masa jugak, tak tahulah nak cakap apa lagi (sebab masa aku naik hq tu, mereka ada mengatakan yang perlu menguruskan masa aku dengan lebih baik). Ya Allah, kadang2 aku rasa letihnya berkejar masa!

Aku akan sntiasa bawa kotak polistrine putih tu naik bas tak pernah miss sampaikan ramai orang ingat aku meniaga atau bawak balik barang basah seperti ikan atau ayam. Aku tak pernah rasa malu sebab aku lebih syangkan anak aku dari fikirkan malu atau fikir apa orang kata.

Setiap kali naik bas, aku akan sampai pukul 5 pagi kalau tak jem. Apabila sampai, aku akan berjalan kaki menapak untuk masuk ke tempat aku bekerja yang mana jauhnya adalah 1.8km.

Pukul 8 pagi aku akan terus masuk kerja. Begitulah rutin aku setiap minggu tanpa pernah miss dan dah hampir 8 bulan.

Oleh kerana keadaan yang terlalu penat, aku dan suami naik turun ke hq selama lebih 6 bulan untuk memohon rayuan pertukaran agar senang untuk pantau anak aku & hantar ebm aku ke anak aku.

Apa sahaja yang mereka minta semua aku & suami usahakan. Untuk pengetahuan semua, suami aku kerja di Selangor (kiranya kami pjj 3 penjuru).

Setiap kali aku naik flight, husband aku lah yang ambil aku di airport dan kami akan pulang ke kampung untuk hantar ebm aku.

6 bulan kami usaha turun naik hq, ada seorang pegawai tu keluar berjumpa dengan husband aku, tidak di ajak masuk, jumpa di luar sahaja. Beri kami harapan suruh buat surat itulah, surat inilah.

Dapatkan surat sokongan dari jabatan tempat husband aku kerja, surat Dr lah itulah inilah semualah.

Lepas tu, bila dah dapat surat itu ini semua, bila suami aku naik semula, dia suruh aku pula dapatkan surat sokongan dari tuan pengarah tempat aku bekerja supaya permohonan itu agak kuat alasannya pegawai tu maklumkan.

Sampai aku berasa malu dengan tuan pengarah tempat aku bekerja kerana asyik turun naik masuk ke bilik beliau.

Seperti yang aku bagitahu tadi, semuanya kami suami isteri usahakan. Turun naik, ambil cuti semua, penat tu Allah je tahu. Pengarah tempat aku berkerja dan juga ketua department semua sokong permohonan aku sebab memahami situasi aku.

Sampaikan aku dengan suami pergi berjumpa dengan pengarah tempat yang aku ingin mohon tukar, beliau pun mengatakan beliau akan menerima diri aku ke tempat tersebut walaupun aku masih baru.

Tapi apabila aku naik semula ke hq, untuk hantar semula permohonan kali ke 2 (setelah permohonan kali pertama adalah gagal), mereka tetap dengan alasan yang sama iaitu aku masih staf baru.

Sekurang-kurangnya aku perlu berkhidmat 3-5 tahun di institusi tempat aku bekerja sekarang, baru boleh mohon tukar.

Masa tu aku dah sampai menangis2 depan mereka memohon merayu (cuma tidak sujud& menjerit je waktu tu) agar keadaan aku diberikan sedikit simpati, namun tetap mengecewakan.

Mereka turut mengatakan aku tidak pandai menjaga anak, mereka macam nak cakap aku manja sebab tak boleh nak survive keadaan yang macam tu. Mereka siap tanya, kenapa tak suruh husband je mintak tukar?

Untuk pengetahuan semua, husband aku kerja di tempat yang memang selalunya orang yang posting situ, akan pencen situ kerana job scope nya yang memang berbeza dari cawangan-cawangan lain yang boleh dia mintak tukar.

Sebab tu husband aku boleh dapatkan surat dari pengarah tempat dia bekerja untuk menyokong permohonan aku.

Aku sangat kecewa masa tu, rayuan aku tidak diendahkan. ALASAN MEREKA ADALAH KERANA AKU MASIH BARU. Sedangkan aku naik ke hq itu adalah temu janji yang dibuat oleh pengarah tempat aku bekerja kerana beliau sangat nak membantu aku.

Pengarah aku siap bercakap dalam telefon masa tu depan aku, menyatakan mereka sebenarnya boleh bantu aku atas kes-kes khas.

Namun, apabila aku naik ke hq, apa yang aku dapat? Aku sampai tanyakan, tuan nak saya buat apa, nak saya beri sumbangan apa supaya permohonan saya ini diluluskan?

Apa mereka jawab? KAMI TAK PERLUKAN APA-APA PUN DARIPADA AWAK sambal menggeleng-geleng kepala seperti tidak mahu lagi dengar apa yang ingin aku katakan.

Aku bertanyakan soalan begitu kerana aku sangat yakin dengan kebolehan & gigihnya aku dalam sesuatu pekerjaan jika aku sentiasa diberikan peluang untuk growth, apa sumbangan & idea yang boleh aku berikan.

Kerana itulah yang telah aku berikan di universiti aku dulu bila mana aku dihadiahkan oleh Allah seorang supervisor yang sangat baik & boleh nampak kebolehan aku semasa aku ambil master dengan beliau.

Namun, berbeza apabila aku berada dalam skim sekarang. Disuruhnya aku dapatkan pelbagai jenis surat, jumpa orang sana sini, tapi akhirnya begitu jawapan yang aku terima.

Jawapan itu sangat merobek hati aku. Melalui situ lah aku faham, kadang2 kenapa negara kita ni kadang2 susah nak maju.

Kita kalau ada rakyat yang bagus pun, ada rakyat yang boleh sumbang idea bagus pun tapi kalau tak didengari oleh pemimpin, tetap sesebuah institusi itu akan terus mundur.

Aku memang sangat terkilan. Disuruhnya kita buat macam2 (mungkin aku kena sujud rasanya) surat apa semua, aku & suami turun naik sana sini, end up, itu jawapan yang kami terima. Semuanya seperti sia-sia langsung tidak dihargai.

Mereka hanya memberikan suggestion untuk aku ambil cuti menjaga anak (cuti tanpa gaji) kerana mereka maklumkan hanya itu sahaja pilihan yang aku ada setakat itu.

Yang paling buat aku sangat kecewa ialah apabila hari kejadian aku naik ke hq, pegawai yang sebelum ni ada minta suami aku buat surat macam-macam tu, baru nak masuk ke bilik ketua nya untuk bincang kes aku ni.

Aku tak tahulah apa yang dia bicarakan atau apa yang berlaku, hanya Allah yang tahu.

Dah banyak dah sebenarnya aku dengar ‘sikap’ pegawai tersebut dari orang lain. & yang paling latest, permohonan aku kali ke 3 juga masih tidak diendahkan.

Hanya Allah sahaja saksi segalanya bagaimana kejadian aku ketika dalam bilik tersebut aku merayu memohon agar kes aku dipertimbangkan.

Lagi satu perkara yang buat aku rasa sangat sedih, ialah apabila aku dapat tahu yang ada je staf pernah dapat bertukar walaupun baru kerana menggunakan orang dalam.

Kadang2 aku menjadi sangat buntu apa lagi yang perlu aku lakukan? Aku rasa seperti teraniaya dengan manusia yang tidak mempunyai rasa simpati.

Tapi sepanjang journey aku ni, aku rasa sangat bersyukur kerana Allah masih izinkan aku untuk aku susukan anak aku walaupun aku pjj hanya jumpa anak aku pada hujung minggu.

Aku sangat struggle menjaga jadual pump + dengan komitmen kerja semuanya supaya susu aku sntiasa ada selain berdoa kepada Allah memohon Allah mudahkan segalanya.

Kalau nak cakap kat mana tempat tu, banyak tempat dah tempat, kat office, dalam surau, dalam bas, dalam flight, kat airport, semua tempat aku pernah sebab punya nak jaga jadual tu tak nak susu aku drop.

Aku baca semua ilmu yang ada supaya tak aibkan diri aku sebab nak pump di tempat public. Hanya Allah yang tahu.

Ibu2 yang kat luar sana yang pernah ada pengalaman mnyusukan anak, msti tahu kan mcm mana emosi kita kan? Apa entah lagi diri aku dengan keadaan yang aku alami. Boleh sesiapa ke faham situasi aku?

Ramai yang selalu cakap, mereka lihat + dengar kisah journey aku pun dah rasa penat, apa entah lagi aku yang alami.

Tak boleh gambar penat yang aku alami, kadang2 sampai aku lupa penat tu apa sebenarnya. Sampai aku lupa lenguh2 badan tu apa sebab aku tak sempat nak fikirkan diri aku kadang-kadang.

Setiap minggu aku travel ulang alik melebihi 1,000km. Kalau bab duit habis, hanya Allah yang tahu.

Kadang2 aku sekat makan aku kat sini sebab aku memang dahulukan duit aku gaji aku untuk beli tiket flight, tiket bas supaya aku boleh balik setiap hujung minggu untuk hantar ebm aku dan jumpa anak aku.

Setiap hari aku bekerja, aku sntiasa menghitung jam menghitung hari untuk berjumpa dengan anak aku walaupun setiap minggu aku balik. Setiap kali aku kat sini, setiap kali lepas solat mesti aku akan nangis teringatkan anak aku.

Kadang2 bila angkat tangan untuk berdoa tu, sampai tak mampu nak ucapkan kerana air matalah yang keluar laju melebihi segalanya. Sampai tertidur di tikar sejadah pun pernah. Hanya gambar2 anak aku dalam phone & laptop jela pengubat rindu aku kat sini.

Namun, dalam journey aku seperti ini, aku juga bersyukur kerana aku dikelilingi rakan2 sekerja yang baik, bos2 yang memahami situasi aku di sini, yang banyak membantu aku (hantar ke airport apa semua, beri kata2 semangat dan lain-lain lagi).

Cumanya, kadang2 aku tertanya2 bila agaknya aku dapat dekat dengan anak aku? Mungkin kalau ada dalam kalangan kalian pembaca semua ada jalan yang boleh bantu aku? Atau mungkin dalam kalangan kalian yang Allah nak hantar untuk bantu aku?

Aku berharap agar satu hari nanti, Allah akan hantar seseorang yang boleh membantu aku. Sedih aku kat sini hanya Allah yang tahu kerana aku kat sini tinggal sorang2 di kuarters yang disediakan untuk staf.

Cerita yang aku tulis ini bukanlah untuk meraih simpati, tapi cuma untuk luahkan rasa kecewa kerana usaha aku seperti sia2.

Melalui penulisan lah aku rasa lega kerana aku juga merupakan manusia biasa yang ingin hidup dalam keadaan seperti biasa & sntiasa mempunyai kesihatan fizikal mental yang sihat.

Air mata jugalah peneman ketika aku tuliskn kisah aku ni sambil teringatkn anak aku.

Setiap orang mempunyai ujian dan medan tempur yang tersendiri. Aku percaya sahabat-sahabat di luar sana juga tidak kurang hebatnya dalam perjuangan menyusukan anak masing-masing.

Catatan ini bukanlah bertujuan untuk menunjuk kehebatan diri, jauh sekali merasa megah atau bangga diri.

Lakaran sebahagian perjalanan ini mungkin memberi inspirasi kepada sahabat yang sedang diuji dan merasa lemah. Lakaran ini juga agar dapat jadi pengajaran AGAR KITA MEMPUNYAI RASA SIMPATI TERHADAP ORANG BAWAHAN APABILA KITA BERGELAR ORANG ATASAN.

Kerana aku pernah berjumpa dengan orang atasan yang tinggi jawatannya & pengalamannya tapi sangat baik & memahami diriku iaitu supervisor dan juga lecturer2 aku semasa aku sambung master dan juga degree.

Mereka semua academician yang sangat bertimbang rasa, yang humble, yang banyak beri aku peluang sehingga aku berada di tahap aku berada sekarang.

Doakan aku sentiasa kuat, sntiasa dimudahkan urusan. Aku sentiasa doa semoga aku sntiasa sihat, supaya aku tk rebah dengan journey yang aku tengah lalui sekarang. Terima kasih semua sudi baca kisah aku. Semoga ada sinar lebih baik untuk aku selepas ni. DOAKAN AKU.

– Aira (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *